Perodua Myvi Extreme 1.5 - varian Myvi paling ekstrem pernah dilancarkan - Arena Kereta

Perodua Myvi Extreme 1.5 – varian Myvi paling ekstrem pernah dilancarkan

Menjadi varian tertinggi di kalangan model Myvi yang pernah dilancarkan sejak 2005, Perodua Myvi Extreme 1.5 membuka dimensi baru betapa saiz kompak bukan penghalang apabila menyentuh berkenaan peningkatan spesifikasi dan prestasi ekstrem. Perodua Myvi Extreme 1.5 merupakan salah satu varian terbaru lanjutan daripada model Myvi 2011 Lagi Best yang dilancarkan pada pertengahan Jun 2011 yang lalu.

Dengan tagline baru “Lagi Power, Lagi Best”, ia tampil dengan enjin berkapasiti lebih besar serta peningkatan kuasa ketara, selain padat dengan ciri-ciri dan spesifikasi serba lengkap, termasuk warna kuning Majestik baharu yang ternyata lebih menyerlah dan pantas mencuri tumpuan sesiapa sahaja.

Dilancarkan secara rasmi hari ini pada tarikh 15 September 2011, Myvi Extreme 1.5 seperti mana namanya sudah diketahui umum memiliki enjin bersesaran 1.5 liter (1,495cc) yang sebelumnya digunakan pada model bersaiz lebih besar, MPV Perodua Alza. Bagi yang kurang mengikuti perkembangan semasa dunia permotoran tanah air pastinya tidak menyangka bahawa Myvi 2011 baharu akan tampil lebih berkuasa dengan enjin sebesar itu.

Model Myvi sememangnya sudah sinonim dengan enjin bersaiz 1.3 liter kerana nisbah kuasa kepada enjin yang hampir sempurna, yang kemudiannya telah menjadi salah satu faktor penyumbang utama kenapa ia menjadi model terlaris di Malaysia selama lima tahun berturut-turut (2006-2010).

Myvi Extreme 1.5 dipasangkan enjin berkod 3SZ-VE berkapasiti 1.5 liter empat silinder, bersama sistem DOHC 16 Valve, DVVT dan EFI, dengan keluaran kuasa kuda kini mencecah angka 102hp@6,000rpm dan tork maksimum 136Nm@4,400rpm. Enjin 1.3 liter pada model Myvi 2011 Lagi Best dicatatkan pada angka 90hp dan tork maksimum 117Nm, perbezaan kuasa yang sangat signifikan jika dibandingkan antara kedua-dua varian tersebut.

Kotak gear manual 5 kelajuan dan automatik 4 kelajuan kekal sama seperti mana model yang dilancarkan sebelum ini. Sistem brek depan untuk Myvi Extreme 1.5 dari jenis cakera (disc brake with booster) manakala brek belakang masih mengekalkan jenis dram. Sistem gantungan melibatkan strut MacPherson di depan dan torsion beam di belakang.

Bahagian eskterior menampilkan ciri-ciri peralatan seperti lampu depan projektor, gril depan baru lebih sporty, lampu kabus depan, cermin sisi berkuasa elektrik boleh lipat bersama isyarat membelok, pemegang pintu krom, spoiler belakang rekaan Extreme, lampu belakang kombinasi LED, tiang tengah pintu diwarnakan hitam, skirting penuh depan (lips tambahan rekaan baru menarik), sisi dan belakang, side door moulding serta rim roda aloi 14 inci rekaan baru.

Bahagian luaran belakang turut menampilkan diffuser sporty berwarna hitam yang menambahkan lagi sifat dinamiknya, mungkin juga meningkatkan ciri aerodinamik. Tidak dilupakan penambahan filem penapis haba berkualiti tinggi dipasang standard di setiap cermin pintu termasuk laminasi khas di cermin penghadang angin.

