Kereta elektrik keluaran Proton di pasaran mulai 2013 - Arena Kereta

Kereta elektrik keluaran Proton di pasaran mulai 2013

Suka atau tidak, beberapa tahun akan datang dijangkakan kereta elektrik akan mendominasi jalan raya di Malaysia bersama-sama kereta berteknologi hibrid. Sehubungan dengan itu Proton Holdings Berhad telah merancang untuk melancarkan kereta elektrik keluaran mereka sendiri pada 2013, menurut kenyataan Pengarah Urusannya Datuk Zainuddin Che Din baru-baru ini. Tambah beliau lagi, harga yang bakal ditawarkan kepada pelanggan adalah kompetetif dengan nilai wang apabila dikomersialkan kelak.

Harga Proton Saga EV dijangkakan kira-kira RM70,000.00, manakala Proton Exora Range Extender EV akan dijual pada jangkaan harga sebanyak RM100,000.00. Ketika ini kedua-dua model sudah diserahkan kepada pihak kerajaan untuk ujian di Putrajaya. Bagi menampung keperluan kereta elektrik apabila ia dijual nanti, Proton kini dengan bantuan kerajaan sedang dalam usaha membangunkan infrastruktur pusat mengecaj kenderaan elektrik. Zainuddin berkata kerajaan mungkin membina 100 hingga 150 stesen.

Pada peringkat awal, stesen berkenaan akan didirikan di Putrajaya, Cyberjaya dan lokasi utama di Kuala Lumpur. Proton Saga EV, kereta elektrik sepenuhnya dan Proton Exora Range Extender EV, versi canggih teknologi hibrid, dikatakan sangat cekap dengan perbatuan kira-kira 70-80 kilometer sehari.

Sumber : BERNAMA

Terbaik!(0)Booo~(0)

13 Comments

  1. Cikgu Borneo

    October 21, 2011 at 7:42 pm

    Patut kereta Hybrid yang paling sesuai digunapakai dekat Malaysia ni...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. sempoi

    October 21, 2011 at 8:43 pm

    Harga Proton Saga EV dijangkakan kira-kira RM70,000.00, manakala Proton Exora Range Extender EV akan dijual pada jangkaan harga sebanyak RM100,000.00??? biar btl harga ni...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • mat slamber

      October 21, 2011 at 9:32 pm

      betol lh tu...nk teknologi hijau mmg mahal...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. azlan

    October 22, 2011 at 1:50 am

    Kalau nk murah try wat sendiri baru 400,500 kali ganda lebih mahal dr harga tu
    ,tu pn kalau jd keta

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. king

    October 22, 2011 at 4:11 pm

    sial la mcm ni puihhh

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. bibo

    October 22, 2011 at 4:58 pm

    buleh caya ker? exora tebabo pun kata dulu nak keluar akhir 2010 atau awal 2011. Tapi sekarang dah dekat nak abih taun dah. Pakai ajela apa yg ada

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. Alex

    October 23, 2011 at 11:55 am

    Bek bli prius huhu

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. bodoh

    December 24, 2012 at 12:46 am

    bodoh punya harga.. proton jual mahal sebab teknologi hijau konon mhal sebab kerajaan tidak dapat hasil jualan minyak.. paling penting berapa kerat kah rakyat malaysia yang mampu beli dgn harga sebegitu mahal lol??? kalau tanya sejuta rakyat dah pasti 10 ribu jer yang mampu beli yang lain pasti menjawab baik beli rumah lebih baik dari beli besi yang lama kelaman akan menjadi besi buruk dan tak berharga.. sekurang2nya rumah blh dijadikan hartanah.. buatlah study sikit kehidupan rakyat baru meletak harga jualan.. inilah kesilapan pembuat kereta tempatan buat benda canggih sikit mesti nk ikut harga luar negara lol lol betul... kalau nak buat pun buatlah kita tgk berapa ramai rakyat malaysia yg mampu memilikinya...korup malaysia..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Civic

      December 24, 2012 at 2:19 am

      Civic yang harga 120 ribu lebih tu mampu plak orang beli ye..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. kama

    December 24, 2012 at 7:49 am

    sebenarnya orang-orang yang membuat keputusan di proton bodoh dan pemikiran kaku,sama dengan logo proton, kaku sambil mulut ternganga tidak ada makna langsung, memalukan,.ramai yang benci proton.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. hebat proton

    August 23, 2013 at 7:04 pm

    korang bodoh

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Brocity1.5E

      August 23, 2013 at 8:05 pm

      Tak baik bodoh2kan orang.....Proton dah usaha yang termampu. Biarlah peminat2 dia nak beli..Kita yang mampu ni pilih la jenama lain.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. proton@4ever

    September 24, 2013 at 6:43 pm

    mstahil xdak org nk bli sbab kete lain lgi mhal pon brsepah org bli

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>