Toyota Avanza baharu dilancarkan, harga bermula dari RM63K

Pernah memegang takhta sebagai MPV paling popular di Malaysia, kehebatan Toyota Avanza diteruskan lagi dengan pelancaran generasi baharu All New Avanza kelmarin. Terdapat empat varian ditawarkan untuk pilihan, iaitu bermula dari varian 1.3E dengan harga RM63,864.00, model itu hanya dilengkapi kotak gear manual 5-kelajuan sahaja.

Varian seterusnya ialah Avanza 1.5E dengan harga bermula dari RM71,864.00, kemudiannya diikuti varian 1.5G dengan harga permulaan RM76,590.00. Varian tertinggi 1.5S pula ditawarkan pada harga RM78,864.00 untuk kemasan cat luaran bukan metalik, manakala versi cat metalik berharga RM79,590.00. Kesemua harga ditawarkan atas jalan lengkap dengan insuran. Toyota Avanza baharu dengan enjin 1.5 liter dilengkapi sistem transmisi tunggal automatik 4-kelajuan.

Berkenaan enjin, varian Avanza 1.3E dilengkapi enjin bersesaran 1.3 liter yang menghasilkan kuasa 91ps dan 117Nm tork maksimum. Enjin berkod K3-VE empat silinder sebaris itu sudah popular untuk model kompak terlaris di Malaysia, dilengkapi ciri 16 valve DOHC, rantai pemasaan (timing chain) dan sistem VVT-i yang berupaya menambahkan kuasa dan kelancaran enjin, selain beroperasi lebih cekap dan ekonomi.

Bagi Varian 1.5E, 1.5G dan 1.5S, kesemua model itu dilengkapi enjin berkapasiti 1.5 liter berkod 3SZ-VE dengan keluaran kuasa kuda setinggi 103ps dan 136Nm tork maksimum. Enjin sebaik itu turut dilengkapkan dengan sistem VVT-i yang menjadikannya salah sebuah MPV terbaik di dalam kelasnya dari segi penjimatan bahan api. 

Apa yang mendapat perhatian ramai berkenaan Avanza baharu ini sebenarnya ialah reka bentuk luaran keseluruhan yang cuba diperkenalkan oleh Toyota. Bahagian ruang interiornya sudah diakui cukup luas dan selesa untuk tujuh orang penumpang, begitu juga dengan enjinnya yang menghasilkan kuasa memuaskan, jadi tidak hairanlah kenapa generasi kedua Avanza baharu ini begitu dinanti-nantikan.

Toyota Avanza baharu menerima perubahan kosmetik di bahagian luaran lebih sporty, terutamanya di bahagian depan dan belakang, termasuk lampu utama depan dan kombinasi lampu belakang rekaan terbaru. Bampar depan termasuk jeriji, begitu juga rekaan keseluruhan bahagian belakang termasuk bampar, didapati penampilan Avanza baharu ini tidaklah menghampakan. Namun penilaian visual bagi setiap orang adalah bersifat subjektif, bagi saya cukuplah dengan perkataan “bolehlah tahan..”.

Salah satu ciri lain yang sering diperkatakan ialah adakah Avanza baharu ini mempunyai ciri pemanduan dan kestabilan yang dipertingkatkan berbanding Avanza generasi pertama? Menurut Toyota, mereka sudah menaik taraf sistem ampaian baru di bahagian roda depan dan belakang yang menyerap hentakan lebih baik untuk perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

p/s : Soalan cepu emas, anda pilih yang mana satu di antara Toyota Avanza baharu dan Proton Exora Bold?

Terbaik!(11)Booo~(2)

62 Comments

  1. Benderxii

    January 12, 2012 at 7:12 pm

    menarik.... antare Exora Bold dengan Avanza nih, kene test drive dulu la baru leh wat penilaian yang betol2...tapi dari segi kapasiti enjin, Exora Bold menang sebab enjin campro 1.6 CFE CVT plus dengan turbo charge...fuhhhh.. layan....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. rostam

    January 12, 2012 at 7:21 pm

    Dari segi harga dan penjimatan penggunaan minyak, lebih baik pilih Avanza. Dari segi keluasan dan keselesaan pemanduan lebih baik pilih Exora Bold. Dari segi ketahanan, maintainance, service after sales tu saya vote Avanza.....

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • prolever

      January 12, 2012 at 11:12 pm

      lol, en rostam.

      avanza baru gune 4 speeder jer. engine pun sama mcm alza. Fc x d maknanye kurang.