Sebagai varian tertinggi, sudah pasti ciri-ciri dan kelengkapan yang ada pada Myvi Extreme 1.5 ini hampir sempurna di bahagian interior. Paling mengujakan berbanding Myvi Lagi Best sudah tentu penggunaan papan pemuka dan panel pintu berwarna hitam. Bukan saja memberikan impak suasana dalaman lebih gelap dan sporty, malah memberikan imej baru lebih garang, bersesuaian dengan sifatnya kini yang lebih ekstrem.

Meter optitron dengan kombinasi lampu menarik beriluminasi merah, stereng berkuasa elektrik, kerusi dibalut kulit dengan jahitan Extreme 1.5 di bahagian depan, stereng sentuhan kulit lengkap dengan butang kawalan audio di sebelah kiri dan karpet lantai eksklusif Extreme 1.5, semua itu merupakan ciri-ciri standard Myvi Extreme 1.5.

Turut didatangkan bersama ialah panel skrin sesentuh multimedia 6 inci serasi pemain DVD/CD/MP3/WMA dan sokongan port USB termasuk penyambungan Bluetooth dan fungsi bebas tangan untuk telefon bimbit. Lebih hebat apabila Myvi Extreme 1.5 meminjam salah satu ciri yang ada pada setiap kereta premium moden, di mana skrin sesentuh multimedia turut dipasang secara dalaman sistem navigasi GPS untuk kemudahan pemanduan ke setiap destinasi tujuan.

Secara keseluruhannya, bahagian interior masih mengekalkan keluasan sama seperti model Myvi generasi pertama, namun memandangkan Myvi 2011 termasuk varian Extreme ini lebih kompak, ruang bonet belakang kini sedikit kecil dan mungkin agak ‘mengganggu’ jika perlu mengisi banyak barang keperluan.

Ciri keselamatan untuk Myvi Extreme 1.5 kekal terbaik apabila digabungkan bersama dua beg udara SRS untuk pemandu dan penumpang depan, sistem ABS bersama EBD dan BA, penggera dan Immobiliser, ciri anti kecurian, tali keledar dengan ciri ‘pre-tensioner’, tali keledar belakang beserta sistem ‘ISOFIX child restraint’ untuk keselamatan kanak-kanak.

Perodua Myvi Extreme 1.5 baharu didatangkan dalam tiga warna, termasuk warna baharu yang sentiasa menarik perhatian ramai iaitu Majestic Yellow (kuning), selain dua warna biasa Ivory White (Putih) dan Ebony Black (hitam).

Berkenaan harga yang ditawarkan pula, Perodua telah meletakkan sasaran harga sedikit tinggi untuk model ‘flagship’ ini iaitu RM58,200.00 (solid) dan RM58,700.00 (metalik) untuk versi manual, manakala versi automatik bermula dengan harga RM61,200.00 (solid) dan RM61,700.00 (metalik). *Senarai harga akan berubah jika ada pembetulan nanti.

Peningkatan harga yang agak tinggi dirasakan bersesuaian dengan apa yang ditawarkan oleh Myvi Extreme 1.5, namun Perodua kelihatan sedikit tersasar daripada matlamat penubuhan awalnya untuk membekalkan sebuah kereta rakyat yang murah kepada rakyat Malaysia.

Mungkin Perodua beranggapan tanggungjawab mereka sudah selesai apabila model Viva dan Myvi 2011 Standard berharga di bawah RM50 ribu, namun rakyat Malaysia sebenarnya berhak untuk mendapat kereta berkualiti tinggi seperti Myvi Extreme 1.5 pada kadar harga lebih munasabah dan mampu milik.

Namun mungkin terdapat tekanan dari pihak lain demi menjaga jualan kenderaan keluaran satu lagi syarikat automotif negara, bermakna harga Perodua Myvi generasi baharu perlu ditetapkan lebih mahal agar tidak mengganggu pasaran saingannya itu yang ternyata lebih murah walaupun ditawarkan dengan ciri terbaru lebih moden iaitu sistem transmisi CVT, selain enjin baharu 1.6 liter lebih berkuasa.

