Suzuki Assemblers Malaysia lancar Shogun Axelo S dan Shogun Axelo R - Arena Kereta

Suzuki Assemblers Malaysia lancar Shogun Axelo S dan Shogun Axelo R

Seperti mana makluman awal sebelum ini, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan motosikal kapchai terbaru, Shogun Axelo kelmarin. Didatangkan dalam dua versi Axelo S dan Axelo R, perbezaan antara kedua-duanya ialah penggunaan klac automatik untuk Axelo S dan klac tangan manual untuk Axelo R. Suzuki Shogun Axelo meneruskan kesinambungan model Shogun RR dan Shogun SP, di mana kedua-dua versi tersebut juga dilengkapi klac auto dan klac tangan manual.

Masih mengekalkan enjin 4-lejang sejukan udara, SOHC dan bersesaran 125cc, antara ciri-ciri menarik untuk model Shogun Axelo ini sudah tentu rekaan bahagian hadapannya yang lebih sporty, termasuk brek cakera di bahagian roda belakang untuk lebih cengkaman dan keselamatan. Suzuki Shogun Axelo S didatangkan bersama warna biru, merah dan hitam, manakala Axelo R tampil dengan satu-satunya warna biru, seperti mana maklumat yang tertera di dalam laman web Suzuki Assemblers.

Harga asas yang ditawarkan untuk Shogun Axelo S ialah RM5,208.00, dan Shogun Axelo R ditawarkan pada harga RM5,388.00. Kedua-dua harga yang ditawarkan itu tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran, insuran dan lain-lain cas. Anda boleh saksikan spesifikasi penuh dan galeri Suzuki Shogun Axelo di bawah -

[nggallery id=329]

SPECIFICATIONS
Engine Type 4-stroke, air-cooled, SOHC
Bore x Stroke 53.5mm x 55.2mm
Piston Displacement 124cm³
Compression Ratio 9.6 : 1
Carburetor MIKUNI VM 18
Starter System Electric Starter & Kick starter
Lubrication System Wet Sump
Clutch Wet Shoe, Automatic, Centrifugal Type – Axelo R
Wet, Multi-plate Type – Axelo S
Drive System RK-M 428, 100 links
Front Suspension Telescopic, Coil Spring, Oil-damped
Rear Suspension Swingarm Type, Coil Spring, Oil-damped
Front Tyre Size 70/90 – 17 M/C 38P
Rear Tyre Size 80/90 – 17 M/C 44P
Ignition Type Digital (DC-CDI)
Spark Plug DENSO: U20FS-U, NGK: C6HSA
Battery 12V 10.8KC (3AH)/10HR
Battery 12V 10.8KC (3AH)/10HR
Fuel Tank 4.1L
Engine Oil Without Filter Change – 800ml
With Filter Change – 900ml
Overall Length 1,895 mm
Overall Width 715 mm
Overall Height 1,075 mm
Wheelbase 1,220 mm
Kerb Weight 108 kg
Price*
Basic Sales Price* : RM


Basic Sales Price*: RM

Note: * Basic Sales Price Only in Peninsular Malaysia ( Exclude road tax, registration, insurance & Others charges)
Price Subjected to change without prior notice.

Terbaik!(0)Booo~(0)

7 Comments

  1. mohd hafis

    August 1, 2011 at 4:15 pm

    akhirnya ekeke..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Evo

      August 1, 2011 at 9:20 pm

      Haha akhirnya..ingat ada masa nanti macam biasa nak pergi tangkap gambar moto tu kat kedai motor..harga boleh tahan, rupa pun lebih menarik dari Shogun lama.

      Terbaik!(1)Booo~(0)
      • mohd hafis

        August 1, 2011 at 10:59 pm

        aa bro ak eheh...

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. Imddin SP

    August 1, 2011 at 9:09 pm

    Kenapa Suzuki Malaysia tidak memaparkan kuasa kuda dan tork setiap motorsikalnya?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 1, 2011 at 9:21 pm

      Mungkin dia orang ingat tak penting kut, tapi kalau ikut brochure katanya Shogun Axelo ini lebih berkuasa tetapi jimat minyak..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. ajiss

    July 10, 2012 at 11:26 am

    motosikal gila,paling tak guna.rosak tiada alat ganti.motosikal paling tak guna yang aku beli, janganlah
    sapa2 beli....

    Terbaik!(0)Booo~(2)
    • mamat

      August 3, 2012 at 4:44 pm

      bolo punya olang

      Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>