Honda Wave 110 MMC berwajah baru lebih sporty - Arena Kereta

Honda Wave 110 MMC berwajah baru lebih sporty

Boon Siew Honda kelmarin telah memperkenalkan model naik taraf terbaru motosikal kapcai popular Honda Wave 110 MMC (Minor Model Change) dengan gaya lebih menarik dan sporty. Selain reka bentuk yang agresif dan terkenal dengan tahap penjimatan minyak antara yang terbaik di dalam kelasnya, Honda Wave 110 MMC menyerlahkan perwatakan tipikal DNA dari Honda yang terbukti berdaya tahan dan boleh diharapkan.

Honda Wave 110 MMC baharu boleh didapati dalam tiga warna menarik dan bergaya untuk kedua-dua varian RS dan R. Varian tertinggi RS didatangkan dengan warna Merah dan Ungu Metalik, termasuklah warna terbaru Jingga (Bright Orange – tersedia eksklusif untuk varian RS sahaja). Sementara itu varian R turut ditawarkan dengan kedua-dua warna Merah dan Ungu Metalik, dengan tambahan warna eksklusif Biru Metalik (varian R sahaja).

Setiap warna badan Honda Wave 110 MMC dipadankan bersama pelekat grafik rekaan terbaru dengan warna yang mempersonakan bagi menambahkan lagi keseronokan tunggangan. Untuk menambahkan lagi pandangan visual serba sporty dan kestabilan di atas jalan raya, varian RS kini tampil dengan rim aluminium berwarna putih di bahagian rodanya.

Harga atas jalan (on the road price) yang ditawarkan untuk kedua-dua varian Wave 110 MMC ialah RM4,771.00 (varian R) dan RM5,228.00 (varian RS). Bagi membuktikan kualiti cemerlang dan ketahanannya, Wave 110 MMC dibekalkan jaminan (Extended Warranty) selama 2 tahun atau 20,000km untuk ketenangan fikiran berpanjangan.

[nggallery id=498]

Terbaik!(0)Booo~(0)

10 Comments

  1. sempoi

    December 29, 2011 at 8:08 pm

    kalu kuar baru yang cc antara 130-150cc kan best...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. ejoi

    December 29, 2011 at 10:45 pm

    2 tahun je warranty?? kalau x silap suzuki bagi 5 tahun kot warranty tok sume model motor mereka...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • AK

      December 29, 2011 at 10:51 pm

      Kalau ikut press release memang 2 tahun bro ejoi, tu pun dah ok tu.. :)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • ejoi

        December 30, 2011 at 11:43 am

        saje je... huhuhu.... tapi walau bagaimanapun... tetap yakin dengan motor honda... jimat minyak pun ye... mcm nak tukar wave yang dah pakai dekat 8 taun tue...huhuh..

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. METALSIKOTAI

    December 29, 2011 at 11:29 pm

    best jugak nih....lawo pun lawo...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. faruz

    December 30, 2011 at 2:45 pm

    bila la honda nak keluarkan model cup 135cc dan 150cc ekk....?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. x suter

    December 31, 2011 at 11:50 pm

    Kapchai kalau nak sedap bawak cari je yang ber enjin 4V LC. Kalu design lawo2 tapi x laju buat per? Tripmeter moto dah cecah 116K+ km & masih mantop... He he ... Model tahun 2009 kalu x silap...Laju ni bukan apa sekadar seiring dgn kelajuan kereta zaman moden ni yg laju2 belako.......

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. Norman

    January 4, 2012 at 7:19 pm

    Tul tu kalau 110cc Dua lejang takpe gak.Ini standard nak jejak 130 pun payao.Paling kecik pun buat lah 130cc fuel inj 2 valve Ke 4 valve.Lagi baik RXZ ni mcm,Koman2 bwk pembonceng pun boleh maintain 120-140 kat highway

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. Wan15

    February 7, 2012 at 2:28 pm

    Wave 110 RS kalau modified lagi cantik. Saya cadangkan buat pesta design motor di seluruh malaysia lagi bagus...

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  8. fazli

    May 15, 2012 at 6:13 am

    Sistem exzos paip Kat engin terlalu kecil Dan terbuka.tidak macam ex5 mantap Dan tertutup.

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>