Hyundai Grand Starex Royale facelift 2011 lebih mewah

Jika mempunyai pilihan, saya akan membeli Hyundai Grand Starex Royale berbanding Toyota Estima atau Alphard. Benar, saya meminati model MPV bersaiz penuh dengan muatan 12 tempat duduk seperti ini sejak kali pertama melihatnya, anda boleh membaca artikel sebelumnya di sini.

Terkini Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) telah melancarkan versi facelift (dipertingkatkan dari segi rupa dan kosmetik) Hyundai Grand Starex Royale 2011. Ia menawarkan lebih kemewahan dan ciri-ciri praktikal, menjadikannya sebuah kenderaan yang sesuai untuk pelbagai aktiviti termasuk urusan mesyuarat dan perniagaan.

Perubahan utama di bahagian luaran melibatkan gril krom depan baru lebih sporty dan garang, lampu LED nyalaan siang hari di cermin sisi, skirting sisi, bampar depan dan belakang baru dan spoiler belakang baru dengan lampu brek ketiga. Bahagian interior juga menerima peningkatan dengan ciri lebih mewah, terutamanya untuk penumpang, antaranya kerusi Swivel dengan fungsi boleh berputar arah dan pilihan kemasan kulit Nappa.

Kerusi Swivel di barisan kedua merupakan pilihan tepat untuk urusan mesyuarat atau perbincangan perniagaan secara bersemuka. Barisan ketiga pula merupakan kerusi sliding dan kerusi tengahnya boleh diturunkan menjadi perehat tangan (armrest) untuk lebih ruang dan keselesaan.

Grand Starex Royale dipertingkatkan ini juga didatangkan dengan pilihan terbaru pintu tepi jenis sliding berkuasa bagi memberikan lebih kemudahan kepada penumpang untuk keluar masuk dengan senang. Dengan hanya satu sentuhan butang, dengan sendirinya pintu itu akan terbuka dengan senyap dan lancar tanpa perlu penumpang membuka atau menutupnya secara manual, ciri yang cukup praktikal dan memudahkan.

MPV bersaiz besar ini juga dipadankan dengan kluster instrumen dengan rekaan baru, digabungkan bersama trip berkomputer, yang mana membolehkan pemiliknya bukan saja merekodkan jarak perjalanan malah turut mengira jumlah kecekapan purata penggunaan bahan api dan jumlah penggunaan bahan api pada masa sebenar.

Ciri keselamatan Electronic Stability Programme (ESP) juga kini boleh didapati untuk Grand Starex Royale baharu yang mana ianya membantu pemandu ketika memandu di permukaan jalan yang licin dan dalam keadaan cuaca yang buruk. Perjalanan juga menjadi lebih mudah dengan adanya sistem navigasi GPS standard yang membantu pemandu sampai ke destinasi tanpa sebarang masalah, seterusnya membantu menjimatkan masa dan mengelakkan pembaziran bahan api.

Grand Starex Royale 2011 ini masih mengekalkan kelas peneraju industrinya di bahagian tenaga penggerak, menggunakan enjin diesel termaju 2.5 liter CRDi, berpasangan dengan sistem Variable Geometry Turbocharger (VGT) dan turbo intercooler. Enjin sebaik itu menghasilkan kuasa setinggi 170PS@3,800rpm dan tork maksimum 392Nm@2,000 ke 2,500rpm untuk prestasi segera dan mengujakan.

Teknologi enjin yang unggul dan reka bentuk yang mewah pasti menjadikannya sebuah MPV terbaik untuk pilihan keluarga dengan bilangan ahli yang ramai, atau pejabat bergerak atau ruang mesyuarat bagi peniaga yang sentiasa berada di luar pejabat.

Ia kekal sebagai nilai terbaik untuk wang bagi sebuah MPV bersaiz besar dan moden di Malaysia. Hyundai Grand Starex Royale 2.5GLS Diesel (A) VGT ditawarkan pada harga menarik RM153,888 (OTR) dan pakej premium pada harga RM165,888 (OTR) di Semenanjung Malaysia.

Ia didatangkan dalam empat warna – Crystal White (putih), Stone Black (hitam), Sleek Silver (perak) dan Carbon Grey (kelabu) – dan tersedia untuk dilihat, membuat tempahan dan pandu uji di semua bilik pameran Hyundai di seluruh negara bermula 28 Julai 2011.

Hyundai-Sime Darby Motors menawarkan waranti sehingga tempoh 5 tahun atau 300,000km (yang mana lebih awal) untuk semua kenderaan baru miliknya. Servis bantuan 24 jam di jalan raya turut tersedia untuk setiap kenderaan baru atau sedia ada Hyundai.

Terbaik!(3)Booo~(0)

17 Comments

  1. zulhisham

    July 29, 2011 at 5:32 pm

    my favorites !!!!

