Apa ada pada Perodua Myvi 1.5 baharu?

Perodua Myvi Extreme 1.5 6 Apa ada pada Perodua Myvi 1.5 baharu?

Perodua Myvi 1.5 baharu telah mengubah serba-sedikit persepsi aku terhadap generasi kedua model terlaris dari Perodua itu. Myvi 1.3 Lagi Best kurang mendatangkan keterujaan kerana terdapat beberapa kelemahan ketara. Secara peribadi, antara kelemahan-kelemahan yang agak ‘spoil’ bagi aku yang pada Myvi Lagi Best ialah saiznya yang dikecilkan sedikit sehingga mengurangkan keluasan bonet belakang, peningkatan harga yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku, malah masih menggunakan enjin lama 1.3 liter, sesuatu yang sukar diterima.

Jadi apabila Perodua mengeluarkan generasi seterusnya Myvi baharu dengan tagline “Lagi Power, Lagi Best”, memang kena sangat dengan apa yang diheboh-hebohkan tu. Aku puji Perodua kerana berani berubah. Enjin 1.5 baharu walaupun asalnya dari model Alza, adalah satu pilihan yang tepat lagi bijak apabila dimasukkan ke dalam ruang enjin Myvi baharu. Ini baru betul-betul Myvi baharu, bukan setakat ditukar lekuk-lekuk rekaan luaran dan papan pemuka baru sahaja, yang penting adalah enjin baru lebih berkuasa.

Perodua Myvi Extreme 1.5 1 Apa ada pada Perodua Myvi 1.5 baharu?

Kelmarin, aku telah membuat lawatan rasmi ke bilik pameran Perodua dan meneliti sendiri dari segenap sudut kedua-dua varian Myvi 1.5 baharu, iaitu Myvi Extreme 1.5 dan Myvi SE 1.5. Di situ terdapat dua buah Myvi Extreme (auto) berwarna kuning (unit test drive) dan hitam dipamerkan, manakala unit SE 1.5 yang dipamerkan merupakan versi manual berwarna kuning. Sekali pandang, fuhh, meleleh beb. Bodykit luaran sungguh membuatkan aku berkenan di hati, paling best dah tentu varian Extreme. Nampak garang, sporty, ranggi, kelihatan laju walaupun masih belum bergerak.

Warna kuning aku rasa akan menjadi pilihan ramai pelanggan nanti, sama seperti warna oren pada model Myvi SE generasi terdahulu. Tapi warna hitam pada unit Extreme yang aku tengok tu pun apa kurangnya, mantap siot! Antara Myvi Extreme dan SE, aku berminat untuk memiliki versi SE 1.5 manual, biar ada ‘feel’ perlumbaan sikit bila memecut laju di jalan raya. Lagi pun itu harga paling murah ditawarkan oleh Perodua, hanya RM50,900.00 sahaja (OTR termasuk insuran).

Perodua Myvi Extreme 1.5 14 Apa ada pada Perodua Myvi 1.5 baharu?

Sepatutnya aku minta maaf kepada Perodua kerana sebelum ini mencanangkan di sana-sini bahawa harga Myvi 1.5 baharu tidak akan kurang daripada RM60k, mustahil. Tetapi Perodua rupa-rupanya sangat prihatin, apa alasan wajar yang diberikan aku pun tak tahu, cuma dengan harga RM50,900.00 bagi sebuah Myvi 1.5 baharu manual dan RM53,900.00 untuk versi auto, aku tabik dan angkat ibu jari kedua-dua belah tangan, respek beb. Tidak dinafikan harga tersebut akan membunuh pasaran Myvi 1.3 Elegance, tapi itu keputusan yang bijak bagi memberi peluang kepada mereka yang berbajet agak kurang untuk merasai nikmat memandu sebuah Myvi baharu dengan kuasa setinggi 102hp dan 136Nm tork.

Menyentuh bahagian interior, harga maksimum RM61,700.00 untuk sebuah Extreme auto metalik mungkin kelihatan agak keterlaluan. Tapi percayalah, apa yang ditawarkan di bahagian dalam cukup kemas dan memuaskan hati. Kerusi seperti ‘bucket’ dengan balutan kulit dengan perincian yang cukup baik, tona warna gelap di papan pemuka dan panel pintu, selain bahagian papan pemuka menawan termasuk paparan meter dan unit multimedia navigasi, harga yang ditawarkan boleh dikatakan berada pada paras berbaloi. Kualiti bahagian dalaman termasuk panel pintu juga aku tengok cukup baik, pendek kata kualitinya sangat memuaskan.

Perodua Myvi Extreme 1.5 12 Apa ada pada Perodua Myvi 1.5 baharu?

Jangan lupa enjinnya 1.5 berkuasa, dengan berat kering 985kg (manual) dan 995kg (auto) untuk Extreme dan 970kg (manual) dan 980kg (auto) untuk SE, kedua-dua varian mempunyai nisbah berat kepada kuasa cukup ideal, tidak keterlaluan jika dikatakan model lain sekelas dengannya mampu ditinggalkan jauh selepas lampu merah bertukar hijau, jadi jangan cuba test Myvi kuning selepas ini. Menurut ujian yang dijalankan oleh Perodua sendiri, Myvi SE 1.5 manual mampu memecut dari 0-100km/j dalam tempoh hanya 9.98 saat. Penggunaan petrol pun jimat, 15.9 km/liter untuk manual (terbaik) dan 12.9/liter untuk auto (enjin 1.3 lagi jimat), oklah tu, enjin berkuasa, kena kompromi sikit.

Mungkin ada yang kata bab pengendalian ketika mengambil selekoh merupakan antara kelemahan terbesar model Myvi. Itu aku tak nafikan sebab aku sendiri memandu Myvi 1.3 EZI sejak hampir dua tahun yang lepas, tapi bab korner aku rasa tak lah teruk sangat, aku masih lagi boleh belasah selekoh pada kelajuan 80km/j selamba jer. Memandu Myvi ni feel dia lain, mudah dikendalikan, tangkas, pecutan awal laju, pendek kata sangat menyeronokkan, maklumlah kereta kompak. Stereng ringan gila, pulas dengan jari pun boleh, memang rilek memandu Myvi, dah tu enjin ketika beroperasi senyap je, tak macam kereta lama aku, bergegar habis enjin dengan pelbagai bunyi-bunyian yang langsung tak best, padahal kereta beli baru tak sampai 4 tahun.

Perodua Myvi SE 1.5 2 Apa ada pada Perodua Myvi 1.5 baharu?

Untuk makluman aku memandu sebuah Myvi 1.3 EZI secondhand keluaran 2005, aku beli pada bulan Mac 2010, dah lama usia kereta tu. Tapi aku memang respek kualiti Myvi aku tu, sampai hari ni tak pernah rosak apa-apa secara mekanikalnya, kecuali hanya satu, suis power window sebelah pemandu. Tapi bab lain termasuk enjin memang terbaik, sampai hari ni masih lagi senyap dan lancar ketika dipandu laju. Aku paling suka pandu sehingga jarum meter mencecah 140km/j, rasa ringan je, langsung tak ada gangguan atau apa-apa sentakan.

Putaran enjin memang tinggi bila aku mula memecut sebab kotak gear auto, rim dan tayar pula saiz 15 inci, jadi untuk bertukar ke satu-satu gear, ia akan memakan sedikit masa dan hanya bertukar selepas jarum meter berputar tinggi. Sebelum ni aku risau jugak takut enjin rosak, tapi dah lama aku bedal, sampai hari ni enjin masih lagi steady. Bab penggunaan petrol pun jimat, tak perlu risau walaupun kereta auto, kira ini adalah ciri-ciri terpenting kereta Myvi, dan aku percaya Myvi 1.5 baharu pun kekal menjimatkan poket pemiliknya nanti.

