Nissan Livina X-Gear akan dilancarkan – 5 tempat duduk, harga RM82k++

Selain MPV Nissan Grand Livina, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd bakal melancarkan varian terbaru Livina, tetapi kali ini bukan lagi sebuah MPV, sebaliknya sebuah..saya sendiri kurang pasti apa kategori model terbaru itu yang dikenali sebagai Nissan Livina X-Gear. Menurut sumber yang saya perolehi sebentar tadi, Nissan Livina X-Gear bakal dilancarkan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi, dan ditawarkan pada harga sekitar RM82k, lebih murah berbanding MPV Nissan Grand Livina.

Livina X-Gear memiliki enjin 1.6 liter dan mempunyai 5 tempat duduk, bukan lagi 7 seperti abangnya, oleh itu ruang bagasi di bahagian belakang sangat luas. Namun saiz panjang model terbaru ini sedikit kurang berbanding MPV Grand Livina, dan rekaan bahagian belakangnya agak berlainan. Saya sempat melihat Livina X-Gear dari dekat sebentar tadi dan merakamkan beberapa keping gambar untuk tatapan semua pembaca Arena Kereta. Kalau diikutkan Livina X-Gear sudah berada di pasaran luar negara seperti di Indonesia dan China, kini gilirannya pula memasuki pasaran Malaysia.

Saya masih menantikan press release rasmi dari Nissan Malaysia sebelum mengulas lebih lanjut berkenaan model ini. Memandangkan MPV Nissan Grand Livina sudah serba lengkap, apa pula alasan saya untuk membeli Livina X-Gear jika diberi pilihan nanti? Lagi pun perbezaan harga antara MPV Grand Livina 1.6 liter manual dan auto cuma sekitar RM4k sehingga RM7k sahaja berbanding harga Livina X-Gear, lainlah kalau harganya di bawah RM80k. Apa pun kita nantikan maklumat lebih lengkap selepas pelancaran nanti, sebelum itu saksikan dahulu galeri Nissan Livina X-Gear.

[nggallery id=353]

Terbaik!(0)Booo~(0)

18 Comments

  1. rahsialakibini

    September 2, 2011 at 5:47 pm

    menarik jugak grand livina baru ni....nampak sporty sikit tapi dalamannya lebih kurang sama dengan 'abangnya'

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. ariff

    September 3, 2011 at 7:44 am

    interior yg sgt simple..x berbaloi..hampeh

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. ariff

    September 3, 2011 at 7:46 am

    lebih sesuai jadi teksi eksekutif...kan bro Evo..

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • Evo

      September 3, 2011 at 8:00 am

      Bagus jugak jadi teksi, bonet belakang untuk letak barang-barang luas, kalau untuk famili baik ambil MPV Grand Livina terus.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Chin Lin

      December 24, 2011 at 7:52 pm

      USE YOUR BRAIN LA IDIOT...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. al

    September 4, 2011 at 10:56 pm

    dnga kata x-gear pakai engine Renault ke??? i tgk review dr indon.. owh no..frust lah plak..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. awie

    September 5, 2011 at 9:50 am

    x-gear... 'X' maksudnye cross..so livina crossgear...ade ciri2 crossover kan kete ni...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. tie

    September 6, 2011 at 10:00 am

    plan nk ambik kete ni tapi x tau sgt psl spec dia, crossover tu apa ye?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. ryzal

    September 6, 2011 at 4:24 pm

    bahagian blkg cam x ok sgt....cam alza jer...tp klu tgk dr depan mmg cun...ala2 murano...pasang spoiler kat belakang nampak better skit kot...interior plak mmg nampak x best...tp boleh jadi pilihan ni...tggu keluar kat malaysia..lps tu kita g jengok kat mana2 nissan...cam berbaloi gak...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. kl citi

    October 11, 2011 at 12:15 am

    lebih mahal dari exora

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. kl citi

    October 11, 2011 at 12:16 am

    lebih mahal dari alza .... lebih gaya

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. kl citi

    October 14, 2011 at 4:30 pm

    popular in Indonesia jugak

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. linazaiman

    October 22, 2011 at 11:39 am

    jgn komen lebih kalu x beli

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. kl citi

    November 18, 2011 at 10:57 pm

    zaman moden ini, SUV yang paling gaya

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. Chin Lin

    December 24, 2011 at 7:50 pm

    NISSAN JAPAN MADE GOOD & STRONG, MALAYSIA DO ALZA, EXORA ALL LIKE STUPID!!!! MALAYSIA CAR SUCKS..ONLY CAN USE 3 YEARS...FUZK MALAYSIA BOLEH!!!!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. eliza850

    January 22, 2012 at 7:17 pm

    bagus nie , penig nak amik mne, tuk 4 org slese beno ni,, mmg smat n tinggi dri vios! gud2

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. khairu diab

    January 22, 2012 at 9:14 pm

    minat jgk tgk nissan x-gear ni, harga pon leh tahan, ttg interior die yg nampak sgt biasa2 je tu saya x kisah sgt, klu dh beli nnti bleh diupgrade interioe nye, yg pnting pikap waktu nk potong dgn nek bukit, lg brbaloi beli yg ni dr vios n honda city, kete ni pon klu nk wat teksi mmg sesuai, insyaallah klu mampu nk sambar 1, hehe,

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. is

    July 8, 2012 at 9:22 pm

    i dah try grand livina family. Memang interior biase je, padel buka pintu mcm hook. Tapi yang power org jarang tau ialah pemanduannya. I dah bawak ganas2 siap langgar bonggol bata jalanraya. Memang kalah Camry or civic or any local car like proton.. Smooth mcm terbang tak rase lubang jalan bunyi bedebuk pun, bunyi bup skit je. Smooth... Try la drive!

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>