      Terbaik!(0)Booo~(1)
      • zzzzzz

        January 13, 2012 at 10:14 am

        try dulu enjin vvt-i maaa..even 4speed n dikatakan outdated

        Terbaik!(0)Booo~(0)
    • syukuri

      January 13, 2012 at 4:25 pm

      aku pakai gen2...dan avanza..jiamt ke avanza?...mmg jimat dr gen2 tp beza tk jauh pn..kalo isi rm20 jarak sama gen2 dh mnyala merah avanza tnggal lg skit..stay kna topup gak..tkde beza jimat nye,pahtu toyota bln2 kna byr mahal dr proton..pusing2 sama je kna klua duit..cumaaaa nak jual balik je la keta jepun ni ade rege, ..jimat la sgt!..kalo dh petrol tu patrol gakla...nk jimat ngv la..or pakai moto..pis

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. mansg2

    January 12, 2012 at 7:23 pm

    Antara Avanza & Exora Bold.... Aku pilih Perodua Alza.... Berbaloi2.

    Terbaik!(11)Booo~(2)
  4. Geld Gleichgesinnten

    January 12, 2012 at 7:48 pm

    Hu, berbaloi lg Exira dari oerabiskkan beras dgn kereta ni,,,, tgk sendiri la,,, interior, exterior, engine,,,, exora menang semua

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  5. din avanza

    January 12, 2012 at 8:37 pm

    Saya pengguna avanza gen 1 sejak tahun 2005 lg. Pada pndapat saya melihat all new avanza ini teringin skali nak tukar ambil yg ni. apakan daya loan ada 2 thn lebih lg. Ikut pengalaman saya memang la dari segi ride and handling proton menang. Tapi buat pe pentingkan sangat yg tu, janji for the long term avanza ni minyak jimat esp 1.3, wpun sdikit underpowerd bbnding exora.service pn ok, xmahal sangat. tapi jgn service kt UMW toyota la. Bloody sucker tul depa tu..Ala, proton Exora Bold with CFE CVT tu, cuma pakai soft turbocharger je pn, kn? takla power sngat punnn.. Klu alza plak xpayahla.. Dah la enjin sebijik dr avanza, pastu blakang sempit lak..xsesuai lngsung..At least avanza punya third row masih ok lg utk org dewasa normal utk duduk..

    Terbaik!(3)Booo~(5)
    • Fridz

      January 12, 2012 at 10:55 pm

      Bro Din Avanza,

      Dah test drive Exora Bold belum?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • din avanza

        January 13, 2012 at 12:26 am

        dah test drive lk 2mg lpas..sy atr org ptama yg dapat test di area a.setar..Sebenarnya mlas nak testdrive, tapi dah salesman tu beria2 snagt, maybe dia nmpak sy ni mcm mplekehkan exora bold bla sy kta kat dia, xkn soft turbo je kot, so dia mnta sy test drive.
        banding dgn exora lama mmg agak terasa ke'poweran'nya,tp hp xla lebih mn pn dr yg lma punya..

        Terbaik!(1)Booo~(1)
        • brazbuz

          January 13, 2012 at 1:42 am

          hahaha... klo hp tinggi kuat la minyak kete tu.org tgok max torque at what rpm.itu yg menentukan penjimatan minyak disamping cara pemanduan.lg besar max torque kt rpm rendah lg jimat kete tu.typical malaysian too impress with japan car without knowing nothing.....

          Terbaik!(0)Booo~(0)
        • farghmee

          January 13, 2012 at 9:46 am

          bagus din avanza.

          so pikap exora bold best x? kalu compare ngn avanza yg din ada, ada perbezaan ketara x?

          Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Cikgu Borneo

      January 13, 2012 at 4:08 am

      kalau dah beli baru takkan nak servis kat luar pulak. Habislah waranty. Encik Din Avanza pun mengakui caj servis dekat UMW Motor memang cekik darah punya harga. :-)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • farghmee

      January 13, 2012 at 9:49 am

      hang nk pakai turbocharger yg cmne?
      hi-boost?

      ckp cm engineer automotive jek :P

      Terbaik!(1)Booo~(1)
      • din avanza

        January 13, 2012 at 4:39 pm

        saye xckp nak pkai turbocharge yg mcn ne pn..Cuma biasa la, bila dia tanya sy naik keta pe skrg, sy ckp avanza je, dia kta amik la exora bold. ada turbo lg tu.. Biasa la mcm u all tau kn salesman ni mcm na, dia nk jual brg dia, tntu dia promote gila2 punya. Pastu saye ckp la, ala.. exora bold ni hnya pkai soft turbo je,kn? tu yg dia mntak sy tdrive tngok dlu mcm ne..Mmg sy akui mcm di atas td sy dh ckp, handling mmg lg bagus dr avanza..Tp sy ckp minyk avanza lg jimat.. Dr segi tork atau daya kilas mmg bnding avanza ngan exora lama mmg lg baik n ktara jugak perbezaannya..Itu, saya akui..