Perodua Myvi SE 1.5 3 Apa ada pada Perodua Myvi 1.5 baharu?

Jadi kesimpulan yang aku dapat buat di sini, Perodua Myvi 1.5 baharu memang best. Dah lah enjin 1.5 liter, body ringan enjin power, kualiti luaran dan dalaman hebat dan sempoi, bodykit menarik (ini memang kepakaran Perodua), kualiti enjin pun dah terbukti berdasarkan pengalaman aku sendiri. Memanglah ruang bonetnya kecil, tapi dah nama pun kereta kompak, masih boleh diterima lagi. Lagi pun ciri-ciri terbaik lain dah terlalu banyak untuk mengatasi masalah ruang bonet kecil tu.

Satu lagi ramai yang kata Myvi baharu ni nampak lebih kecil berbanding Myvi lama. Memang betul secara pandangan visualnya, tapi bila masuk ke dalam kabin Myvi baharu yang aku tengok sendiri kelmarin, ruang dalaman masih kekal luas sama seperti Myvi lama, pendek kata jangan risaulah bab keselesaan ketika berada di dalamnya, pasti puas hati punya. Jadi ada soalan yang bertanya adakah berbaloi membeli Myvi 1.5 baharu ini? Terutamanya apabila sebelum ni ramai yang salah sangka (aku pun sama) bahawa harganya akan melebihi RM60k, rupa-rupanya versi di bawah RM54k pun ada.

Perodua Myvi SE 1.5 8 Apa ada pada Perodua Myvi 1.5 baharu?

Jawapan aku secara peribadi macam nilah (aku peminat Perodua dan Proton), kalau dah berkenan di hati dan bajet pun dah cukup, tempahlah segera mana-mana varian Myvi 1.5 baharu, mana-mana varian dan versi pun tak apa, asalkan dah minat dan mengikut keperluan masing-masing. Extreme atau SE, manual atau auto, bagi aku mana-mana pun boleh.

Nak murah ambil SE manual, nak mahal ambil Extreme auto, pilihan terbaik dan bijak sudah diberikan oleh Perodua. Aku pula berkenan sangat dengan Myvi SE 1.5 manual (kes bajet kecil), boleh racing tu.

Perodua Myvi SE 1.5 6 Apa ada pada Perodua Myvi 1.5 baharu?

p/s : Apa yang aku tulis secara santai di atas tu berdasarkan pandangan peribadi semata-mata, harap boleh memberikan input berguna kepada semua pembaca blog Arena Kereta, enjoy.. icon smile Apa ada pada Perodua Myvi 1.5 baharu?

[nggallery id=370]

[nggallery id=371]

Comments

  1. setuju sgt bro AK..stkat ni komen bro AK mengenai kereta myvi 1.5 paling puas hati..harga myvi model lama 1.3SE dulu cecah harga 50k lebih..pun byk atas jalan…yg ni model baru.enjin lagi power 1.5..luaran dan dalaman lagi canggih dan cantik..harga pun sama cm model 1.3SE dlu…mmg konfem myvi 1.5se berlambak atas jalan raya lepas ni…kaki racing amk manual…kaki santai dan senang..amk auto..mantap!

  2. Aku tak sangkal penulis.. malah sendiri pun tak tgk lagi kete secara live. Tapi,bukan 1.5 dgn 1.3 ni bezanye hanya pada enjin dan ‘creature comfort’? Segala kelemahan dari segi design pada versi ‘Lagi Best’ masih ada pada versi ‘Lagi Power Lagi Best’. Malah, bab enjin senyap tak senyap lepas 4 tahun, semua bergantung kpd penggunaan dan penjagaan.

    Ini pendapat aku. Mungkin sbg owner Proton, aku rasa penulis agak bias. Mungkin aku sendiri pun ada emosi sikit di sini. Apape pun, selamat membuat pilihan kpd yg bakal membeli kereta pada takuk harga RM40-60k..

    • Haha, bukan bias bro Beras, perlu tengok sendiri di showroom, baru buat penilaian. Proton atau Perodua, saya cuba tulis ulasan serba sedikit ikut pandangan sendiri, apa yang saya tulis bab positif tentang Myvi 1.5, sama jugak macam saya tulis berkenaan Saga FL dan FLX, mungkin boleh tengok entri2 sebelum ini..

      • Yang positif perlu ditulis. Yang negatif terpulang nak tulis atau tidak..

        Apa-apa yang baik, ia berhak utk dapat pujian.

        Tak gitu AK?..

        • Betul, yang positif kita katakan positif, kalau negatif kita buat teguran. Tindakan Proton atau Perodua dalam menambah baik produk mereka sebenarnya bergantung kepada setiap maklum balas yang diberikan oleh pengguna dan pelanggan..

  3. encik Hafiy, bape installment monthly utk myvi se 1.5 auto versi xde multimedia unit? sorry, kat ur webpage xde price list versi itu? thank u

  4. Erm, tgk body mmg smart, tp, harga x b`patutan la, kalo aku angkat vios thn 06, aku leh dpt same level dgn myvi ni? tp, ikot test masing2 la kn

  5. Alamak,

    Agak tak biasa bila penulis menulis dengan gaya tak formal..Namun, maksud dan matlamat penyampaian penulis mudah difahami..

    Saya tak test-drive lagi Myvi 1.5 ni..Sedikit pengalaman memandu Myvi 1.3 (M) 2006 selalunya menggamit persepsi terhadap Myvi 1.5 ini..Juga perbandingan dgn Hyundai Getz 2008 dan Proton Savvy 2006.

    Pada saya Myvi 1.3 (M) memuaskan. Bukan Myvi saya, tapi sepupu saya, perempuan. Selepas 4tahun, pergerakan gear masih dirasakan rubbery, enjin senyap dan tiada bunyi-bunyian yg mengganggu dalam kabin. Sangat sesuai dipandu dalam bandar. Stop and Go via frequent traffic light tidak memenatkan walaupun transmisi manual.

    Cuma bila perjalanan jauh, pemanduan agak letih. Mungkin disebabkan seat-body proportion dan suspension menyebabkan pinggang saya agak sakit. Pemanduan kelajuan tinggi dan cornering, ada bodyroll yang jelas dan kereta seakan nervous. Tapi Myvi bukan dicipta utk dipandu laju.

    Bezanya dengan Hyundai Getz 1.4, steering agak berat. Ada sedikit perasaan memandu kereta eropah. Getz pilihan yang bagus tetapi tanda harganya agak tidak mesra alam disamping penerimaan saya terhadap Hyundai ketika itu masih tidak meyakinkan. Hyundai kini quite tempting dan upmarket. Tapi still, harga masih tidak mesra alam. Haha.

    Proton Savvy 2006; Steering seperti Getz, tapi lebih berat sikit. Pemanduan kelajuan tinggi, high speed cornering, memang memuaskan. Namun standard brake-nya tidak mencukupi untuk memberhentikan kereta mengikut citarasa. Selain kualiti interior menghampakan, enjin 1.2 juga agak terkebil2 utk bergerak. Terutama sekali pemanduan dalam bandar dan traffic jam. Saya memiliki Savvy 1.2 (M) 2006.

