Kecanggihan kenderaan komersial masa depan – Volkswagen eT!

Volkswagen terkenal dengan barisan kereta penumpang berkualiti tinggi dan mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Namun bagi segmen kenderaan komersial, Volkswagen tetap menunjukkan kemajuan yang hampir setara dengan kemunculan pelbagai inovasi terkini. Antaranya ialah pengenalan sebuah van komersial yang dijana menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, Volkswagen eT!.

Masih lagi diperingkat konsep hasil penyelidikan Volkswagen Group Research bersama-sama German Post Office (‘Deutsche Post AG’), yang mana merupakan pelanggan kenderaan komersial ringan terbesar di Jerman, serta University of Art di Braunschweig, Volkswagen eT! mempunyai potensi untuk diketengahkan sebagai kenderaan pengangkutan perdagangan masa depan dalam usaha mencari penyelesaian isu mobiliti.

Antara yang diperkenalkan melalui kenderan komersial eT! ini ialah dengan melihat kepada keperluan pelanggan dalam urusan kerja seharian serta bagaimana ia boleh dipertingkatkan untuk jangka masa panjang. Volkswagen dan rakan kajiannya memberi tumpuan kepada pemanduan sifar emisi dan ruang yang tersedia di dalam kawasan bandar, fungsi pemanduan semi-automatik yang menawarkan sokongan yang relevan dan memudahkan proses kerja, selain integrasi bersama-sama teknologi komunikasi terbaru.

Lebih dari itu, rekaan dan penampilan eT! juga diberikan cabaran baru untuk menawarkan sesuatu yang bersifat lebih emosional untuk sebuah kenderaan perdagangan. Bagi mencapai sasaran itu, pasukan tersebut bukan saja kembali melihat kepada apa yang pernah ditawarkan pada masa lampau, tetapi juga bekerja dengan melihat kepada perspektif masa depan untuk menerapkan suatu konsep pembangunan yang maju berasaskan teknologi yang ada pada masa sekarang.

Volkswagen eT! jika menjadi kenyataan dalam versi produksi pada masa depan bakal memberi kelebihan kepada setiap pekerja yang terlibat dalam pelbagai kerja penghantaran, terutamanya dalam kerja-kerja berkaitan penghantaran surat. Sifar emisi untuk alam sekitar yang lebih bersih, praktikaliti dengan pelbagai teknologi termaju yang memudahkan kerja dan perhubungan, Volkswagen eT! membuka laluan kepada segmen kenderaan komersial ringan yang mana pembangunannya semakin serius dan tidak lagi terpinggir.

p/s : Dah canggih sangat kenderaan komersial sekarang ni, tak mustahil nanti ada pemiliknya yang menukarkannya menjadi kenderaan penumpang pulak..

[nggallery id=434]

Terbaik!(0)Booo~(0)

3 Comments

  1. abhamz

    November 22, 2011 at 3:55 am

    salam, hebatlah teknologi VW ni....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. Duan

    November 22, 2011 at 11:59 am

    Salam,

    Kalau di Malaysia, kenderaan jenis van ni biasanya digunakan oleh peniaga kecil dan peniaga pasar malam. Sudah pasti kerana ia datang atas jenama VW maka ia diluar jangkauan mereka.

    Jadi, siapa agaknya target group kenderaan ini jika ia dipasarkan di Malaysia?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. Han

    November 22, 2011 at 1:13 pm

    Hmm, Proton Juara pun nice jugak kalo buat macam ni..

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>