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. kema

    January 12, 2012 at 8:54 pm

    stailo ,jugak aq tgk avanza baru ni.....................................facelift aje tapi ruang dalaman macan avazan yang lama punya

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. mybestt

    January 12, 2012 at 9:17 pm

    Brand Toyota memang berkualiti..berbanding Proton !

    penjimatan penggunaan minyak yg lebih baik ada vvti sy pilih Avanza

    lebih luas dan besar sikit berbanding Alza/Livina.
    sy pilih Avanza mudah masuk parking berbanding proton exora body terlalu besar sgt.

    Dari segi ketahanan dan lasak, maintainance dan service pilih Avanza

    Dan yg penting dari segi harga lebih baik Beli Avanza, interest rendah dr Proton exora... beli Proton interest tinggi gila dr kereta import apa kejadahnya mahal sgt nak bayar bulan2...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • farghmee

      January 13, 2012 at 9:47 am

      aku rasa cfe pn ada vvt. keh ;)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Along Bukit Beruntung

        July 3, 2012 at 11:26 am

        CFE mmg ada vvt.. cuma proton tak pandai nak highlight.. kalau toyota, semua teknologi dalam kereta tu dia nak letak emblem kat body kreta..

        Terbaik!(1)Booo~(0)
  8. akbar MMN

    January 12, 2012 at 10:05 pm

    Dari segi penjimatan minyak, tentulah avanza better dr Exora CFE. Dari segi reliability, pun sure Avanza better. Dari segi customer service, maybe Avanza is a better choice. Tp kalo aku nk beli, Exora CFE jugak pilihan hati.

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  9. brazbuz

    January 13, 2012 at 1:44 am

    proton xleh lawan toyota dr segi quality and after sales.yg len sme proton lebih menyerlah

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. khairu diab

    January 13, 2012 at 2:13 am

    Klu nk yg lebih selesa, lebih power tntulah exora bold, tp new avanza ni bleh tahan jugak luasnya, lebih panjang dari versi trdahulu, siap ada ruang di belakang utk letak barang, klu nk bandingkan dgn exora bold mmglah exora bold menang, tp dari segi kualiti menang kat toyota, pastu kalau jual balik resale value toyota selalunya tinggi, skadar pandangan, pepon exora dan avanza ni ade kelebihan masing2

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. Cikgu Borneo

    January 13, 2012 at 4:04 am

    tengok gaya dia punnye design suspension masih tak berapa improve dari dahulu..kalau masih bumping macam avanza dulu memang tak berbaloi la beli. Orang yang duduk belakang senak je perut kalau ada lubang atau jalan tak rata.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • khairu diab

      January 13, 2012 at 6:24 am

      nak senang pegi je kedai toyota sendiri test drive, rasai sendiri bwk avanza baru tu, klu main tgk je pstu komen yg bukan2 x jadi juge, aku pon ade avanza yg lama, mmg kuat bumping time bwk, kt jalan x rata, aku harap avanza yg baru ni x de la masalah tu lg, sbb pihak toyota dh kata diorang dh upgrade suspension tu,

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. salsabila

    January 13, 2012 at 10:43 am

    nampaknya segmen kenderaan 7 tempat duduk dengan tanda harga bawah 80k kebawah tiba-tiba memeningkan kepala dengan munculnya avanza baru ni apabila baru-baru ini proton juga gah dengan exora boldnya yang tidak kurang juga menariknya.nak banding dengan kualiti antara kedua-duanya, pendapat teman avanza lebih diyakini.kadang-kadang kualiti mempengaruhi juga pertimbangan untuk memilih antara kedua-dua kenderaan ini.Rasanya, dari segi keselesaan pemanduan, ruang dan kuasa exora bold pula mengatasi.Harga pulak, teman rasa avanza memberi pilihan harga untuk kapasiti enjin 1.5.itu yang menariknya berbanding exora bold hanya satu harga (tidak termasuk exora bold yang berharga 80k).Moga ada yang terus berdiskusi mengenai kedua-duanya demi kebaikan kita...bakal pembeli...supaya tidak mudah terpedaya dengan ayat-ayat sales advisor mahupun ayat-ayat dalam iklan - iklan pengeluar.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • farghmee

