Chery Alado lancar van Transcom 2.0 TCI - RM90,145.90 - Arena Kereta

Chery Alado lancar van Transcom 2.0 TCI – RM90,145.90

Setelah agak lama menunggu ketibaan van yang dikatakan terbesar di Malaysia melalui post pertama pada Oktober 2010 yang lepas, hari ini Chery Alado Automobile Sdn Bhd, pengedar kenderaan berjenama Chery di pasaran tempatan telah melancarkan Chery Transcom 2.0 TCI. Saya sempat meninjau van ini lebih dekat petang tadi dan kagum dengan keluasannya yang mempunyai 14 tempat duduk, sehingga saya mampu berdiri di dalamnya tanpa kepala menyentuh bumbung.

Chery Transcom merupakan van komersial yang sesuai untuk sebarang urusan perniagaan, sama ada untuk dijadikan van panel bagi mengangkut barang-barang, atau digunakan bagi membawa penumpang menuju ke sebarang destinasi tujuan. Ia dijana oleh enjin petrol aluminium Acteco bersesaran 2.0 liter TCI dengan pengecas turbo dan dipadankan transmisi manual 5 kelajuan.

Enjin tersebut mengeluarkan kuasa kuda maksimum sebanyak 168hp@5,500rpm dan 235Nm@4,000rpm tork. Menariknya enjin Acteco buatan Eropah itu ialah apabila ia telah melepasi piawaian Euro 4 dan tidak akan menghadapi sebarang masalah apabila menggunakan petrol bergred Euro 2 di negara kita.

Model itu dilengkapi sistem ABS, EBD, brek cakera di depan dan brek drum di belakang, beg udara berkembar serta pintu gelongsor manual (manual sliding door). Chery Transcom mengguna pakai tayar bersaiz 195/75 siri bergandingan dengan rim roda 16 inci, namun unit yang saya lihat tadi hanya menggunakan rim besi. Penggunaan petrol bagi Transcom dicatatkan sebanyak 10.9 liter untuk jarak sejauh 100 km.

Diimport sepenuhnya dari negara China, Chery Transcom 2.0 TCI ditawarkan pada harga RM90,145.90 (atas jalan termasuk insuran) bagi pendaftaran persendirian, dan RM90,790.03 (atas jalan termasuk insuran) untuk pendaftaran syarikat. Menurut jurujual Chery sebentar tadi, tawaran menarik menanti pembeli ketika ini apabila diskaun sehingga RM3,000.00 ditawarkan untuk Transcom, menjadikan harganya kepada RM87,145.90 dan RM87,790.03 sahaja.

[nggallery id=326]

Terbaik!(5)Booo~(6)

27 Comments

  1. mohd hafis

    July 30, 2011 at 10:30 pm

    peh

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. zackhakimi

    July 31, 2011 at 3:28 am

    kereta buatan China ni sorry to say..design language die bnyk sangat pengaruh Toyota and Honda....

    Chery Tiggo tu depan dh macam ala2 CRV lama.... side profile mcm Toyota Rav-4 dah....

    sekrg Transcom ni dh mcm Hiace daah,,...

    yg terbaru model dr syarikat GWM , SUVnya sgt lah membayangkan Toyota SUV type....

    kalau dilihat pada sistwm audio van ni.... mengecewakan....kualiti plastik dalaman juga nmpak murah...

    maaflah...sy cuma agak skeptikal apa2 produk dari China...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • sherly

      October 8, 2011 at 1:13 am

      encik zack pakai BMW/MERC/FERRARI kot.tu yg skep dgn product negara lain

      Terbaik!(3)Booo~(0)
  3. Bijan Kazar

    July 31, 2011 at 10:59 am

    sy pula lebih skeptikal dgn produk malaysia. tengok saja produk cherry, eastar. bagi saya ia jauh lebih baik berbanding proton exora.

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  4. nua rs

    July 31, 2011 at 8:31 pm

    nissan urvan much better asenya..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  5. pengguna moped 135LC tegar

    August 1, 2011 at 10:08 pm

    yg ni ok la bwt jd ambulance =)

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • MrDDR

      January 24, 2013 at 2:25 pm

      Ambulan? Tak kot. Ciri utama ambulan adalah dipandu secara berbahaya pada bila bila masa. Tapi ini berbahaya dipandu setiap masa.

      Terbaik!(2)Booo~(0)
  6. yana

    August 18, 2011 at 10:31 am

    saya chery dealer kampar,perak..
    sesiapa yg berminat,,sila hubungi saya..

    YANA : 017-5266234

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Dzul

      October 10, 2011 at 11:41 am

      klu nak buat bas sekolah ada diskaun lagi tak?. Min diposit?. 2long cx monthly payment utk min diposit.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • euky_rina

      July 12, 2012 at 9:47 pm

      sye bermnt nak order chery transcom utk dijdikan bas sekolah...brpe hrgenye...? tlg sms saya 0126301269 salmah hashim

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. jojojoyah

    September 1, 2011 at 12:03 pm

    joylong dah bwk masuk model ni tp versi 2.5 turbo diesel... enjen toyolta dia guna ... sejibik dgn toyota hiace commuter yg bnyk org thai guna...
    klu ori toyota mahu harga dia dlm 150k kot, sbb hiace yg ade kat pasaran malaysia nipun dah >90k... tu pun sll terbalik sbb x balance
    klu chery 89k n joylong 98k, aku kira ok la tu, sbb body dia stabil n nmpk tegap berbanding yg toyota pasaran tmptn tu

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  8. ARUL

    October 5, 2011 at 2:45 pm

    Boleh lah setakat pakai utk family........... Harga pun blh tahan.......