    Pilihlah kereta mengikut kemampuan anda. Dan pandulah mengikut kemampuan kereta anda. Jangan racing..hehe

    • Myvi 1.3 EZI saya pun kurang selesa dipandu dalam jarak jauh, ini berdasarkan pengalaman memandu ke Kuala Lumpur dan Cameron Highland dari Kedah.

      Antara kelemahannya ialah kestabilan ketika dipandu laju dalam jarak jauh, body roll memang terasa, mungkin sebab suspension standard dan rim dan tayar time tu masih bersaiz 14 inci.

      Pemanduan jarak dekat dan dalam bandar memang memuaskan hati. Sebab tu bila Myvi 1.5 keluar, expectation saya akan kemampuannya berkenaan ‘fun to drive’ agak tinggi, kalau 1.3 pun dah ‘ok’, 1.5 rasanya lebih lagi..

  6. Saya memandu myvi 1.3 standard (manual)sejak tahun 2009. Secara general, kereta myvi ni ok lah nak drive dalam bandar. Tapi, sering kali power window rosak. Empat2 sangkut plak tu -_-”

    Drive dalam bandar okey, tapi bila balik kampung, aduhai…boot space memang terhad, ruang dalaman pun agak kurang selesa & kereta terasa bergegar & body roll terlalu nyata bila di corner membuatkan pemanduan di 110km/h pun terasa sangat penat nye dengan kereta yang bergegar.

    Dengan Saga FLX baru kami terasa handling kereta lebih stabil, boot yang memang nyata luas la kan (lain segment kot…) tapi pemanduan ternyata lebih solid berbanding myvi. Dengan CVT, minyak memang jimat.

    Dengan myvi 1.5, memang ciri2 luaran nye mengikut citarasa muda mudi skrang. Pemanduan kereta pun mungkin ada bezanya berbanding dengan 1.3. Tapi yang merisaukan kami adalah, sudah terlalu kerap kita lihat myvi memecut laju & tailgating dengan bahaya.

    Encik AK memandu pada 140km/h? Saya pasti itu bahaya & encik tak sayang nyawa.

    Dan kini kita ada myvi 1.5? Saya doakan kita semua memandu dengan selamat hendaknya.

    • 140 km/j bukan selalu, itu pun atas highway saja..hehe. Memandu laju atau perlahan bergantung kepada skil dan setakat mana responsifnya mata dan kawalan stereng pemandu itu. Kalau kurang cekap, memandu bawah 80 km/j pun boleh terlibat dalam kemalangan..

      Di Malaysia, masalah yang nyata saya tengok menjadi sebab kenapa banyaknya berlaku kemalangan ialah pemandu kurang cekap.

      Cara membrek tak betul, cara ambil korner salah, tukar lorong tak bagi signal, cara nak potong kenderaan di depan tak betul, tu tak kira cuai dan bersikap sambil lewa semasa memandu lagi..

      Apa pun yang penting bagi semua pemandu, pandu pada kelajuan munasabah dan berhati-hati, insyaallah selamat.

    • Memandu laju biarla kena pada tempatnya, ada masa2 yang mana kita memerlukan kelajuan sbg contoh masa kecemasan…saya setuju dengan pendapat AK, jika kita memandu cara yang betul memang takkan ada masalah..Dulu masa pakai viva pun saya leh drive 160kmj tanpa ape2 masalah…sekarang dah guna kereta yang lebih kukuh lagi rasa yakin untuk memandu..seperti kata AK tadi jika kondisi kereta seperti brek, tayar dan enjin dalam keadaan baik serta kemahiran memandu memang tak ada masalah cume speed trap jela yg masalahnya…he.he.he..

    • 140km/j kalau drive dalam ELITE highway memang tak terasa. Tapi pastikan keadaan traffic sekitar kita amat sesuai dan selamat utk pemanduan selaju itu. Namun 140km/j masih laju pada pandangan lensa speed trap dan pastinya akan disaman.

      Memandu terlalu perlahan pun bahaya. Kini kalau drive 70km/j di highway, silap2 lori ayam pun tailgate kereta kita. Jadi, memandulah mengikut flow yang sesuai.

  7. Petang tadi saya dah tengok sendiri kelebiham Myvi Extreme ni, memang best la…saya puji interior dia yang mantap dan sy belek2 disetiap sudut dan kagum dengan keluaran terbaru Myvi 1.5 ni berbanding Myvi best 1.3..pada saya harga kereta ni berbaloi untuk dimiliki..saya dah syorkan pada adik saya agar mengambil Myvi 1.5 untuk kereta pertama nya….isteri saya pun 3-4 kali keluar masuk Myvi 1.5 ni, tapi apakan daya, hutang vios masih ada 7tahun lagi…hu.hu.hu

  8. agak2 dari segi minyak consumption mcmana? rasa cam tinggi skit compare 1.3l

  9. kualiti leather seat dia pada pendapat aku kureng skit la..x macam leather seat proton…

  10. ala…….cukuplah sy dgn Neo R3 VR4…..lagi mahal lagi power…

  11. memang nampak kecil sikit bro..

  12. Uiks.. apa yg kat tepi tu.. lampu signal? apa la.. ketinggalan zaman.. org sekarang mana pakai dah signal nih.. aku pelik tgk org kt sini dok komen myvi bwk laju2.. kalau kt area sini Myvi adalah jenis yg merangkak manja diatas jalan2 di bandar kuantan..
    Apa2 pun TQ utk arenakereta.. mungkin jugak komen2 kita semua pasal harga x masuk akal sebelum nh telah menyedarkan pihak perodua.. sape tau kan.. rasa2 nk beli jugak awal tahun depan.. kumpul duit lebih sikit.. bayar dpyment tinggi nanti x la sakit sangat bulan2.. hutang ptptn x abis lagi Wooo….

  13. Kenanpa design gear manual produa buruk sngat.. kosong je.. buruk mcm design kete lama2..
    Myvi ni masih ada lagi ke isu break yg kurang respon tu.. sama mcm proton gak.. break kurang responsif..

  14. pendapat aku la ,myvi ni tak kira model lama atau pun baru dari pandangan luar mmg nampak besar, walaupun kategeori kompak.tapi ikut citarasa la, citarasa bg org yg normal bg rakyat Malaysia ialah bonet mesti besar.jgn terpedaya dgn luaran sahaja, dan rasa menyesal bila dah kawin nanti

  15. BETUL CAKAP KORANG…SY NAK BELI KETA..PIKIR PUNYA PIKIR 3 MALAM…BAIK AMBI KERETA YANG MEMUASKAN HATI SAMPAI BILA2……

    BAGI SY BELI MYVI 1.5 NI…TAK BERBALOI DENGAN HARGA…BODY KECIL..BUKAN JUGA CANTIK…BANYAK LAGI KETA LAIN YG CANTIK DAN POWER……JIKA MEMIKIRKAN UNTUK JANGKA PANJANG…BAIK AMBI ALZA…LUAS,CANTIK,NAMPAK EXKLUSIF….DAN MEMUASKAN HATI SAMPAI BILA2…

    ALZA THE BEST

  16. pernah sembang dgn bebudak kerja sinun! diaorang kata myvi baru tak payah beli, local part banyak.. aku sendiri tak paham apa yang dimaksudkan dengan local part tersebut.

    tapi diaorang kata alza okay kalau beli,.. begitulah ceritanya…

    • uvisb meru klang says:

      bang,

      sekarang ni dan memang dah lama pun perodua proton buat localisation parts in order to reduce production cost. kalu tak buat gini, memang kena jual harga lebih mahal dari sekarang ni.

      tapi abang jangan bimbang, perodua memang jaga kualititas. Appointed local vendor strictly MUST FOLLOW /OBEY perodua punya requirement (quality, ISO, TS, EMS etc).

      senang citer, kualiti yang perodua delivered adalah terbaik.