      January 13, 2012 at 11:11 am

      sebenarnya, ia tidak memeningkan kepala sgt.

      soalan1: anda hendak beli apa?
      brand kah? feature kah?

      kalu brand, mmg toyota gah.
      kalu feature, mmg proton gah.

      soalan2: safety nya bagaimana?
      in-house claimed? international compliance?

      kalu in-house, sapa2 pn ble kata kereta dia bagus.
      kalu international compliance, mmg sah2 terbukti bagus.

      soalan3: selesa ke x? power ke x? enjin stress ke x?

      haa...yg ni mmg kene testdrive lah :)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • salsabila

        January 13, 2012 at 1:38 pm

        tq farghmee fr yr opinions...nak kena g test drive dulu avanza baru ni.and decide later.exora or avanza.

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. Aku

    January 13, 2012 at 3:14 pm

    Sorry to say bro, aku memang betul2 dah trauma dengan exora! Problem tak yah cakap ar.... Macam2 ada... Tak tau la luck aku tak berapa ok ke ap.. Tapi, exora la kereta first and last aku.. Secanggih mana pun proton ada, berpuluh tahun warranty proton kasi... Sorry, X nak!! Walaupun berabis duit trade in amik rush... Aku sekarang memang puas hati... Tahan lasak... Cuma bab berenjut tu aku dah tukar suspension dia.. Kasi lower.. Kurang la banyak masalah tu... After service memang superb... Quality high.. Aku tak kisah bayar lebih, janji tak banyak ragam.....

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • farghmee

      January 13, 2012 at 3:49 pm

      apa problem dia?
      ceciter

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • ali

      January 13, 2012 at 7:04 pm

      betul2 marah dan geram en. aku ngan proton ni..
      cuba try story skit apa masalahnya sebenar boleh kita kongsi kt sini...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. syukuri

    January 13, 2012 at 4:29 pm

    aku pakai gen2 dan avanza sbijik..jimat ke avanza?...mmg jimat dr gen2 tp beza tk jauh pn..kalo isi rm20 jarak sama gen2 dh mnyala merah avanza tnggal lg skit..stay kna topup gak..tkde beza jimat nye,pahtu toyota bln2 kna byr mahal dr proton..pusing2 sama je kna klua duit..cumaaaa nak jual balik je la keta jepun ni ade rege, ..jimat la sgt!..kalo dh petrol tu patrol gakla...nk jimat ngv la..or pakai moto..pis

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • zzzzzz

      January 13, 2012 at 4:50 pm

      jgn la g banding kete ngan mpv..adehhh nape xbanding gen2 ngan vios ke,city ke,viva ke penggunaan minyaknye

      Terbaik!(1)Booo~(0)
      • brazbuz

        January 13, 2012 at 6:16 pm

        hmm susah gak sbb gen 2 lg berat dr avanza n cc lg besar.tp fc lbeyh kurg sme

        Terbaik!(0)Booo~(0)
      • sukasuki2

        January 13, 2012 at 10:03 pm

        wlpn segmen lain..gen2 lg berat..satu lg tkde teknology cam toyota..

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. NUAR

    January 13, 2012 at 4:44 pm

    SATU PILIHAN YANG SUKAR,AVANZA QUALITY,JIMAT MINYAK DAN SERVIS,KEMAS, JENAMA TERPILIH.......TAPI EXORA JAUH LEBIH CANTIK, LEBIH LUAR, AKSESORI PUN AMAT MENARIK, LEBIH SELESA..
    MAU ANGKAT EXORALA..........

    Terbaik!(2)Booo~(1)
    • NUAR

      January 13, 2012 at 5:09 pm

      AVANZA NI SATU SAJA SAYA TAK BERAPA SUKA...TERLALU TINGGI SEDANGKAN LEBAR AGAK KECIL...........

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. boy

    January 13, 2012 at 5:00 pm

    aku pakai protonwira ok je..dah 10thn dah ada sampai sekarang.. loan dah lulus layan softturbo boost 0.75 bar by proton(kebanggan aku )

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • azlan

      August 22, 2014 at 9:08 am

      aku pakai iswara 1993 ok je x ada masalah dh habis semenanjung aku g JB Bukit Kayu Hitam.Dr Kelantan pai jb esok balik ikut KL-Gua Musang x ada masalah.Dr Kelantan ke cameron dulu x ada jalan ikut lojing aku ikut tapah x ada masalah.Skg jalan ikut lojing dh lama siap.aku g cameron h pas tu g makan tom yam kat bukit kayu itam balik x ada masalah.keta jenama lain byk aku tengok lepak kat tepi jalan.Baru lagi daripada keta aku.

