Laporan Tahunan Proton 2011 - pelancaran Exora Turbo pada November 2011, Proton P3-21A pengganti Persona - Arena Kereta

Laporan Tahunan Proton 2011 – pelancaran Exora Turbo pada November 2011, Proton P3-21A pengganti Persona

Laporan Tahunan Proton 2011 (2011 Proton Annual Report) masih belum dikeluarkan di dalam laman web rasmi Proton, namun beberapa sumber telah mendedahkan laporan tersebut lebih awal. Terdapat pelbagai maklumat menarik di dalam laporan tahunan itu, antaranya ialah pelancaran Proton Exora Turbo yang dijadual akan berlangsung pada November 2011.

Laporan tersebut juga menyebut Proton bakal melancarkan model global terbaru melalui kilang mereka di Tanjung Malim, merujuk kepada model Proton P3-21A. Paling menarik sudah tentu pengesahan dari Proton berkenaan model Persona. Mengikut laporan tahunan itu, Proton P3-21A merupakan pengganti model Persona. Walaupun masih mencatatkan jualan yang baik pada setiap bulan, Proton P3-21A akan menggantikan pengeluaran model Persona bagi meningkatkan nilai produk dan keupayaannya terhadap rakyat Malaysia.

Selain pemberhentian pengeluaran Persona, model lain turut akan dihentikan pengeluarannya pada tahun fiskal akan datang iaitu Gen.2, Savvy dan Satria Neo, bagi memberikan laluan kepada model global P3-21A . Tidak mengejutkan kerana Gen2 merupakan model lama, Savvy pula sudah terdengar ura-ura akan dihentikan sebelum ini.

Namun berkenaan Satria Neo, tidak dapat dipastikan kenapa model sporty itu akan dihentikan pengeluarannya, mungkin disebabkan Proton tidak lagi mahu mengeluarkan kereta dalam segmen dua pintu, atau model lain akan menjelma barangkali. Maklumat berkenaan Proton EMAS juga terdapat di dalam laporan itu, di mana pengeluaran globalnya dijadualkan bermula pada tahun 2013 akan datang.

  • In November 2011, the new Exora Turbo will be produced. The new engine that is being developed by both PROTON and Lotus Engineers, comes with a powerful 138bhp to a maximum of 151bhp. The exterior will also be improved with sport rims, smoke lenses, rear combi lamp, chrome front radiator grille with black ribs and deep titanium finishing lamp.
  • Lastly, we will introduce our first locally produced global car to be manufactured at the Tanjung Malim plant. The new car is now being tested for production optimisation and production is expected to commence by early February 2012. The new car will not only possess the latest trend in looks and style but it also comes with several new technology features and enhancements. For example, 14 parts of the body in white are composed of a very hard metal derived through a process called Hot Press Forming (HPF).
  • This new high technology process is a first in Malaysia and South East Asia. With this process, the parts can withstand a force of 1,500 mega Pascal. Hence with the addition of these parts, it is possible for PROTON to have a five star ncap rating car. Another new production technology is the rolled hemming process. By this process each area can be finely tuned to give optimum pressure and hence higher quality. These production technologies are a cost reduced investment and are expected in the future, to reap benefits for PROTON and decrease costs further.
  • For the next fiscal year, the production of Gen.2, Savvy and Satria Neo will cease. This is to make way for the production of our new first global car, the replacement for the Persona. Although the current Persona model still commands a respectable volume, the company has formulated new replacement models as a refreshed effort not only to improve product but also as a means to increase the capabilities of our people.
  • Preparation is currently underway to validate production processes and various equipment are being installed in order to meet the scheduled start of production by early 2012. With new manufacturing technologies, there is a critical need to train our employees. Preparatory work such as early training and identification of problems is currently being carried out to ensure all aspects of our operations will be enhanced in time.
  • Our Global Small Car programme is also progressing according to schedule and barring any unforeseen circumstances, 2013 will be another defining year for PROTON as we venture further into the global arena. Based on the EMAS (Eco-Mobility Advanced Solution), the Global Small Car promises to be an exciting product proposition not only for PROTON but for Lotus as well, and this would be the first time such an arrangement is entered into by both companies.

