Program "My Proton Makeover" - Proton Saga 1992 talaan R3 telah siap dan diserah kembali - Arena Kereta

Program “My Proton Makeover” – Proton Saga 1992 talaan R3 telah siap dan diserah kembali

Setelah sabar menunggu dalam penuh debaran, akhirnya saudara Fadly Hisham Roplay telah menerima semula Proton Saga 1992 miliknya, tetapi kali ini kereta kesayangannya itu telah berwajah baru hasil sentuhan divisyen permotoran Proton R3. Majlis penyerahan Saga 1992 R3 itu telah berlangsung untuk meraikan pemenang pertama program “My Proton Makover” yang diadakan melalui pertandingan Very Important Proton (VIP).

Melihat kepada gambar-gambar tersebut, bahagian interior paling menarik apabila dashboard lama Saga telah digantikan dengan dashboard baru dari model Saga LMST yang dikeluarkan pada tahun 2003-2008. Bahagian luaran juga menerima sentuhan lebih kemas, terutama sekali penggunaan sport rim R3 bersama sistem gantungan berprofail rendah menjadikan penampilan visualnya cukup sporty dan mantap.

Walaupun program ‘overhaulin’ yang dilakukan R3 masih belum menyeluruh apabila tidak melibatkan pertukaran enjin baru, hasil yang dilakukan tetap memuaskan. Bayangkan kalau Saga 1992 milik juruteknik Fadly Hisham Roplay memiliki jantung baru berupa sebuah enjin CamPro CPS 1.6 yang ditala khas oleh R3, pastinya sangat hebat.

Kepada pemilik-pemilik kereta Proton yang berminat, masih ada lima lagi kereta yang akan ditala oleh R3 dalam program “My Proton Makeover”, apa yang perlu anda lakukannya hanya layari http://www.protonvip.com/ , ceritakan pengalaman ketika bersama kereta Proton kesayangan anda dan bagaimana ianya memberikan kesan besar dalam hidup anda.

Pihak Proton akan memilih cerita terbaik dan anda mungkin pemenang seterusnya. Tarikh tamat penyertaan pada 28 Disember 2011. Sumber foto dari CBT.

Terbaik!(3)Booo~(0)

36 Comments

  1. ma-cha

    September 14, 2011 at 8:23 am

    tahniah! divisyen r3. rim r3 tu.... ramai yg ngidam,.rezeki en.fadly.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. izkandar

    September 14, 2011 at 8:36 am

    perghhh mengekalkan keaslian n versi R3 vintage. haha.. shabas proton, n taniah en fadly

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. Imddin SP

    September 14, 2011 at 9:05 am

    Biasa je... Make over macam ni dah biasa lihat kat jalan2 raya. Cuma bahagian dalaman yang dah tak nampak macam Proton Saga lama. Apapun pemilik kereta ini memang bertuah. Value kereta ni mesti dah naik..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. RIZ

    September 14, 2011 at 9:27 am

    Nice job team R3. Suttle & elegant design. Most probably they don't change the engine & exterior so much is because of the legal matters. What I'm interested more are the cars under the red cover :D More R3 production cars?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • miey

      September 14, 2011 at 3:02 pm

      No plate tu je yg tak lepas dgn JPJ.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. Syazrul

    September 14, 2011 at 9:50 am

    personally, aku rasa R3 cuma restore kereta ni kepada keadaan asal, with a few add on mcm bodykit.. but i like the interior.. terasa moden dgan dashboard lmst tu.. rim r3 tu pun cantik.. but honestly, I was hoping for a more extreme make over from R3.. like what they did to Satria Neo with custom bodykit.. well, maybe R3 wants to maintain the original look of the car since this is their first makeover.. maybe they'll go different with the other five cars.. overall, great job R3! I hope they can think of selling their rim to the public.. hehe =P

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Pearl Blue

      September 14, 2011 at 9:58 am

      aku tertarik dengan rim dan bahagian enjin.. kalau tengok betul2, extractor chrome tu! air filter pun open pod.. lagi best kalau R3 boleh list apa yg dorang dah mod kat kereta ni.. boleh kitorang tiru2.. hehe

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. syukuri

    September 14, 2011 at 11:32 am

    cik immdin..mmg la biasa..tp ni free..FREE.!
    phtu yg bikin pengluar kereta,,bkn kedai modi tepi jln..
    dan aku dgr lepas sapa nk `overhaulin` cam proton aku buat bebayar pada sapa2 nak[dgr kt radio td
    ]

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. ArTiga

    September 14, 2011 at 11:33 am

    kalau letak spoiler R3 lagi cun!!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. syukuri

    September 14, 2011 at 11:34 am

    cik immdin..mmg la biasa..tp ni free..FREE.!
    phtu yg bikin pengluar kereta,,bkn kedai modi tepi jln..
    dan aku dgr lepas ni sapa nk `overhaulin` cam proton akan buat bebayar pada sapa2 yg nak[dgr kt radio td]

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. Aizat

    September 14, 2011 at 11:56 am

    Berapa agak2nya total cost utk make over macam ni? ada siapa2 boleh bgtahu

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. ameq

    September 14, 2011 at 12:37 pm

    aku tgk biasa ja..cuma rim r3 tu ja yg meleleh aku tgk..haha..nk cari stu la..kt mna ar jual?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • miey

      September 14, 2011 at 3:11 pm

      http://www.proton.com/Motorsports/R3-Accessories.aspx

      klik link utk dptkan lokasi..