      Apa yang penting penjagaan...
      Kereta aku still all ori
      cat ori
      enjin ori
      lain2 ori

      aku cuma tukar pakai sport rim ori waja first model
      Potong spring separuh lingkar bg low sikit
      cat line tepi n side mirror
      Minyak aku guna PETRONAS yang dikutuk tu
      Minyak injin aku guna Shell Helix botol kuning dr harga 30+++ pai skg harga naik 50++
      Dari Baru pai sekarang x ada masalah

      Tp keta aku tu park bawah garaj tpt keja dan kat rumah
      Walaupun skg aku dh beli Honda Civic,iswara tetap aku guna....

      X ada masalah

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  17. rostam

    January 13, 2012 at 7:00 pm

    Masing2 ada pendapat dan pandangan mengenai kedua2 brand ini, lebih2 lagi yang mempunyai pengalaman mengendalikan jenama tsb. Apapun melalui pengalaman saya brand Toyota la yang paling lasak dan sangat kurang karenahnya. Apapun dah ada penambahbaikan dilakukan oleh Toyota terhadap Avanza, tak kurang juga Exora oleh Proton. Cuma kan elok kalau Exora guna'Timing Chain', baru la lebih yakin...cuma pandangan je. Apapun MPV Avanza pilihan saya memandangkan pengalaman menggunakan brand ini...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • khairu diab

      January 13, 2012 at 7:10 pm

      lebih baik beli avanza dr myvi, harga pon x la jauh beza sgt, tp interest toyota avanza rendah, myvi interest tinggi, saya suka avanza ni sbb x bnyk kerenah, sbb skrg ni pon pkai avanza 2005 1.3 manual, mmg x bnyk kerenah sgt, cume bln 9 thun 2010 je wat hal, klac plate habis, so tukar kt bengkel biasa kena rm 700, yg len tu x de masalah sgt, cume yg kontra suspensi die yg agak kuat bumping, harap yg avanza baharu ni diperbaiki

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • salsabila

        January 13, 2012 at 8:56 pm

        teman rasa kereta kategori sedan atau kompak tak boleh dibandingkan dengan avanza sbb kedua-duanya dalam kategori berbeza.satu kereta kompak, satu mpv.tidak adil rasanya membandingkan kereta dengan mpv.begitu juga tidak adil jika kereta kompak dibandingkan dengan kategori sedan.sdr AKU, apa masalah exora.mari kita kongsi di sini.sejakbeberapa tahun kebelakangan ini teman dah cuba sedaya upaya untuk menganggap kereta-kereta keluaran proton semakin baik berbanding dahulu.tetapi cerita pendedahan sdr AKU, buat jadi goyah.so, harap sdr AKU dpt kongsi bersama.

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  18. yop

    January 14, 2012 at 3:35 am

    Bentuk Proton Exora ni macam gerabak keretapi dan gemok lah skit..
    sebab tulah dalaman sgt luas dan selesa..
    minggu lepas, org kedai electrik dtg rumah bawa Exora
    terkejut jg aku, diaorg nak angkut peti ais yg rosak utk repair, lg pun tu sebab sekarang dah banyak Proton Exora dijadikan Teksi..cuma bila nak masuk parking antara 2 kereta yg lain je, yg susah lah skit lama jg nak adjust betul2..tp hal kecil aje tu..
    saya pilih Proton Exora mmg ganas..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      January 14, 2012 at 9:00 am

      Mmm... dah nama pun MPV:)

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • MrDDR

      January 14, 2012 at 12:36 pm

      Sekarang rasa parking senang skit pasal ada reverse camera. Avanza ada? hehehhe

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. TOYOTA PUN TIPU

    February 3, 2012 at 12:53 pm

    salam

    saya ada pengalaman pahit tentang Avanza nak kongsi dgn forumer..

    tahun 2008 saya order avanza 1.5G Auto facelift. salesman kata akan dpt dlm masa seminggu sahaja. ok..fine..
    dlm masa sama, loan saya tak lulus2..padahal sblm ni x pernah ada masalah. 3 minggu kemudian baru ok. itu pun sy follow up setiap hari.Alasannya: boss x de nak approve?!

    dekat sebulan, dok tunggu2, x dpt2 lg avanza tu. bila tanya salesman, dia kata warna hijau yg sy pilih x de stok..tu sbb lmbt..ok..fine.. so, dia tunjuk kat saya warna lain. Dek kerana dah x sabar, sy ambil aje kereta 'baru' yg dia tunjuk kat stor dealer..hati penuh bunga sbb seronok dpt kreta baru..