      :) :) :) :)

      • btl tu part perodua ok…sbb masih ad part di buat di jepun….skrg ni kereta luar pun x brp ok…mcm polo…bunyi enjin agak kasar…br 2 bln angkat…

  17. myvi 1.3 premium manual tahun 2011 plate wvn, penjimatan minyak mmg terbaik, enjin senyap… tp atap masuk air pulak, isnin ni nk g servis center nk claim, emmm… apedaaa…

  18. Hmmmmmmmmmm………. apa-apahal pun pd aku Myvi ni tetap “small box with big price”

  19. ak tgk mcm2 la komen sume..
    btw, wlpn ak ni pgguna Vios, tp ak ttp bgga dgn keluaran Myvi 1.5 ni..interm of interior n luaran (kena ngn selera remaja terutamanya).. pemilihan warna kuning sgt gempaQ (ala2 EK99..hehe).. cume agk sedih ble kenangkan hrga Myvi 1.3 eLEGENCE vs Myvi 1.5SE..?? Mgkin rmai yg kecewa cz terbeli kereta awal (sblm raya aritu..) hehe

  20. sy nk angkt myvi extreme 1.5.manual ok ke?ade problem dgn gear die x? need a suggestion..plez

    • boleh tgk forum owner perodua kat site ni
      http://www.myperodua.com/index.php/topic,3620.0.html
      masih ada isu jgk.. 1st production kot.. akhir kata pergi test drive dulu la.. amik masa sikit.. selera dan keselesaan kadang kala agak subjektif.. ikut keselesaan masing2.. mungkin ada baik tgu persona R dulu sambil kumpul duit.. boleh letak downpayment tinggi2 x la terasa sangat bayar bulan2.. kalau nk buat loan la…

      • tp agak2 yg model 1.5 nie ade prob ke ek..masalahnye kt perodua x de test drive manual.

        • Haah..bru prasan..test drive tuk manual xder..tp biler dh angkat 1..no wonder..msuk gear payah ckit..keras..nak masuk gear prob..esp gear 1..argghhh!! btol2 susah..x lepas masuk gear 1..pakai keta manual dh lebih 10 thun..but now..more than 2 months plus..bru ok..but still keras part nak msuk gear..

  21. lagibestlagipower says:

    dah tempah myvi 1.5 se auto..mgu depan kuax la..xsabarnya….lantak la pe org nk kata..yg penting kita bayar,kita yg pakai….heee

  22. enjin alza tak lari ke mana jugak..tapi body tu ringan..tak stabil..

  23. hairan jgk… knp bila puji produa…pemilik proton rasa xpuas hati… bila puji proton…geng produa plak xpuas hati… nampak sgt gaya pemikiran org kita yg suka jatuhkan sesama sendiri… patut kita (pemilik produa+proton) sama2 cari kelemahan dan lawan kereta luar… kita patut anti pada kereta korea, cina, dan sewaktu dgnnya

    • maktiri tati says:

      betul.tapi kalau ko perasan bebudak proton yang suka makan hati.apehal tah.banyak bunyik kalau perodua kuar model baru.ko baca blog paultan.banyak gila proton fan butthurt.

  24. saya suka masuk itu dalam bakul angkat sendri

  25. Utk kategori kereta Malaysia, bagi aku Myvi hanya sesuai utk perempuan sahaja. Designnya masih tidak dapat mengatasi keunikkan bentuk Gen2, Persona dan Satria Neo. Satu2nya kelebihan kereta keluaran Perodua ini hanyalah ia kereta yang menjimatkan minyak. Yg lain is nothing. Resale Perodua mmg lebih baik tp performance pemanduan x brapa stabil pada kelajuan tinggi. Naik bukit pun xde power sgt compare dgn Gen2 or Neo. Lwn speed pun Myvi kalah. Tentang kualiti pulak mmg nasib la. Aku owner Gen 2 2007 and kereta aku x pnah menimbulkan masalah kecuali masalah aku yg buat sendiri. Maklum la pgguna aktif dan agresif. Aku pnah jugak beberapa kali blumba dgn Myvi2 yg cuba cucuk2 aku mase kt highway PLUS sampai 150 km/j pulak tu. Bila aku rembat enjin sampai 170 km/j ke atas, Myvi pun mkn asap. Hehe CC kecik ade ati samseng nk lwn tu. Ape2 aku bsyukur sebab aku dpt yg elok. Tp syg Proton dh hentikan keluaran Gen 2. Yg tinggal adik Gen 2 la iaitu Persona hehehe~
    Kesimpulannya beli la apa korang suka. Duit sdiri kan. Aku x minat Myvi sbb bg aku design nye x bpe mnarik, CC nye kecik, bwk laju jd x stabil, jalan jauh x bpe selesa, bonet pun kecik and handlingnye pun x bpe sedap. Lg satu aku tengok klu xcident body Perodua lebih mudah hancus bbanding Proton. Korang bole tengok sendiri imej carian di internet dan buatlah penilaian sndiri.
    Hohoho~ ( ^,^)

    • aku setuju bro :-)

    • maktiri inteam says:

      Gen2 ko boleh lari 170kmj je?malu la beb.Myvi pekak aku boleh lari 190kmj.ape ke nak bangga sangat dengan gen2,kat proton servis puchong jaya tu hari-hari gen2 owner datang repair pintu.head enjin crack pun ada.
      gen2 kereta paling huduh,cam cacat je.

      • mungkin tak baca abis ayat saudara Inteam_1
        “Bila aku rembat enjin sampai 170 km/j ke atas”…

      • bapatiri nko says:

        maktiri inteam/tati etc.. aku rasa nko yg sakit hati bila fan proton ckp pasal perodua.. post kt atas nko punya la kutuk gtau pe la fan proton suka makn hati bila perodua model baru.. aku rasa nko lagi teruk dari tu..

      • cek kak oi..
        kalu hang p SC proton, mmg le byk kete proton.
        cuba hang p SC perodua, ada proton ke?
        kekeke

        • toksah gaduh2lah, apa kata beli basikal..mountain bike ke atau road bike..leh jaga kesihatan…syok giler bila kayuh ramai2..kalau pasal kete ni,pakai kete apapun boleh..janji x kena ujan panas..kalau yg kmpung jauh2 tu amik yg elok sikit .bukan apa cuma nk elak dari problem atas jalan je,kalau yg kmpung dekat tu..amik pi kete apapun asalkan sampai ke tempat yg nk d tuju…

    • nak2 polop gen 2 cps…x terkejor nye..hehe

  26. jangan post menjatuhkan sesama sendiri, saya org cina, dan saya respek melayu, kawan saya ramai melayu… tapi kenape eh melayu suka gaduh sesama sendiri… it’s shame… nk beli kereta ikut poket, suka myvi, beli myvi, suka saga beli saga, suka proton beli kereta proton, suka perodua beli perodua… suka japan made? just carry on… continental? just carry on, yg penting ramai2 share kelebihan kereta masing2, kekurangan just ignore it asalkan ianya boleh bergerak from a to b… my chinese peers use city n vios, never seen n heard them maki n KUTUK sana sini… common malays

    • Betul,Betul nk pakai keta apa tepuk poket kalau tebal beli yg mahal kalai nipis beli yg murah kalau x mampu moto lg murah lg jimat

    • btol2 mlay suke gadoh2 kecik puNye Hall .. Sory tO say .. sbb mmg btol kate2 die … tapi kaN ViOs n City sekarang dah Xderh yg Dari JEPUN .. semua skrag yg baru nih dari SiAM … Waaa maNyak tak sYOookk WOoo ..

