Volkswagen Passat 1.8 CKD di pasaran esok??!! - Arena Kereta

Volkswagen Passat 1.8 CKD di pasaran esok??!!

Agak mengejutkan apabila Volkswagen Group Malaysia (VGM) diberitakan akan melancarkan model Passat 1.8 terbaru versi CKD (pemasangan unit terurai) pada keesokan hari (23/11/2011), menurut laporan yang dipetik dari akhbar harian KOSMO hari ini di dalam ruangan Niaga.

Untuk makluman, VGM baru saja melancarkan tiga buah model terbaru versi CBU di pasaran tempatan, salah satunya ialah model Passat 1.8 TSI dengan harga RM184,888.00. Dengan pengenalan Passat 1.8 CKD yang dipasang di kilang DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom) di Pekan, berapa pula agaknya harga yang bakal ditawarkan untuk model itu?

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil dilaporkan berkata, buat masa ini sebanyak 70 unit akan dipasarkan dengan harganya akan diumumkan serentak pada hari pelancaran nanti. Tambahnya lagi, harga model itu akan menjadi lebih murah berbanding model CBU yang diimport sepenuhnya.

p/s : Harga VW Passat 1.8 CKD akan didedahkan esok, adakah kemungkinan sekitar RM160k++?

Terbaik!(0)Booo~(0)

4 Comments

  1. Maverick

    November 22, 2011 at 8:16 pm

    Damn Handsome Passat!!
    But i'd prefer the previous one.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. tipu belaka

    November 24, 2011 at 2:57 pm

    Tipu belaka. La ni dah 24hb Nov 2011. Mana dia harga CDK? Awat jadi lagu nie? Dok bagi janji palsu.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      November 24, 2011 at 10:00 pm

      Bukan tipu bro, media tersalah lapor sebenarnya..boleh baca post terbaru dah update tadi..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • tipu belaka

        November 25, 2011 at 8:54 am

        TQ. Jangan ambil hato noo.. ^_^

        Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>