Sebagai menyahut seruan kerajaan agar pengeluar motosikal menghasilkan produk mampu milik dengan harga yang kompetetif dan bermutu, Modenas telah memperkenalkan motosikal terbarunya Modenas Kriss MR1, bertemakan slogan ‘Motosikal Untuk Rakyat”. Berasaskan model popular Modenas Kriss, MR1 dijual pada harga terendah di pasaran dengan nilai jualan hanya RM2,948.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insuran).
Menurut Modenas, MR1 dihasilkan berlandaskan kepakaran anak tempatan dan menggunakan teknologi Jepun yang menjanjikan sebuah produk kepada pengguna dengan nilai pulangan yang berbaloi (value for money). Ia dilengkapi enjin berkuasa 100cc dengan Sistem Gear Berputar (Rotary Gear System), rekabentuk lampu hadapan dan belakang yang menarik dan sporti. Tangki minyak yang berukuran 4.3 liter direkodkan mampu mencatat perjalanan sehingga 200km jauhnya.
Modenas MR1 tersedia dalam dua pilihan corak dan warna sama ada Putih atau Biru. Walaupun dijual pada harga murah, Modenas tidak berkompromi dari segi kualiti dan pelbagai siri ujian telah dilakukan terhadap model itu bagi memastikan ketahanannya sebelum dipasarkan. Dengan pengenalan model itu, Modenas yakin ia akan membantu meningkatkan jumlah jualan keseluruhan barisan produk mereka di antara 6,000 unit sehingga 7,000 unit sebulan, kira-kira 10 peratus daripada perkongsian pasaran motosikal tempatan.
Spesifikasi Teknikal :
| Engine | ||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
| Transmission | ||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
| Chassis | ||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||
| Electrical System | ||||||||||||||||||||||
|
[nggallery id=494]








baik beli modenas MR1 ni drpd beli motor buatan China n brand Naza. kualiti dah tentu bagus walaupn rekabentuk lama & tak menarik langsung..
betoi2 aku sokong….
betul bro..aku suka modenas..weee~
aq pun ska
ya.. aku pun sokong…
modenas ni pon pakai enjin china juga..
mane boleh beli ni? i urgent nak pakai
aku pun sokong. Buat ape membazir duit beli motosikal buatan China, baik beli buatan Malaysia ni, dah tentu kita tahu kualiti dan jaminannya.
medenas terpaksa rebrand balik model kriss , sbb model2 terbaru modenas tak laku, akibat dari ledakan dari model Yamaha dan Honda
moto x laku sbb xpandai jual.kt pantai timur ni xde pon promosi.sparepart pon zero.kene tempah.aftermarket x jaga.mcm ada satu brand kereta tu….
cayalah modenas…sesuai tuk student beli sbb murah tapi berkualiti.
bagi golongan yg kurang berkemampuan modenas adalah salah satu pilihan yg ada selain daripada jenama honda & yamaha.
apa yang penting biarlah terjamin kualitinya dengan harga yg ditawarkan.
masa lawatan ke Greece awal tahun 2011…aku terkejut punya lah banyak motor modenas kat sana…rasa bangga pun ada.
nak tanya motor ni kne bayar cash ke hutang?
cash la ..
Memang sebelum ini pun dah pernah pakai jenis Modenas tapi keluaran pertama dan sekarang tetap ingin mencuba jenama Modenas Kriss MR1 ini. Siap harga atas jalan dengan cukai kelas pertama lebih kurang RM 3,200. Murah gila!!
ok la tu..aku pun bru je beli mr1….rm3’100 siap rtax + insurans…mantap beb…minyak save,body cntik,leh design cub prix klu nak…
kat sandakan sabah mcm blum smpai jee mr1 tuu ..baru tu harga naik ooo
..khabar dari Kedah..
model terbaru tahun 2012
120 cc monoshock, roda aloy 16 inci, bukan kapcai, bukan skuter tapi..skuter + kapcai,
Boleh bayang?
Motosikal Modenas terbaru ke Tuan Zack? Best tu, kalau ada gambar boleh send kat sini arenakereta@gmail.com..
MR1 memang laku kat sarawak. Tengok kat dealer stok takde lagi dah. Bila la plak aku nak ambik satu ni
aku nak beli ni esok jugak! hehe
motor ni ley g bper km/h?
motor kriss mr 1 nie kene buat insurans selalunyyer beraper??
saya berminat…nak tau alamat & no telefon pusat jualan di johor bahru secepat yg mungkin.tq
modenas cap ayam.enjen kawasaki yg d downgreadkan..x caya tnye pekerja modenas.haha..ape nk jdik ngn produk msia nih
servis modenas lg mahal coz penapis minyk kne 2kar everytime 2 kar minyak itam..kalo x tukar,tesumbat…muto len tukar 3 tahun skali pn ok lg..enjen cc besar.mkn minyk tp power xde…tangki kecik..design je lawa..
Penapis tu mahal ke? Penaois minyak hitam eh?
motosikal nie memang harga sangat2 berpatutan dan mampu milik sesangat, kualiti pun bagus cuma yang aku agak kecewa sikit cuma body dia mcm berat sebelah dan tayar depan dengan tayar belakang tak selari, moto yang aku beli pun sama, moto yang kawan aku beli pun sama. Belilah barangan buatan Melaysia!!!~
encik / puan saya nak tanya motor ni tak de bakul ka ?
Salam semua…
Aku ada bli Modenas Kriss 2010, sekarang masih gunakan lagi. Kebaikan Motorsikal Modenas :
1. Motorsikal tahan lasak macam motor motor cross, tahan dek panas dan hujan.
2. Motorsikal jimat minyak.
3. Motorsikal yang kurang untuk dicuri bandingkan dengan jenama lain.
4. Rupa bentuk yang menawan.
Motorsikal ini ada bakul dan boleh pasang sport rim tayar tubeless jika mahu.
Motor ni tak boleh bayar hutang ke? Kena bayar cash jugak ke?
nak sambar modenas MR1 lah sebijik dan teringin sekali,biarlah buatan malaysia dan bermutu,,dah lama nak tukar brand motor ni,
dr beli jenama luar baek beli jenama malaysia,jenama len jugak pn bukannya 100% dr jepun….
Bagi aku motor apapun sama saja ikut cara mcmmana kita guna aku pakai kriss 110 1999 sampai skrg takada masalah pun hari2 ulang alik kerja injin tak kacau lagi cuma class plate aje tukar.apapun ikut cara kita pakai ni kalau pakai macam pelesit tarik gear 2 sebatu baru nak masuk gear 3 moto apapun lingkup..
aku dah beli…. berbaloi2,
aku dah beli satu 5 bln yg lalu…setakat ni memang puas hati kualitinya.
asal orang panggil kriss mr1 motor kapcai
modenas mr-1 skrg cash price on the road only 2980, kalau nak boleh mari kedai dekat pekan kapar, kedai motor SING HING MOTOR, address no 36 jalan kapar setia 1,taman kapar setia , per hamzah alang 42200 kapar, selangor
Modenas kalau tolak balik di kedai motor tak laku,pernah pergi tujuh buah kedai motor nak jual balik, paling tinggi ditawarkan 1200,jika dibandingkan honda dan yamaha kalau tolak di kedai motor 3000 lebih hingga 4000 lebih, tauke kedai tawarkan harga.Bila tanya kenapa modenas harga murah,jawapan enjin modenas tak sebagus yamaha dan honda.Adik aku beli honda wave 125 keluaran tahun 2006 yang terpakai harga 3500,masih elok enjinnya.