    • saya sokong apa yang kamu katakan, tak tau la ape penyakit yang ada kat orang melayu ni. semua benda nak digaduhkan. suka perodua, pakai perodua. suka proton, pakai la proton. kepada budak2 kereta yang suka sgt nk berlumba kat jalan tu, korg nak gduh2 dan tunjuk bagus sgt pun bkn dpt ape pun. relax2 suda, rasa hebat sgt, angkut kete sport, g litar. jnis2 mcm korg yg dok blumba2 kat jln ni la jd punca gangguan pgguna jln raya yg lain.

  27. mamber i dah dapat kereta ni minggu lepas…and i cuba drive..takle power ..entahlah apa nak komen…next dgr je lah komen2 nila drive

  28. Hari sabtu lepas dpt test drive Myvi 1.5 Extreme Auto (yellow) di Perodua Sales Jln Api-Api Kota Kinabalu.Mula nampak je..hati memang dah terpikat cun giler..memang cantik sangat2..kalau Myvi ni perempuan aku bandingkan dengan Intan Ladyana..he hee (jgn marah yer..aku peminat Intan)..nak cerita pasal test ni,aku tak la berapa nak reti..tapi memang lagi power lagi best dari Myvi 1.3 yg lama.tekan saja minyak.. pergi, tekan je pergi..org Kedah cakap Tak tau nak Habaq.,pandangan org jgn ceritalah..menjeling tak terkedip2 biji mata tu..dalaman memang terbaik..yang paling aku suka bila aku pegang stereng rasa mcm bawa kereta racing.stereng plak lembut gila..semuttt je org putih ckp..
    habis tahun ni aku kena tangkap sebijik..confirm.aku suka Myvi pasal kereta ni boleh pakai hari2.minyak save sgt2.kalau korang rasa menyesal beli kereta ni bila dah kahwin aku rasa anggapan tu silap.pasal aku dah kahwin and ada 2 org anak.sekarang aku pakai viva lagi kecik dari Myvi.ok je..kalau balik kg tu jgn la bawa baju banyak2.1 @ 2 beg cukup la.pastu bila balik KL (kerja ) jgn la segala buah mak nenek korang nak bawa balik.lagi pun bila korang letak barang banyak2 dlm but ni kereta akan jadi berat..pakai kereta ni yang penting kita Happy..x kita la kereta apa yang kita pakai.dan yang penting juga kita boleh pakai hari2 @ pakai selalu.kalau beli kereta smart,mahal sporty, cc besar..tapi terperuk je kat rumah bila dpt gaji je baru keluar baik tak payah..baik pakai kancil.
    aku cerita ni dari pandangan aku yg tak seberapa ni je..kalau da salah silap harap maaf la yer.

  29. mcm sales man je ni

  30. Ex Sentra Pakai Exora n Saga says:

    power sesangat la tu…. apple to apple ler bro…

  31. Tag line dia pakai tu x kena.. Lagi Power? dont expect too much la dgn engine 1.5
    persoalan skrg kenapa Myvi x pakai engine turbo.. setau saya model asal dia ada pakai engine Turbo.. x ingat apa entah kod dia. biasa jgk bdk2 cari kt kedai half cut.. apa2 pun saya suka bila ada EPS tu.. tpi bila baca review dari berita harian 7okt lepas terus tak rasa apa2 yg best lagi psl kete nih.. boleh tgk kat http://www.bhauto.com.my

  32. Tapi kaN … KeLemahan die enjin semua kLip jep body kLip jep .. tak Kuat .. kalu xcdent ke langgor pape ke … enjin boleh jaToh … ade sOmeOne dari Bengkel kReta yg cakap .. die dah gih selidik kereta Myvi 1.5 nih … ape peNdapat koraNg .. ???

    • Mana ada…klip2 ni cume bumper depan dan belakang jer, tu pun ada skru sokongan….kalau body dia lembut tu aku setuju la…enjin boleh jatuh jika pelanggaran kuat, tapi bukan disebabkan enjin dia dia klip dgn body…he,he,he..kelakarla…

  33. Aku tetap respek kat perodua ni sebab pernah menjadi pendamping setia aku dengan tak pernah buat hal selama 5 tahun aku guna…sekarang adik perempuan aku pulak ambilalih dan masih baik sampai sekarang…

  34. nurmairah@gadisManja says:

    perodua ni Daihatsu….design,kualiti adalah Daihatsu..cuma satu je body cepat remuk…kazen gua exiden kat puchong hari tu..retak tulang belakang anak dia yang duduk kat belakang….

  35. Hi.. nk tnya, sapa yg dh beli myvi se 1.5 auto? nk tnya la.. mmg kita xle nk set gear kt N time nk parking ker?bile set N, then matikan enjin,kunci xle cabut.. sapa2 boleh advise or ade info??

    • ai ctpanda..sye dah bli myvi se 1.5 auto yellow..bleh set gear N and release hand brake laa..ni pnting sbb sye dok umah flat,kdg2 xde parking at least org lain leh tolak keta tu..

    • engine mati kat gear N eek? gear auto.. rasanya xde masalah serius sangat… normally sebab tune engine dia tak tepat.. kena tune balik lah.. suruh Perodua servis diagnose utk tune balik je..

      kalau flet parking mcm nih biasa la mana2 mieya, dah mcm budaya org rumah flet..

  36. fuckproton says:

    kah3…banyak tol komen kat perodua,apa lah bodoh korang sume ni….nak komen kerete msia murah lah,mhl la apa lancau la…..budak2 proton setakat nk komen produa x payahla…..aku rela beli vios thrd hand dr beli proton baru….REALITI…!! PERODUA ADALAH TERLARIS DI MALAYSIA BERBANDING PROTON….

    • Mmm… kalau jual durian dan rambutan. 100 biji durian n 101 biji rambutan. Mana yg paling laris ye? Hehehe…
      Tak ape lah. Yg penting dua2 kereta malaysia:)

      Pasaran kereta di m’sia adalah dlm 600,000 unit setahun. Kalau 60% adalah kereta2 tempatan, bayangkan berapa banyak duit kita yg tak mengalir keluar.:)

      Budi bahasa amalan kita.

      cheers!

  37. fuckproton says:

    PROTON PUN HMPIR BUNGKUS SATU KETIKA DULU KERNA KUALITI MCAM TAHIK….HAHAHAAAA……

  38. ni apa punya org ni… guna la bahasa elok2 ckit. bahasa melambangkan bangsa.

  39. MYVI LAGI TERUK..TAKDO KUALITI..BODY CEPAT REMUK TERUK…BANYAK MATI BILA KEMALANGAN…….

    • mat slamber says:

      **banyak mati sbb kemalangan…
      1.yg kemalangan tu biasa bawak laju,myvi mmg syok bwk laju.tp handling out.
      2.dan yg mati tu sbb dah mmg ajal dia.kalau x mati alhamdulillah.
      3.nk bawak laju,tp pilih kereta yg salah.

  40. spe kate myvi cepat remuk..?ko x tgok ker kt youtube.daihatsu pnye..

