Mitsubishi lancar trak pikap Triton RA Edition hari ini - Arena Kereta

Mitsubishi lancar trak pikap Triton RA Edition hari ini

Sebelum ini anda sudah melihat model Lancer Sportback yang disuntik dengan elemen sporty dan bercirikan perlumbaan dari divisyen Ralliart, hari ini sekali lagi Mitsubishi Motors Malaysia melancarkan edisi yang sama untuk model trak pikap terkenal, Mitsubishi Triton RA Edition. Model eksklusif ini dikeluarkan terhad 500 unit sahaja untuk pasaran Malaysia.

Mitsubishi RA Edition berasaskan model Triton 2.5 A/T dan dikuasakan oleh enjin bersesaran 2.5 liter dengan pengecas turbo COMMONRAIL yang menghasilkan kuasa 136ps dan tork maksimum 314Nm. RA Edition diilhamkan dari elemen perlumbaan dan ditambah ciri-ciri dari Ralliart, jenama sukan permotoran Mitsubishi serta setiap produk yang berkaitan.

Ditawarkan pada harga RM103,980.00 atas jalan termasuk insuran, trak pikap yang diimport sepenuhnya ini tersedia dalam dua warna – hitam (Black Mica) dan putih (White Solid). Setiap pemiliknya nanti bakal mendapat manfaat jaminan 3 tahun/100,000 km, selain pakej penyelenggaraan percuma dua tahun dari Mitsubishi.

Penambahan ciri-ciri lebih sporty dan istimewa untuk Triton RA Edition ini melibatkan pakej aksesori eksklusif termasuk penutup bahagian kargo belakang, bampar (bumper extender), pelekat body dengan ciri perlumbaan unik, pelindung tingkap (window visor), interior berunsurkan perlumbaan dengan logo Ralliart di tempat duduk, scuff plate aluminium, karpet alas lantai edisi terhad RA Edition, emblen Ralliart dan juga plat nombor siri Triton RA yang menunjukkan jumlah terhad 500 unit yang dikeluarkan untuk pasaran.

Konsol tengah Mitsubishi Triton RA Edition turut menempatkan sistem hiburan skrin sesentuh Audio LCD yang dipasang secara dalaman sistem navigasi GPS. Selain untuk hiburan, skrin LCD berwarna itu juga mempunyai fungsi paparan kamera undur, yang mana membantu sewaktu meletakkan kereta di tempat parking. Selain menikmati keselesaan ruang Triton yang luas, penumpang juga pasti berpuas hati dengan kerusi tempat duduk dibalut kulit sepenuhnya.

Antara ciri-ciri standard komprehensif sedia ada pada Triton 2.5 termasuk Anti-Lock Braking System (ABS) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD). Sistem keselamatan pasif turut menampilkan pedal brake dengan ciri Inti-Intrusion, termasuk ciri-ciri tersebut : collapsible steering wheel, pre-tensioner, force limiter, dual-stage SRS airbags as well as Mitsubishi Motors’ rigid RISE body structure. Bukan itu saja, Mitsubishi Triton juga menawarkan Hybrid LSD (Limited Slip Differential) dan radius pusingan terbaik di dalam kelasnya dengan kiraan 5.9 meter, merupakan radius pusingan paling kecil yang boleh didapati dari trak pikap.

Di Malaysia, trak pikap Triton hadir dengan reputasi cemerlang sejak dilancarkan pada 2006, pernah menerima anugerah pikap terbaik tidak kurang empat kali dari Autocar ASEAN dan empat kali dari New Straits Times/Maybank Car of the Year Awards. Pada tahun 2009, Triton memenangi anugerah pikap terbaik daripada kedua-dua penerbitan dan telah berjaya mempertahankan gelaran. Pada tahun 2010, Triton sekali lagi membuktikan keupayaannya apabila memenangi anugerah 2010 Autocar ASEAN Pick-up truck of the year. Ia juga merupakan satu-satunya trak pikap di Malaysia yang boleh mendakwa memenangi anugerah bagi setiap varian yang ada.

Untuk pasaran Malaysia Timur (Sabah & Sarawak), Triton RA Edition boleh didapati mulai 5 September 2011. Harga di atas jalan termasuk insuran di Sabah sebanyak RM104,859.30, Sarawak RM104,949.90, Pulau Langkawi RM95,670.37, dan Labuan RM96,938.17.

[nggallery id=334]

Terbaik!(1)Booo~(0)

1 Comment

  1. landax

    August 12, 2011 at 12:29 am

    wah..nice lah..tapi minyak mesti lagi kuat daripada DMAX =(

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>