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. dainese

    October 31, 2011 at 4:41 pm

    salam. aku test drive kat kuantan ladt 3 days, design mmg body toyota, tetapi overall kurang memuaskan.

    antara hiace (pendek 10 seater RM104k ), era joylong (body panjang ala thailand RM104k) dan cherry (pun body sama RM86k)

    dari segi finishing dan accessories: era joylong terbaik

    dari segi harga murah: cherry (pasal enjin dia 2.0 turbo shj dan guna petrol)

    dari segi solidity, trusted, keyakinan pengguna, enjin boleh di percayai, lasak : hiace malaysia 10 seater

    cuma kekurangan hiace malaysia adalah ianya hanya 10 seater.

    paling top antara semua tu nyata adalah TOYOTA HIACE COMMUTER MADE IN THAILAND OR JAPAN...TERBAIKKKKKK

    tp malang...x akan dpt masuk malaysia. ko nak import mcm Kementerina Kesihatan Malaysia bleh.. ko standby rm200k lebih

    kalau sape2 bleh supply commuter from thai..sial inform aku, kalau bleh finance..confirm aku beli

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  10. ricky

    November 18, 2011 at 9:31 pm

    sy chery dealer dri sabah. klu berminat nak tgk van ni kol sy 0143507003 (Ricky).

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. rosly

    November 24, 2011 at 1:51 am

    siapa dealer kat jb, boleh bagi info lanjut. saya nak buat bas pekerja.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. Eduardo

    June 28, 2012 at 8:21 am

    qdo vai vir p o Brasil?????????

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. Ezanee Tawil

    July 6, 2012 at 8:44 pm

    Saya seorang yg meminati Van besar2 mcm yg di Thailand, oleh krn di Malaysia tiada van Toyota yg besar, bagi saya yg Transcom ni pon boleh lah...Minat membeli Transcom selepas menjual Honda Accord saya....Lokasi saya di Bukit Fraser...Wakil penjual yg berdekatan, boleh;lah menghubungi saya di 016-2988585....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. Hj Mohd Zawahi Hj Badaruddin

    October 9, 2012 at 11:39 pm

    Berminat Van besar2 ni dah pernah bawa Toyota Commuter Siam tu...interior memeng best. Era Komuter pun mantap.. Chery Transcom petrol turbo..168HP..wah ok gak ni..mekap2 jadi Toyota...he he Saya tinggal di Ipoh....ada showroom ke..boleh test drive.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Ita.mamu

      January 24, 2013 at 11:23 am

      Berminat chery transcom ye bro.saya sales consultant..dri kmpar perak 3 s...boleh hubungi sya...ita mamu 0174388250...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Ita.mamu

      January 24, 2013 at 11:24 am

      Berminat chery transcom ye bro.saya sales consultant..dri kmpar perak 3 s...boleh hubungi sya...ita mamu 0174388250.....sya akan beri maklumat lebih medalam tentang chery transcom

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. Ita.mamu

    January 24, 2013 at 11:21 am

    Berminat dengan chery transcom.2.0 TCI....boleh buat van sekolah n van persiaran..untuk keterangan lanjut boleh hubungi sya ditalian 0174388250
    Ita mamu..Yg pasti kami dealer 3 s......tq...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. julie

    April 17, 2013 at 9:16 pm

    chery easter 2.0, transcom, tiggo and a5 ..seseiapa yg berminat boleh call sy (julie) 0125918539

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  17. nieta

    April 29, 2013 at 3:35 pm

    Untuk ssiapa yg bminat mejlnkn perniagaan persiaran atau menambah lagi pendapatan yg lebih lumyan,,,,, cubalah miliki chery transcom n lihatlh hsilnya... untuk keterangan lebih lanjut hubungi saya nieta 016-9366118 atau 012-5973699 tq...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  18. yoges

    August 24, 2013 at 11:02 am

    Berminat dengan chery transcom.2.0 TCI….boleh buat van sekolah n van persiaran..untuk keterangan lanjut boleh hubungi sya ditalian 014-6021875 yoges.....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. deen

    October 5, 2013 at 2:13 pm

    nieta u buat travelling ke?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  20. Miss Orqed

    October 8, 2013 at 11:35 am

    Hai..saya Miss Orqed dari Chery Automobile Malaysia (017-3217044)

    Berminat dengan Transcom..Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
    Transcom boleh di jadikan sebagai:
    - Bas Sekolah
    - Bas Persiaran y lengkap dengan peralatan karaoke terpulang pada
    permintaan anda.
    - Bas Kilang
    - dan lain2....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  21. Ajak

    November 21, 2013 at 2:49 pm

    call me for test drive 0129915313 KL/SEL

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>