  41. tp myvi mmg terbaiklah bg ak..dgn cri kslamatan yg dipertingktkn dgn abs,airbag,ebd and ba..ak rase ebd dgn ba proton blom gne lg kcuali inspira..enjin daihitsu 2..(klu rse IQ kte cetek pasal nk nilai kselamatan kereta jgn ckp.kekuatan body kereta bkan teletak pade luaran yg ko sllu ketuk 2..lg1 ko kne tgk kmlang 2 cm mne..klu kmlng dpan dgn dpn..ha! 2mmg pling truk..contoh ko bwk kete 120 n lg sorang ni 140..mnyerupai pelanggaran 260km/j pde objek pegun..ko kne phm bnde 2..kete ape siot x kemek klu cm 2..

    • CAKAP TAKDE FAKTA…KOSONG..PENJELASAN IKUT HATI…BESI LEMBUT MYBI U BOLEH KATA KERAS..PEEE..KALAU DAH LEMBUT KO NAK TERANGKAN FAKTA APA LG MENGATAKAN KERAS…PEEE..NAYE JE SAPE BELI MYBI…SELAMAT MENGADAI NYAWA..

    • encik F lagi says:

      eurocap daihatsu sirion(body yg myvi gne) 4star pd kelajuan 60km/h. bley check eurocap pnye website. korang msti kate tu 60km/h bkn 100++km/h btul x? knape die bwt 60km/h? sbb average pelnggaran ialah 60km/h..mmg korang bwk kete 100++km/h tp refleks manusia yg waras, ble nk eksiden akan tekan brake..melainkan org tu trtdo n org len da hon xbgn jgk..sbb tu eurocap die bwt 60km/h..so nk kate ade pelanggaran laju yg extreme..sngt unlikely..ade sbb nape dieorg bwt crash test 60km/h. utk myvi ni 4star not bad..insyaAllah kalo smpat brake smpai force yg sme dgn 60km/h kte xparah. plng bgus elakkan..drive safe! :)

    • 1. boleh aku tau, spec crash test daihatsu tu ape?

      2. sama ke spec ngn perodua punya?

      • ok..nk tau spec euro ncap sme dgn miros ke x? actually sme je..beza 2km/h. kalo nk tnye chasis n body frame, daihatsu dgn myvi share body frame yg sme..besi yg sme cme equipment berlainan dgn styling yg berlainan..quote dr wiki’the 2011 Myvi is a rebadged 2010 JDM Daihatsu Boon, it has different exterior and interior styling, equipment and engine’

        even ade org bwt research psl myvi ni. ‘A 2009 study by J.D. Power & Associates saw the MyVi ranked highest for its initial quality in terms of new-vehicle ownership in the compact car segment’ wiki lg..sori..sy bnyk jgk study b4 beli :)

        • ok tq :)

          maksud sy, sama ke spec kereta yg daihatsu punya dgn perodua punya?

          kalu body yg tampak kelihatan sama, xsemestinya result crash test pn sama.
          sy ckp cmtu sbb overall ncap rating tu ialah secara keseluruhan, bukan chassis lain, equipment lain.
          dlm ertikata lain, utk gabungan chassis&equipment tersebut, crash rating itulah yg valid.
          sbg cth, exora cfe yg baru keluar ni kena crashtest semula sbb dh pakai enjin lain.

          imo, miros blum ada inhouse crash test facility.
          even proton pn anta kereta diorg ke IDIADA facility utk crashtest & validation.

        • body frame n chassis sme..tp yg len totally len. so kalo nk tau bhgn impact akn sme sket..tp mngkin injuries akn brbeza..sy letak daihatsu sirion tu sbgai guide sbb chassis sme.

          mcm dlu2 dkt uni..copy assignment org n ubah ayat sket..markah xlari bnyk sngt..kalo ori dpt 18, kte mybe dpt 16-17 :)

      • so boleh la saya rumuskan,
        kalu sirion 4*, myvi lplg ni mesti <4*?

        quote" mcm dlu2 dkt uni..copy assignment org n ubah ayat sket..markah xlari bnyk sngt..kalo ori dpt 18, kte mybe dpt 16-17"

        maaf, sbb sy xpercaya slagi crash test tu bukan perodua punya official release.

        • quote “maaf, sbb sy xpercaya slagi crash test tu bukan perodua punya official release.”

          utk kereta nasional msia, slalunye kite jdkn kereta yg di re-brand sbgai guideline.

          utk quote farghmee, mmg benar yg result akan berbeza. utk kereta nasional cume proton impian(waja) yg tersenarai di euro ncap. utk kereta len blum tersenarai lg..jd mngkin farghmee akn mengalami kesukaran utk memilih kereta nasional kerana cme mmpunyai proton waja utk dipilih :)

          percaya atau x, kite trpkse ambil original version sebagai guideline.

          tp xmnjadi masalah jika farghmee memilih kereta import sbgai pilihan.

          • labu air says:

            Gua ada proton waja campro thn 2007 dgn myvi auto thn 2007 dah cuba bt perbandingan antara dua jenama ni.kalau nk rasa seronok bwa kereta ambil myvi dio pawor cpt ckit dri proton nk rasa selesa ambil proton.pawor tkde naik bkit selalu kt belakang.

        • bukan pilih kereta berdasarkn * isunya di sini.

          isunya ialah, tidak tepat kalu anggap kete ori dpt 4* & versi rebadged (yg byk equipment dh excluded)pn dpt 4*.

          masalahnya, dulu ramai yg percaya myvi ni equivalent dgn passo. yg bgtau pn salesperson perodua. bukankah itu penipuan namanya?

          even hyundai i10 yg euro ncap dpt 4* spec euro lain drp yg dijual di malaysia ini.
          http://www.euroncap.com/tests/hyundai_i10_2008/323.aspx
          xkn spec malaysia pn dpt 4* juga?
          http://www.hyundai.com.my/v2/dll/brochure_i10.pdf

          perhatikan berapa airbag yg di test kt euroncap,
          4airbags. yg masuk mesia 2airbags je.

          fikir2kanlah.

        • bagus jgk ape yg farghmee utarakn ni..mngkin kerana cukai kte yg tinggi, maka trdpt aksesori yg dikurangkan utk turunkn harga.

          kalo ikut apa yg sy google mngenai myvi baru ni, sy jmpe link ni:
          http://cbt.com.my/110803/myvi-lagi-best-gets-a-4-star-myvap-safety-rating

          mybe ini boleh yakinkn farghmee trhadap myvi baru ni :)

        • ok, saya setuju yg myvi baru ini dpt myvap 4*.

          tp ianya bukan euro ncap 4*.

          quote “Aminar said the 4-Star MyVAP rating proves that the Myvi has achieved a high level of safety standard which also CONFORM TO CERTAIN protocols of the Euro New Car Assessment Programme (ENCAP).”

          cukai yg tinggi lalu mengurangkan aksesori ada benarnya..
          tetapi jika aksesori itu melibatkan safety, pastinya safety rating yg asal downgraded tidak akan sama dgn safety rating yg asal.