    Allah maha kuasa, 2 bulan kemudian, pintu kereta saya kemek sbb kena himpit dgn sebuah kenderaan. x lah serius..cuma kena ketuk sikit dn cat dlm RM500.
    Episod sakit hati saya bermula di sini. Org bengkel tu tanya adakah kereta sy pernah accident sblm ni? sy tanya kenapa? dia kata, kat pintu kereta saya ada bekas accident..tp x dibaiki dgn kemas..so nmpak ketara bila diamati..
    masyaallah..bila dia ckp, sy baru perasan akan 'kecacatan tu'..konklusi saya :

    1. TOYOTA PENIPU! JANGAN PERCAYA SANGAT DGN PUAK2 NI! DAN JANGAN DOK AGUNGKAN SANGAT DEPA NIH!
    2. mungkin sebenarnya saya diberi kereta terpakai yg dah di 'touch up'
    3. kereta tu accident masa delivery..pastu dealer baiki sendiri..jual kat customer yg x prihatin mcm saya ni (tobat dah..pasni beli merc atau BMW pun saya akn bawa terus ke bengkel utk diorang buat pemeriksaan keseluruhan.)

    Bila saya buat report kat dealer, dia tuduh sy yg accidentkan kereta tu..bila tak puas hati..diorang minta saya ke headquarters..pastu prosedur birokrasi yg mcm2..dek kerana urusan kerja yg lebih mndesak, sy tak smpat nak uruskan dan pakai avanza tu dgn hati yg terbuku, geram..dsb..yg paling sakit hati..salesman tu terus lesap tak dpt dihubungi (chinese man)..
    saya berdoa, jika dia mmng berniat nak tipu..saya sumpah dia hidup merana sehingga dia mengaku kesalahan dia..

    The Moral of the story..
    1.JANGAN PERCAYA SGT DGN TOYOTA DEALER
    2. kereta baru yg kita beli tu..betul ke 'BARU' ?

    Semua forumer..sila hati-hati..for me, avanza tu dah ku tukar kepada EXORA BOLD PREMIUM!

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  20. Zaidi99

    February 8, 2012 at 9:35 pm

    Saya memang ingin membeli sbuah mpv,memandangkan fmly smakin ramai,Setelah buat post mortem dengan rakan2,searching internet,toyota avanza,drive d slekoh,agak bergoyang,lantaran body nya agak tinggi,ruang agak terhad,berbanding exora...so,pikir2..akhir nya sy tempah exora bolt baru,.itu pon stelah membuat kajian yg terperinci..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  21. kayrun

    May 2, 2012 at 8:12 pm

    saya pun tengah pk2 ni....kena test dua2 keta lah camni....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  22. peminat avanza

    May 10, 2012 at 7:29 pm

    mcm mnarik avanza niy,,,brminat la plak rasenye,,

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  23. saya

    June 25, 2012 at 4:43 am

    avanza baru ni mmg ada improve suspension dia.. depan dan belakang.. mmg selesa.. teknologi & ketahanan engin.. maintance avanza menang.. kita lihat 10 thn lagi avanza atau ezora yg masih gagah.. saya pilih avanza... hehehe...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • khairu diab

      July 2, 2012 at 9:34 pm

      confirm la avanza bro, tara avanza bapak aku yang first model tu pon, yang kuat bumping tu pon dh 7 tahun 6 bulan dah guna, ok je smpai skrg, steady je, 1.3 manual, dh bnyk jugak berjalan jauh dgn avanza tu, enjin stay masih ok lg, tahan tu walaupun x sepower exora, exora ni power pada enjin dgn handling je, tp kualiti hampeh, tgk rmai owner exora cfe mengeluh problem macam2 antaranya problem yg paling famous one way valve, pepagi stat enjin bunyi kreeeekkk mcm kete buruk, pe nama kualiti cmtu, x smpai stahun dh problem, enjin turbo ape cmtu, pastu macam2 lagi la problem yang aku dgr dr owner2 exora cfe, walaupun bleh claim waranty skali pon x kan la nk ke SC selalu, cummond la proton, masalah kualiti x abis2 lg ke, avanza yg handling x seberapa ni pun, yg lompat2 ni pun kualiti jauh lebih baik, klu aku diberi pilihan, baik aku vote avanza, biar lah handling dan suspension x seberapa, tp kualiti ok,