Berkenaan kuasa yang dihamburkan oleh enjin 1.5 liter pada Myvi Extreme ini, nisbah kuasa kepada berat (power to weight ratio) pastinya sangat ideal dan dirasakan ‘agak berlebihan’ bagi membolehkannya bergerak dari titik pegun ke jarak 100 km/j dalam tempoh masa yang singkat, termasuk kemampuannya memecut di lebuh raya pada kelajuan tinggi tanpa terlalu perlu memaksa enjin beroperasi pada putaran (rpm) lebih tinggi.

Antara persoalan yang menarik disuarakan ketika ini ialah mampukah Perodua Myvi Extreme ini mencabar model berprestasi tinggi yang lain di dalam kelasnya, sebagai contoh Satria Neo CPS atau Saga FL 1.6 liter? Dari segi pengendalian mungkin masih belum mampu, tetapi pada kelajuan lurus siapa tahu Myvi Extreme mungkin lebih ‘menyengat’.

Walaupun harganya sedikit mahal dan pasti hanya mereka yang mempunyai bajet lebih sahaja mampu atau sanggup memiliki Myvi Extreme ini, sasaran jualannya pasti akan membantu meningkatkan jumlah jualan Perodua Myvi 2011 secara keseluruhan pada setiap bulan.

Tidak mustahil dengan pengenalan varian Myvi yang menggunakan enjin 1.5 liter buat pertama kali ini, Perodua akan kekal mendahului carta jualan kenderaan terlaris di Malaysia untuk beberapa tahun akan datang.

p/s : Berapakah agaknya kadar penggunaan petrol bagi Perodua Myvi Extreme ini? Berat kenderaan ringan (kerb weight maksimum 995 kg) ditambah dengan enjin lebih berkuasa, dijangkakan kadar penggunaan bahan apinya kekal berada pada tahap menjimatkan sama seperti varian Myvi 1.3.

Harga sebenar (official price) Myvi Extreme 1.5 dan Myvi SE 1.5 akan didedahkan sewaktu pelancaran nanti, sama-sama kita nantikan.

Terbaik!(1)Booo~(0)

42 Comments

  1. PENGKRITIK BIKIN TAKUT/kurangASAM

    September 15, 2011 at 8:52 am

    keluaran kuasa kuda kini mencecah angka 102hp@6,000rpm dan tork maksimum 136Nm@4,400rpm............fffuuuh memang power ni...harap body lebih keras dari yang lama...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • syukuri

      September 15, 2011 at 9:47 am

      powerr????

      Terbaik!(0)Booo~(1)
      • Raidenovich

        September 25, 2012 at 2:12 pm

        power bergantung pada persepsi kamu bagaimana untuk menterjemahkannya.102hp untuk badan seberat kurang 900kg adalah sangat bersesuaian.

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. khai

    September 15, 2011 at 9:03 am

    alahai nape xletak brek disc belakang...baru kelas ckt...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • myvi 2020

      September 15, 2011 at 9:31 am

      betul-betul...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. myvi 2020

    September 15, 2011 at 9:32 am

    apa2 pun...myvi baru ni sangat mengancam la...
    fuyoo....
    jum ramai-ramai beli myvi baru...
    lagi power..lagi best...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • syukuri

      September 15, 2011 at 9:49 am

      rege sama dgn gen2 cps 57k...rege tk hengat powerr..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Kudin

        September 15, 2011 at 9:09 pm

        Apa masuk gen2 plak..errrrrr..serik dgn problem dan part kereta ni. Penah saksikan sendiri kat hway utara selatan..mamat bwk gen2 hitam laju x ingat, rasa dlm 190km..senang2 potong aku yg drive waja org tua. Dlm beberapa minit terbabas kat dpn hentam devider tengah..laju lagi lagi akhirnya jadi lambat kat hospital

        Terbaik!(0)Booo~(1)
        • kawan kawe

          March 9, 2012 at 10:11 am

          Laa... itu msalah dia tak pandai bawak.. bukan pasal kete tu dokk.. myvi ni kalau bawk laju2 pastu sengal, ekseden gak..
          apa punya pikiran daaa..

          Terbaik!(0)Booo~(0)
    • khai

      September 15, 2011 at 10:40 am

      lagi power lagi best...yg xpower x best nye...fulus...kiki..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • syukuri

        September 15, 2011 at 4:46 pm

        power ke 102hp?..