  42. Salam, nk tanya teman2 yg dah pakai myvi 1.5 se auto.. stering dia mmg berat sikit ke….

  43. salam semua,

    alhamdulillah sy da gne myvi 1.5 auto se selama sebulan..nk beli extreme mcm lebih brbaloi kalo pkai se je. skrng milage pn baru 5600+ dan belum ade ape2 masalah. sume snyap dan selesa. sy pkai satria gti sebelum ni dan telah diturunkn kepada adik sy. in term of power, sy brpuas hati dgn myvi ni. utk capai kelajuan highway mudah walaupun tgh naik bukit. on paper dieorg ckp manual 9.98 sec 0-100km/h dan myvi auto sy dpt clock up 10.11sec gne stop watch adik sy yg mne xbrape accurate. condition, jalan rata, aircond, 4 org dlm kete, sume standard. sy xbley bndingkn dgn gti kerana cc yg lebih besa dan da trbukti gti mmg laju..tp myvi ni kire ok utk 1.5 standard. top speed yg sy dpt 170km/h n die akan turun naik..myvi ni cme amik mse 5sec utk smpai dr 80-160 n 160-170 agak lmbt. tp kelajuan mcm tu jarang2 kte pkai. bunyi enjin tym rev agak kuat..tp slalu org yg da bwt kete mcm gti, no problem sbb gti phm2 je la..mesti ekzos besa.
    handling wise, gti is way more better. myvi ni kte akan rs body roll yg lebih..n ade sedikit seram ketika cornering laju..but still xtrbalik walaupun tayar da jerit2. tp pemanduan slow, myvi lg selesa..sesuai utk city drive n leisure. cume kalo jln straight, utk myvi ni capai top speed agak memberangsangkan. Interior sy puas hati sbb double din touch screen, kualiti audio lak ok..mybe kne tmbh amp sndri..FC utk jln2 bndar ave 14.2km/l (base on meter sy) dan kalo drive hghway 15.8km/l kalo maintain 110-120km/h. utk kelajuan 120km/h cme rpm 3 and 100km/h pada rpm 2.5.
    keselesaan, bg sy selesa, atuk sy naik utk perjalanan jauh pn kate xpenat..then ayah sy nek utk prjlnan jauh pn claimed yg sme. so bley conclude yg myvi ni selesa jln jauh sbb org tua yg tau penat ke x..org muda men bntai je. exterior, sume ok cme tayar kecik bwt nmpk janggal. steering tym slow lembut gile, tym laju die berat utk bg kestabilan tym laju berkat dr eps. braking hard, abs dgn ebd working well..kalo x da sondol stream dgn bukit. so overall sy bley bg 7/10..worth utk org yg nk slese tp ble nk power, die bley bg power..cme xla sepower kereta2 yg heavy mod mcm gti sy dlu.

    • Analisis yg menarik.. bab speeding 100km dalam 10sec tu ada satu blog automotif tempatan claim boleh dapat dlm 10sec ++ dengan 2 org dalam kete yg dibuka aircond. Jadi encik F punya bacaan kira acceptable la jgk kan..

      • encik F lagi says:

        actually bkn analysis pn..bese la ble ade bnde baru, so smngt jakun tu membuak2..sume nk try, sume nk buktikan..test drive yg p2 bg tu xckup bg sy..even da 1bln gne still ade bnde yg bley explore..td try pick up sorang, condition ujan renyai, air cond, manually change gear, clock up 9.5sec..mybe lps ni kne gne time measurement yg accurate sbb td gne fon je..so ok la..slese tp dpt la power sket.

  44. hai mekum sye pon pemilik myvi extream .bwk memang best lagi2 sye dah tukar spring sport hasrat nak pakai ajust table ongkos takde:P.dah lower peh!! nampak mantap!!! selekoh senang2 jek 85kmh lagi stable ..sye nak cube tukar sport rim plak nanti 16 ok tak.nak cube masok.papehal kate sye dah lagi mantap!!!

  45. haah tp netap jek .kat saner, duduk betul kat area kluang dalam minggu nie aku nak tuko sportrim 15 ok kot sebab dah lower kan wat mse nie ok jek aham dulilah cume angan2 nak tuko exsenarator la kat extream sye leh tak?

  46. Paradigma says:

    MYBI LAGI TERUK..TAKDO KUALITI..BODY CEPAT REMUK TERUK…BANYAK MATI BILA KEMALANGAN…….KERETA NI MEMANG TAK BERKUALITI…SAMAKIN RINGAN SEMAKIN NYAWA CEPAT MELAYANG…BONGOK PUNYA PRODUK

    • labu air says:

      Mamat ni ada pkai keta ke tk ni?..secara jujur wa respect myvi dari segi quality enjin dan ketahanan nya berbanding dgn proton.nk thu btl ke try pkai dua jenama ni banding sendiri..

  47. Myvi….tengok dekat nampak kompak n cantik..cuba anda berada pada jarak 100meter,,,macam katak gemok….,ntah lah,mereka ni buto ker pilih keta mcm ni,,kereta tong sampah

  48. guru KPLI Cemerlang says:

    ADIK IPAR SY BARU PAKAI KERETA NI DALAM 4 BULAN..DAH RASA NAK JUAL….MASALAHNYA KUAT MAKAN MINYAK…SIAN..SAKIT KEPALA….

  49. Salam semua…….pada pendapat saya,beli lah,bangga lah barangan buatan malaysia,,kita smua sedia maklum kereta produa bukan buatan malaysia,sperti myvi n alza,ni model dari daihatsu n toyota,,produa hanya tukar logo saja,,dah la qualty hancor,,membazir semata2

    • labu air says:

      He..he ada jgk yg berfikiran bodoh..biar tkr logo janji brg dri jpn..lgi elok dri yg made in mysia dh terbukti berpuluh thn dahulu

  50. Ramesh Garaj says:

    kitaorang dah test 0-100kmh myvi 1.5(manual) ni lumba dgn persona 1.6(manual).. tinggal jauh myvi….realitinya pick up myvi masih kurang berbanding persona…namun bila top speed myvi masih boleh kejar persona…..apepun corner memang persona makanlah..tapi myvi masih boleh cucuk persona…tengok keberanianlah….

  51. dvd player problem when playing usb

  52. aku nk tukar myvi s.e 1.3 aoto kpd myvi 1.5 s.e auto.. Mmg sgt puas hati guna myvi. Minyak jimat.. Berbanding masa aku guna PROTON GEN 2 dulu, dah la minyak kuat, banyak problem pulak tu. 1st year guna je ok, lpas tu 2nd year mula byk mslh, then 3 rd year mmg tak leh jalan. Dah la value kereta turun, tak dak harga langsung nk jual.. Nyesal beli PROTON!!! Myvi s.e 1.3 aotu aku ni mg masih tinggi value harga, senang nk jual. Tauke kereta mudah nk amik harga tingi.. Hehehe..

    • mat slamber says:

      baru beberapa hari lepas naik myvi 1.5 kawan.duduk dalam mmg agak best.tapi terkejut bila tgk RANGE atau km/l kt meter pemandu…biar betul 8.9km/l je?masa dia isi rm5 xde perubahan pada RANGE,cuma lepas isi rm10 baru berubah…km/l pun makin meningkat kepada 9km/l..tapi ni sbb dia belum servis yg pertama…saya harap kalau kamu pentingkan penjimatan cek balik dgn pengguna myvi 1.5 yg lain..sekadar berkongsi.

      • mr kuning says:

        sy pki myvi extreme. pasal range minyak 8.9liter tu mmg betul. dia punya calculation camni, dia kira amik purata bacaan.tapi dia x purata kan semua.dalam 100 bacaan perjalanan dia amik 10 kelompok.mane2 kereta pun, klu kaki kita berat tekan paddle, mmg mkn minyak. cuba suruh member tu reset balik bacaan, n tekan minyak tu tenang2. mmg save kadang2 tu sampai 21km/l.atas highway sgt9x save minyak

  53. Wanfaiz says:

    Harga RM 53,900 bagi MyVi SE itu yg tanpa optional navigation bukan ??? Kalo gitu mmg bestlah !!! Tak nk yang ada navi sebab design utk navi buruk… Lagipon kat umah dah ada portable navi …

  54. mr kuning says:

    hye guys.
    aku pakai myvi extreme 1.5. syok gile kereta ni.aku x tipu.aku respect kat handling n kuasa enjin dia.yg xberape best.dia masih lg kereta kecik, n x berape berat sgt..sbb dlu aku bwk kereta waja, jadi mmg terletak jela atas jalankan..

    aku bayar bulan 612, 9tahun, 9k downpayment. sakit ckit la. tapi aku x rasa rugi.mmg berbaloi.stakat waja gen2 wira 1.5 standard mmg myvi ni atas ckit la..

    aku pernah bwk vios 1.5 J yg baru tu di langkawi.pick up mmg kasar , lajak mmg bla.dr segi speed mmg atas ckit dr myvi. tapi highspeed punye handling cam haram, lg best myvi extreme.