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  24. Along Bukit Beruntung

    July 3, 2012 at 11:32 am

    Semalam ternampak avanza baru nie kat giant taiping, membuatkan saya memandang dua kali.. bukan sbb lawa sangat tapi nak pastikan bodynya, sekali pandang macam kemik.. haha

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • khairu diab

      July 4, 2012 at 9:49 am

      body die mmg tgk mcm nampak kemek bro, bentuk baru ni aerodinamk ckit, mcm ala2 harrier, harga pon ok, harga mampu milik, biar lah suspensi dan handling kureng, janji kualiti, suspensi dgn handling tu klu pandai bleh wat sendiri kt kedai luar,

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  25. deen

    July 5, 2012 at 2:50 am

    Sebenarnya Exora dan Avanza bukan perbandingan sebenar meskinpun masing2 muat 7 org.. Exora adalah sebuah MPV, Avanza boleh saya katakan mini-mpv atau mcm Livina (ciri seakan mpv)

    Saya ada cerita dan pengalaman yg ingin dikongsi sebulan sebelum raya puasa 2011.. pada masa itu; 2 bulan saya sukar membuat pilihan utk memiliki sebuah kenderaan muat 7 org.. semua ruang internet (forum, artikel, majalah dan lain-lain) boleh dikatakan 90% saya belek..

    Apa yang saya cari ialah RUANG, Penyelenggaraan yang minima, alat ganti pada harga yang masuk akal, ketahanan, Pemanduan yang cemerlang, keupayaan memotong dgn tangkas, harga mampu bayar utk bulanan dan bentuk yang moden serta lain2 aksesori (pilihan kedua).

    Kenderaan 7 penumpang pilihan saya pada masa itu ialah 3 jenis ini iaitu Exora, Avanza dan Livina.

    Saya ringkaskan description 3 model di atas:

    Grand Livina: Harga mahal gila, ruang tak berapa besar, keupayaan enjin ada 2 variasi 1.6cc dan 1.8cc (sudah tentu 1.8 lagi berkuasa. Bentuknya lebih bagus berbanding Exora dan Avanza. Pemanduan 100% sama dgn kereta.

    Exora: Harga mampu milik, tapi interest bank tidak masuk akal utk kereta kebangsaan menyebabkan kalau dikira total harga body dan interest lebih baik ambil Avanza. Ruang penumpang amat selesa dan besar. Pickup.. ermm mengecewakan saya semasa test drive (baru naik 2 orang saya dan salesman.. kualiti plastic interior (ketuk2 dgn tangan, ini biasa). Penjimatan petrol, tidaklah terlalu kedarah. Bentuk gemuk, tapi menarik bila dan make-up. Alat ganti, semua kedai dijamin ada.

    Avanza: Kenderaan ini pernah aku pakai selama 1 bulan (abg ipar punya). Avanza 1.3 yg aku pakai (1.5 tak tau), suspension menyebabkan aku sgt mengantuk bila memandu, anak2 aku suruh aku bawa slow sebab suspension rasa mcm naik lori, pemanduan mcm ada yang tidak kena semasa meratah selekoh karak H/way. Minyak jimat? RM80 KL-Trg (560km) muatan penuh, tapi dah nyala2 sampai Dungun.. terpaksa isi takut habis tgh jalan sebelum tiba K. Trg (lagi 48km).. Aircond best sebab ada blower second row. Kualiti amat memuaskan. (Toyota maaa..). bila dan lebih 120km meter kelajuan.. enjin pun mengaum.. pickup dan hilang, Manakala Exora kalau 120km masih sedap lagi.. sehinggalah ke 150km/h..

    Agak2 apa yg saya tengah pakai sekarang ini? Setelah khatam 3 model ini, lalu saya telah pun memiliki Grand Livina 1.6 Manual yg terpakai sahaja. Balik kampung Cheras-K. terengganu petrol RM70.. masih ada baki suku dgn kemuatan penuh.. purata kelajuan H/way 140-160km/h dan jalan kampung 80 - 100km/h. Pickup memotong.. syok.. memandu ibarat kereta, ratah selekoh pun senang.. usia GL ini hampir 4 tahun belum ada masalah lagi. Satu jer tak best Livina, Aircond 10 - 15 minit baru rasa sejuk kesemua dalaman..

    Jadi, mereka ingin beli kenderaan 7 penumpang jgn pening kepala dan terpengaruh apa yg saya tuliskan tadi..

    Exora: Belilah untuk ruang supaya anak2 selesa.
    Avanza: Belilah untuk pakai lama dan lasak.
    Grand Livina: Belilah untuk Gaya, prestasi dan boleh pakai lama (cuma aku tak setuju pasal paling mahal berbanding Exora dan Avanza)..