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • Raidenovich

          September 25, 2012 at 2:14 pm

          angkanya jauh beza dengan skyline dik,tapi cukuplah nak bawa badan Myvi yang ringan tu.

          Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. PENGKRITIK BIKIN TAKUT/kurangASAM

    September 15, 2011 at 11:04 am

    tapi colour sama mcm gen2 kuning.....apapun power 102hp...satria neo rasanya berapa HP ye???

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. mat

    September 15, 2011 at 11:25 am

    tang interior dlm nmpk ok,,tang hp,,xbrape xtreme..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. ariff

    September 15, 2011 at 12:47 pm

    neo cps max 125hp...neo biasa 1.6 dlm 110-115hp...
    yg penting, lebih laju, lebih melayang, mayb lebih kemalangan..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. PENGKRITIK BIKIN TAKUT/kurangASAM

    September 15, 2011 at 1:31 pm

    hehehhe...betul betul..... lepas myvi extreme boleh dah cucuk satria neo....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. PENGKRITIK BIKIN TAKUT/kurangASAM

    September 15, 2011 at 1:32 pm

    hehehhe...betul betul..... lepas ni myvi extreme boleh dah cucuk satria neo....heee heee heee

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  9. RED

    September 15, 2011 at 3:56 pm

    stended myvi 1.3 pon da blh cuk stended neo.. uhuh...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Fridzmax

      September 15, 2011 at 5:45 pm

      Cucuk jalan straight je kot..Jalan belok-belok harap Myvi 1.5 ni ok..

      Cuma kenapa tak diletakkan rear disc brake..yakin sikit nak membrek..

      Terbaik!(0)Booo~(1)
    • kawan kawe

      March 9, 2012 at 10:13 am

      he'eleh.. kalau boleh potong teruss.. buat ape nak cucuk2.. yg menang kat depan bukan kat belakang..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. bosan

    September 15, 2011 at 4:05 pm

    tak laku le myvi lama....kacau betul le...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. Hafiy Hazmi

    September 15, 2011 at 6:48 pm

    Untuk tempahan Myvi 1.5 baharu - Lagi Power Lagi Best. Boleh hubungi saya di talian 0133710334.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. tonoi

    September 15, 2011 at 10:35 pm

    orang laen beli kereta nk keselesaan memandu dan ade sikit kuase nk mendaki or memotong...dorg sibuk nak men cucuk mencucuk...klakor benor aku tgk..hohoho

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • kawan kawe

      March 9, 2012 at 10:16 am

      betul betul betul... aku kalau bwk kete, paling menyampah budak2 muda bwk viva atau myvi suka cucuk2 rapat.. pastu potong rapat2 mcm hamjad**... cilok2 time jem..
      pening2

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. hazran

    September 16, 2011 at 4:43 pm

    kenderaan ni nk bwk kite dri titik A ke B.. duk sibuk nk blumbe banding2 nge kete len plk.. kalo x mmpu, toksah nk ckp byk le dol.. ngeh3

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. zulkarnain mohd nasir

    September 17, 2011 at 3:34 pm

    Saya adalah sales advisor di perodua branch di kota damansara, pj. siapa mahu beli myvi 1.5 boleh hubungi saya, ini nombor hp saya 019-2726119 atau 017-8855878. pasti tak akan menyesal.

    zul
    perodua kota damansara

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. meera

    September 17, 2011 at 3:45 pm

    saya nak tanya pendapat, antara myvi 1.5cc dgn myvi 1.3cc, mana yang lebih jimat minyak? saya mmg nak beli myvi, tp nak yg jimat minyak, skrg sy pakai viva manual, tak larat dah bwk manual, dekat 8thun drive manual, nak tukar auto lak...ada yang ckp 1.3 lg jimat, plak tu sorg lg ckp 1.5 lg jimat, dah pening. maklumlah kita ni org pempuan, xtau sgt, harap semua dpt membantu saya, thanks

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      September 17, 2011 at 3:55 pm

      Kalau nak Myvi auto jimat minyak, kena beli varian 1.3cc.. Saya dah terangkan dalam post "apa ada pada Myvi 1.5 baharu.."