  55. alaa ape susah kebanyakkn pembeli myvi 1.5 niee bru beli myvi petang esok g bengkel tuko spring sport +esober…takpon ejustable…sampai sc sendiri recomand tuko spring atau ejustable..sebab handeling standart tak sesuai belok pada klajuan tinggi..bile korang dah tuko spring k ejustable ..kowang rase fill mandu myvi 1.5 cmner…..labor laa sikit duit tuuuu dekot noo aku buat tak sampai 600rm pon

  56. aku hairan dan pelik kenapa ada org komen kata myvi da masalah.aku pakai myvi 1.3,,sampai skrang takda masalah,hari2 belasah naik,dah 3tahun,,klau brand lain cmform ada masalah,,exp…brand p,,,o….byak kmplain,,,,,lagi satu membe aku pakai myvi kereta company bt longdistanse penang ipoh..hari2 ma,,,takda prblem,,,cuma brake pad jad cepat hbis…dah 2 mingguja mleage cukup 5ribu…..company tu try tambah brand kereta lain,,,3 bulan dah rosak,,,,engine prblem la,,gearbox perblem la,…mcm2 la,,,,

    • mynie yang best tu,,pakai timing chain,,guna rantai,,,bukan guna belt,,jalan jauh tak perlu bimbang putus,,,klau keretatu dah lama guna,,,

  57. yup..alattu voltagestabilizerrkan..stabilkan current kereta,,untuk pergi ke plug,,,

  58. yup voltge stabilizer fuel saver klik link ni,,,www.jimatminyakfps.blogspot.com…bukan sekadar mitos,,jimat minyak,,lihat bukti testtimonial di link itu

  59. Ap beza myvi SE 1.5 dan extream

  60. secret hunter says:

    puas hati dgn kluaran perodua myvi 1.5..
    dari segi conering pon xder masalah bila dah sarung rim 16 8jj dgn adjustable Gab..
    xde dah membuai2 bila speed atau coner.. ape2 pon mmg tebaik MYVI 1.5

  61. skrg ni nissan keluarkan almiera 1.5. RM89 000.full spec without impuls without multimedia. beli la…
    -lg x berbaloi
    -pickup yg kelakar
    -bonnet besar? nak isi apa? kete tu x pikap la, xyah isi pape lg baik
    kahkahkah
    —try test drive dlu,pendapat sy je…saje beri tekanan lebih kat kereta luar,asek kat proton jer kne tekan

  62. cik.kLliSe says:

    Waaa saye sudah kompius wo0o bace komen2 ade yg negatif psl MYVI ni @_@..

    Saye nak bli MYVI pun dah jadi tawar hati bile bace komen2 kt cni huhuhu :-( ..Malu la klau orang bukan melayu tengok melayu sesama melayu hentam sane sini..

    Ape2 pun saye bangge ngan PERODUA KELISA saye sbb dh 10tahun pakai alhamdulillah maseh b’sme saye..

  63. saga B L M
    Bawak Laju Mati…..so hati-hati di jalanraya

  64. saya tengah dalam delima nak bnuat pilihan antara proton preve – myvi extrem dan alza. bro ada cadangan..

    • Beli Preve, specifikasi dia macam accord tetapi harga lagi murah. Spec keselamatan ada ABS, EDB, Traction control dan ESP. Besi dia dari ultra high tensile steel. Gear box 7 gear CVT dari punch powertrain yg supply kpd VW. Apanak lagi…. amat berbaloi.

      • labu air says:

        Seleman kereta kot ni.apa2 awk try sendiri dulu baru beli yg berkenan di hati.bagi saya memang preve 1.6cc sama mcm 2.0cc dia org ckp lah.you try bawa ker jpn yg 2.0cc banding dgn preve ..btl ke preve ni sama mcm 2.0cc kereta jpn?? Kalau btl dah belambak preve kt ats jln banding dgn toyota camry ataupun honda accord.

    • Tunggu Preve Hatchback… kalau tak berminat… Pilih yang lain

  65. iman sophea says:

    myvi 1.3 SE dah masuk tahun ke5. tak pernah bermasalah. sangat baik kete tu. setiap kali servis pula kakitangan perodua sangat prihatin.

    • labu air says:

      Dari segi quality rasa nya myvi menang..kurang masalah banding dgn proton.dua2 dh pakai dpt lah bt perbandingan nya.bkn nk jatuhkan mana2 pun.komen biar ikhlas.

  66. abgbesar says:

    Penat aku tgk komen2 pakar-pakar teknikal a.k.a pomen F1!!..aku penah pakai proton iaitu saga Blm hampir 5 tahun..so far ok..xdak masalah…skarang ni aku pakai lak myvi..byk sgt komen racist pasai proton n perodua..wehh bahlol2 yg komen mcm pu****k tu,korg ni komen mcm hebat mgalahkan technicion Grand Prix…keta harga bwh 100k tp korng nk speeding mcm BMW,MERC…agak2 la weh..expecially myvi is a compact car so bwk secara kereta kompak la..yg nk speed smpai 170km/h tu nk watpa..kan bahlol namanya tu..kalau nk speed sgt korg pi jmp shumacher mntk pinjam sat keta F1 dia tu pastu speed lah smpai mampus!!…itulah melayu..nk bodohkan org lain,nk kutuk sesama melayu tp dri sndri yg dibodohkan..

    • Besarlah sangat hakpuihh says:

      Poooooyo saga BLM lagi taik compare Myvi Sepatutnya boikot jeh terus buat apa ada jenama sendiri nak banggakan sedangkan dianak tirikan kat luar negara jual murah spek yang lebih baik jual kat negara sendiri mahal kualiti low macam sampah Puiiihhh sedangkan kereta luar kualiti lebih baik boleh jual murah tapi kerena penghisap darah nak makap nak bagi KRONI buat jadi mahal,,,,tak payah nak bangga sangat melayu tu tak kemana pun cai oi !!! baik ko pjuangkan AGAMA ko 2 yg lagi penting masuk KUBOR pun dah tentu boleh jawab sdatu soalan!!!!

  67. abgbesar says:

    haha..ni confirm geng Fuckatan rakyat…kalau geng jahanam ni komen mmg mcm haram..hang nk boikot hang punya pasal lah..bkn aku beli keta guna duit bapak pukimak hang..mangkuk barua ni..yg hang nk kait bab agama pasal apa?sbnrnya hang la manusia yg x reti bersyukur..jiwa penuh benci sesama manusia lainh semata mata politik..org mcm hang ni patut kena pijak kasi mampus..bodo

    • doh2 la tu baloh sapa bila2 dok abih….jeng kreng sungguh la..satu lagi jangan perkataan dok molek dalam ni…nak mrah tapi guna ayat biasa sudoh…dok molek ngat guna lagu tu…adoi ler..

Speak Your Mind

*