Update* – Di bawah berikut merupakan petikan daripada press release Proton berkenaan jumlah keuntungan kewangan semasa bertarikh 27/08/2011;

The Group is currently finalising the development of the CFE engine, as well as preparations for the production of a new model – codenamed the P3-21A, in the first quarter of 2012. The Group had announced last month, its Production Preparation Readiness at the Tanjung Malim plant where the car will be manufactured.

p/s : Menarik laporan tahunan tersebut, banyak maklumat penting dan berguna di dalamnya. Kredit kepada blog Funtasticko Design atas perkongsian maklumat.

Terbaik!(0)Booo~(0)

9 Comments

  1. lalat

    August 27, 2011 at 8:16 am

    kalau dah menjadi penganti persona.. harap2 harganya lebih kurang seperti harga persona sekarang & kalau boleh jangan terlalu banyak versi, menyebabkan harga semakin tinggi.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. ODC_RB4

    August 27, 2011 at 10:40 am

    Cergas proton......
    Harap2 harga berpatutan.......
    Sayang kalau satria neo nak berhenti....kalau ia pun ganti la dgn produk yg lebih cun lagi.....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. P3-21A or SNR

    August 27, 2011 at 2:59 pm

    3 models (Gen.2, Savvy, Satria Neo) will be ceased for Persona Replacement Model? It's ok, since these 3 models already been in the market for more than 5 years. Hopefully, Proton will replaces its Satria Neo with more slicker and more bold looking model. Since we have rally using Satria Neo, I think Proton should come out with the 3rd generation. I really hope to hear good news. If Proton promise Satria Neo replacement, sure I will skip Persona R and get Satria Neo.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. dodolraya

    August 27, 2011 at 3:57 pm

    kalau nk barang bagus,kne la bayar lebih skit

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. Maverick

    August 27, 2011 at 11:16 pm

    bayar lebih sikit tue takpe dodolraya..asal jangan mahal dari harge kereta jenama T dan H udah ler..hehe=)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. mat slamber

    August 29, 2011 at 8:36 am

    bro ak,sblm ni ada post kata Proton P3-21A bukan persona r.skrg sah persona r.boleh komen skit?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 29, 2011 at 8:57 am

      Betul, maklumat sebelum tu kata bukan Persona R, maklumat dari brader yang test sendiri kereta tu, saya jumpa kat Gurun tengah makan.. Tapi terbaru macam maklumat kat atas tu, Proton sendiri kata itu memang model pengganti Persona.. Jadi sekarang ni kita boleh buat rumusan yang tepat Proton P3-21A adalah Persona R.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. Han!h

    August 30, 2011 at 7:25 pm

    wow...3 kereta sekaligus nak cease production... kalau P3-21A replace Persona,apa pulak yg replace these three?

    pendapat sy:
    1. gen-2 mayb akan dihentikan terus kot. Teori sy? Sbb kalau tengok market org2 Malaysia ni, rasanya x banyak yg minat hatchback yg besar2 ni...contohnya mcm Ford Focus etc. Tp, bila market hatchback besar naik balik dgn Peugeot 308, mayb Proton consider balik develop hatchback besar utk as competitor...

    2.Savvy. Kalau xde savvy, maksudnya proton xde model supermini. Rasanya savvy dulunya dibuat utk take over supermini market dr Perodua tp memandangkan sales Savvy x m'berangsangkan, t'paksa stop...
    lg pun Saga kan ada...wpun Saga dlm segmen lain, dia pakai extended-savvy platform kan?harga pun lbey kurang...

    rasanya lepas savvy,xada apa2 model supermini kot sampai 2013 tu, bila EMAS diproduce...

    3.pasal satria neo x sure lah pulak...rasanya sales ok...banyak je org minat...& mcm ada org komen sebelum ni,satria neo guna utk rally...so, mungkin market utk kereta dua pintu akan diteruskan kot dgn diganti oleh better model...

    just pendapat sy,harap dpt bg komen selanjutnya...

    btw...
    apa p'kembangan pasal:
    1. Inspira Phase 2 yg kata ada design baru yg ganti rebadged model sekarang ni?
    2. Nissan Fuga-based Perdana?
    3. Yg test mule Exora pelik tu, adakah menandakan ada model baru atau test mule tu just utk uji enjin?...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. a07

    September 5, 2011 at 12:32 pm

    harap jgnlah ditangguhkan lagi pelancara exora turbo

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>