      Varian manual paling jimat minyak, tapi meera dah tak larat bawak kereta manual..saya syorkan ambil Myvi 1.3 Lagi Best..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • meera

        September 18, 2011 at 5:10 pm

        sy baru jer join smlm website ni. haah tak larat dah
        nak bawak manual, kaki pon dah kondem lama2 tekan clutch jer, sbb sy hari2 stuck dlm jammed, nak masuk
        gear 3 pon xleh, kalo x gear 1, or gear 2 jer, byng
        kan lah betapa jammednya... bukan 1.3cc lg mkn minyak ker? sbb dia engine rendah berbanding i.5, hehhe

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • yacc

          October 8, 2011 at 4:39 pm

          myvi 1.5 dia dah tak kira pasal minyak janji power. nak save minyak kena ambil 1.3.

          Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Manja

      August 13, 2013 at 11:57 am

      Saya ade dua2 variant myvi ne.... So far 1.3 lebih jimat berbanding 1.5....

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  16. nakabu viva

    October 2, 2011 at 10:52 pm

    harga terlalu mahal untuk sebuah kereta kompak segmen a. lebih kurang harga persona. alang2 baik amek vios..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  17. intan

    October 8, 2011 at 10:06 am

    hum.... im driving satria neo 1.6... nak tuka antara myvi 1.5 or suzuki swift 1.5.. bengong dah ni... hehehe.. any advice? :)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  18. GADIS COMEY

    October 8, 2011 at 1:56 pm

    DENGAN KEADAAN MINYAK TUNGGANG TERBALIK HARGANYA..TAK MAU LE AKU AMBI MYVI 1.5...

    Terbaik!(0)Booo~(0)

  19. tati

    October 9, 2011 at 1:25 am

    tekejut baca review berita harian jumaat 7okt 2011.. susah reporter nk buat review y ada kritikan mcm nih..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  20. Azlan

    December 18, 2011 at 2:34 am

    Dgr2 harga myvi extreme naik 4 ribu lagi tahun depan.Betul ke harga sekarang pn dh agak mahal nk naik lg.mahal sangat le PERODUA

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  21. ijat

    January 6, 2012 at 10:57 am

    nasib aku amek awl hehehe daoh lower kan daa n tingal masok sport rim jek hehehe.bru terbaek!!!!!!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  22. ijatskru

    January 6, 2012 at 10:58 am

    nasib aku amek awl hehehe daoh lower kan daa n tingal masok sport rim jek hehehe.bru terbaek!!!!!!...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  23. sir

    February 9, 2012 at 3:53 pm

    Nak mntk pendapat kwn2 myvi..sy baru ambik myvi 1.5 se,, cadang2 nak bagi lowered...kena tukar sport spring atau tukar absober..atau tukar dua2 skli...dah tanya kedai,sport spring TIEN rm780...takut tersilap langkah....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  24. NASH

    March 9, 2012 at 3:08 am

    myvi biasa pon aku rasa dah mahal ini kan myvi extreme kamu kata x mahal , harga 50k amat lah mahal nk mampos.. kereta nasional baik proton ke perodua mmg jual mahal , ckp byk x guna ko search lah harga myvi kat luar berape.. agak2 lah nak untung.. daripada amik myvi mahal ni baik amik vios type j bulan2 rm 7**, mesti x percaya kan ko cari lah sendiri info ni kat toyota.. bodoh bendul perodua ni ingat kita ni bodoh ke.. proton pon sama bangang

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • MrDDR

      March 9, 2012 at 10:49 am

      Vios J? 7**? baik amik p3-21a. Apa ada pada vios J tuh selain Emblem T.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Double7

      April 7, 2013 at 12:28 am

      Kalo nk murah ko pakai kete sorong je sengal...or jgn guna kete..ko bli ex5...merungut je...ko ingt kete wat gan daun ke..stupid!!!

      Terbaik!(2)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>