      Terbaik!(1)Booo~(5)
      • Mayang Abadi

        November 1, 2011 at 9:54 am

        Untuk Wira tadak ka?

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. Datsun Buah Kana

    September 14, 2011 at 12:51 pm

    Kalu tgk keta yg asalnya mmng byk yg R3 buat.. getah. wayer, nat . karpet.. semua dah baru..walaupun nmpk standard, tp brg baru der....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. coupe

    September 14, 2011 at 4:18 pm

    aku lbh teruja klu team R3 masuk kan enjin R3 diorg kat saga ni.
    br best...

    tp,
    myb diorg nk kekalkan ori saga yg guna kaburetor ni.

    TQ.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. John

    September 14, 2011 at 6:32 pm

    tak kenan dengan stereng tuh!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. persona

    September 14, 2011 at 9:02 pm

    ini bukan R3..ini rojak ni...rim neo R3...dash board dan interior proton Saga lmst ..klu tak silap ...and stering entah dari mana..and enjin masih lama..yang air filter tu apasal rojak jenis tu..adui...cubalke masuk enjin campro dan colour red Neo R3..baru cantek...apapun tahniah....saga lama masih power

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • SagaMan

      September 14, 2011 at 10:24 pm

      tu la org melayu..byk sgt komen, x penah nak support...semangat ar skit..macam mana nak maju mcm neh...Terbaik saga R3...tahniah proton..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • syukuri

      September 15, 2011 at 9:45 am

      bkn di r3 kan derrr....di make over team r3..adehhh..
      konsep die make over jadi stendet baru bkn jadi sport rally car drag car racing car f1 car or ah beeng car..adoiiiiiiiiiiiiiii..tk paham2!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • apis

      September 15, 2011 at 11:06 am

      xkesah le pe pun, yg penting part yg tlh di pasang oleh team R3 tu adalah part ori...
      beruntung bro Fadly Hisham Roplay 2 dpt semua 2 secara percuma je....

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. izkandar

    September 14, 2011 at 10:28 pm

    the most penting sgt2.. bau msti bau kate baru.. HAHAHAHAHAHA

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. sab

    September 16, 2011 at 2:30 pm

    ini dah btol2 baik sgt dah.untung bdn...bile lak kete rapuh aku nak dpt lak..haha
    ini mybe permulaan...mungkin lepas ni lagi extrem...tapi mmg terbaik la buat masa ni..martabat kete nasional lama masih diangkat...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  17. epul

    September 16, 2011 at 7:36 pm

    kalau aku jadi owner kete ni,aku start risau dah...sebab ramai sgt yang dah plan nak curi rim baru die.... hahahhah

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  18. nua rs

    September 16, 2011 at 7:47 pm

    buat tiara x pun juara talaan r3....mesti ramai respek..huhuhu

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. mohd nasir bin isa

    September 27, 2011 at 10:05 pm

    saya nak tukar wajah proton saga lama saya untuk menjadi lebih menarik...
    tlg saya...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • mat slamber

      November 1, 2011 at 2:54 pm

      abang pergi dekat kedai potong, tanya pendapat kt mekanik sana nk buat cam ner...kedai ketuk body atau cat body pun boleh..mintak nasihat pakar.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  20. roha

    November 2, 2011 at 3:40 pm

    cantik la kete tuh dah nmpk mcm baru. tp sayang dashbord tu mcm tak berapa cun la. klau msuk yg asal lg cun. pendapat peribadi saya la...

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  21. NAZRULLAH

    November 12, 2011 at 12:34 pm

    JELMAAN SEPERTI AE86 KEMBALI...HE3...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  22. pemilikC99

    November 25, 2011 at 7:14 am

    dah abih dah Fiore2..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  23. atan

    January 27, 2012 at 2:36 pm

    susah susah convert fiore dapat saga std balik apala.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  24. amin R3

    February 25, 2012 at 6:36 pm

    salam

    rim saiz 16 tu adalah rekaan terbaru dari pasukan R3.untuk saiz 16 ini harganya rm1900.dan untuk saiz 15 rm1650.rim ini bukan untuk neo r3 sahaja tapi untuk semua jentera yang dibangunkan oleh R3.untuk kos keseluruhan hampir Rm40k seperti yang diceritakan oleh pengurus operasi proton R3 iaitu Mr Daryl Lam Kong Wai.

    kepada yang berminat untuk menigkatkan tarafkan jentera proton masing-masing bleh ke proton r3 di subang jaya.aku telah makeover waja kepada waja R3.spesifikasi yang dilakukan ialah

    1. full bodykit MME R3
    2. Rim R3 MME saiz 16
    3. High Performance Spring sport R3
    4. High Performance Brake pad r3
    5. High Performance Brake hose R3
    6. Sistem ekzos R3
    6. Strut Bar R3
    7. Oil cap R3
    8. Brake oil cap R3
    9. Alu Cam Valley R3
    10. Headlamp HID Xenon R3
    11. Floor Mat R3

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • de_luiz

      September 29, 2013 at 11:28 am

      fuhyoo.. ada can ah nak makeover saga 1986 aku ni.... dah barai dah tu.. hemhem..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  25. cae747

    October 23, 2013 at 7:56 pm

    Ambik lah kereta saga 1991 sy buat r3 nak jugak..tolonggg

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  26. cae747

    October 23, 2013 at 7:58 pm

    Buatkan r3

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  27. shockx96

    May 5, 2014 at 3:54 pm

    kalau buat LMST jd R3 camne pulak?

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>