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  2. syed basri

    August 11, 2011 at 9:05 pm

    sy berminat dgn grand starex royale facelift 2011. Dimana dealer sekitar kuala lumpur utk sy dapatkan keterangan dan booking utk kegunaan hari raya ni.

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  3. PENGKRITIK BIKIN TAKUT/kurangASAM

    August 12, 2011 at 4:11 pm

    ALAMAK HARGA DAH NAK CAPAI RM160 RIBU...BAIK AMBIK ALPHARD RECOND

    Terbaik!(0)Booo~(5)
    • mokhtar

      June 23, 2012 at 9:08 am

      silap kalau menyatakan harganya mahal tetapi lebih berbaloi beli barang recond,,,disini bezanya,,recond barang kitar semula manakala starex barang baru,,,kos minyak juga kena diambil kira,,,hyundai guna diesel alphard guna petrol lebih mahal kosnya,,,,jadi biar menang membeli alah memakai

      Terbaik!(7)Booo~(0)
      • ali

        January 10, 2013 at 8:44 am

        betul tu...kalau belum mencuba,mungkin kita beranggapan lebih untung beli alphard. tapi bila dah cuba memandu sendiri,baru kita tahu kelebihan starex ni.kalau setakat membuat pusingan U, proton persona lebih ruang diperlukan berbanding starex ni. penggunaan minyak pula lebih kurang 6-8 km untuk RM1. atau lebih kurang 20-30% saja dari persona.itu pengalaman aku sendiri.

        Terbaik!(3)Booo~(0)
        • Ali

          June 11, 2014 at 9:03 pm

          betul tu, klu tak pernah cuba pandu,memang akan mengatakan starex ni besar dan susah,tapi bila aku pon mencuba pandu,lebih mudah dari memandu persona aku skg.pusingan u juga lebih kecil kawasannya.

          Terbaik!(1)Booo~(1)
  4. shazlie

    October 18, 2011 at 12:02 am

    sy amat tertarik dgn starex ni...tp harga terlalu mahal jd terpaksa la melupakan niat memilikinya...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  5. effa.addin

    March 27, 2012 at 9:22 pm

    kereta idamanku...bila la nak memilikinya....aduhaiii..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. omarambo

    April 9, 2012 at 11:36 pm

    kenderaan idaman... walaupun kami sekeluarga cuma 4 orang, mpv ini menjadi idaman kalbu... we all love it especially new facelift model, bravo!!!

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  7. pengguna starex

    June 5, 2012 at 8:07 pm

    dh guna...3bln baru dpt stok...tp,first day...pntu auto blkg dah buat hal...kereta smpai pd 1.6.2012.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • pttinsan

      September 21, 2012 at 11:22 pm

      rosak apa pintu tu?kan ada waranti?

      Terbaik!(1)Booo~(1)
    • cucuden.

      January 10, 2013 at 8:50 am

      biasalah tu,aku dulu masa pakai proton persona, pakai 1 bulan dah 3 kali naik atas lori pasal enjin kereta tak boleh dihidupkan.jiran sebelah rumah aku pula dah kena tukar enjin pasal enjin mengaum mcm harimau jer....tapi semua itu tak perlu bayaran kerana ada jaminan 3 tahun atau 100,000 km.tapi starex pula jaminan 5 tahun dan 300,000 km...

      lagi satu untuk pengetahuan semua,proton persona bukannya 100% made in malaysia, cuba tengok pam minyaknya, MADE IN CHINA.....!!!..

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  8. salsabila

    June 5, 2012 at 10:39 pm

    kalau first model berapa harga sekarang ya? Nk beli yang baru tak terdaya rasanya...Kalau bawah 100k mungkin boleh congak2...

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  9. faiz

    October 27, 2012 at 9:51 am

    nasihat sy utk pembeli kereta recond..kalau bernasib baik dtp kereta ok bagus la...kalau tertipu...naya... jgn lupe dgn warranty utk hyundai 5 thn... dan 300k ..mane nak dpt kete waranty mcm ni...so jgn risau utk pakai dlm 5 thn...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • cucuden.

      January 10, 2013 at 8:51 am

      hemm....,betul tu...

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  10. nahrul

    October 27, 2013 at 8:38 am

    Mmg best la starex ni...sya cdgkn beli starex..sb myk save giler.. isi penuh..blk dr s.alm ke taiping..meter myk x begerak msh full..sya bru 1mgu pkai starex..mmg puas ht..seb baik xambk nissan sarena hybrd..starex amt luas n mewah..

    Terbaik!(4)Booo~(0)
  11. Katherine

    December 16, 2013 at 11:23 am

    After looking over several of your sites within your website, I truly appreciate your method of blogging. %KW%
    Katherine https://twitter.com/puntoGT

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>