    Terima kasih kerana membaca!!

    Terbaik!(1)Booo~(1)
    • khairu diab

      July 5, 2012 at 6:59 am

      klu avanza 1.3 mmg kurang sdap ckit, sbb ratio tinggi, klu 1.5 ratio die rendah ckit, better amik 1.5, grand livina plak dalam kategori kete seakan mpv, so far ok jgk, enjin power, cuma harga die agak mahal, tp ni info baru yg aku dpt dr kawan aku yg kerja sales advisor nissan, kemungkinan nissan nv200 vanette akan keluar versi penumpang(window van) dgn kapasiti enjin 1.6 liter, bleh naik 7 org penumpang, lebih selesa dr grand livina, harga pulak kemungkinan below rm80k, thun depan kot kemungkinan dijangka masuk model nissan nv200 vanette window van ni, ada 2 transmisi ditawarkan, manual dan auto, kemungkinan model ini akan memberi saingan hebat dgn avanza

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • farghmee

        July 5, 2012 at 9:50 am

        mmg menarik kalu info tu jd kenyataan :)

        kalu tgk panel van nv200, cm kecik je.
        tp dashbord nv200 mmg nmpk functional.

        nk kata nv200 akan rasa bes cm livina, aku rasa xkan sama punya.
        sbbnye: livina mpv, nv200 van.

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • kd

          July 5, 2012 at 8:38 pm

          insyaallah mmg jd kenyataan, sbb info dr sale advisor nissan, chasis nv200 vanette window van tu dh ada di malaysia, hanya body die je masih di jepun, kemungkinan thun depan baru masuk malaysia, mmg la, van ni akan rasa mcm avanza jgk la, ada olengan, tp enjin die 1.6, enjin sama dgn grand livina 1.6, ada blower aircond belakang mcm avanza, pstu guna front wheel drive, klu avanza rear wheel drive, suspension nv200 mmg la x sama mcm grand, sebab van, tp harap2 keluasan die sama la mcm avanza, dan

          Terbaik!(0)Booo~(0)
    • khairu diab

      July 5, 2012 at 7:05 am

      aircond grand livina ni klu nak lagi cepat sejuk smpai semua ruang snang je, lubang aircond bhg depan yg di tengah2 tu dua2 hala ke atas supaya pengudaraan cepat sampai ke semua ruang, klu x wat cmtu mmg lambat la sejuk, tp ambe minat grand livina ni sbb die mcm kete, pastu bila nk bawak laju steady je, mudah plak tu nk capai top speed, klu avanza ni die agak mengerang kuat sbb ratio tinggi, tp klu 1,5 rendah ckit ratio die

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  26. salsabila

    July 5, 2012 at 9:47 pm

    Bagi teman yang betul2 mpv yang ada di pasaran ialah Hyundai Starex sebab jika ada 8 atau 9 orang ahli keluarga 100 peratus amat selesa untuk perjalanan jauh sebab semua ahli keluarga tidak perlu berhimpit. Tetapi harga mungkin menjadi faktor orang berfikir berkali - kali untuk membelinya.
    Maka tinggalah Nissan Livina, Toyota Innova , Toyota Avanza serta sudah tentunya Proton Exora yang tinggal sebagai pertaruhan bagi rakyat kebanyakan untuk membelinya. Akibatnya membuat perbandingan di antara ke empat -empat model tesebutsudah tentu memeningkan kepala. Banyak faktor tentunya akan di pertimbangkan. Bagi teman yang mempunyai 8 orang ahli keluarga sudah tentu Innova menjadi idaman. Di antara ke empat - empat model berkenaan bagi teman hanya Innova yang terbaik dari segi ruang dan keselesaan penumpang. Tetapi faktor harga pula menjadi penghalang.
    Grand Livina pula memang ternyata sedap dipandu di antara ke empat - empat model tadi. Di tambah pula dengan penjimatan bahan bakar.Tetapi bagi teman ruang tetap jadi penghalang. Di samping itu, kedudukan blower air cond untuk penumpang belakang membuatkan teman 'reject' Grand Livina walaupun faktor harga masih boleh dipertimbangkan.
    Avanza pula bagi teman tetap 'kalah' dengan ruang. Walaupun kedudukan air cond untuk penumpang belakang, berada di kedudukan yang sepatutnya diletakkan dan harga yang boleh dikira dalam kemampuan teman, tapi tetap terkeluar dari senarai mpv pilihan teman.
    Manakala Exora pula walaupun menawarkan ruang yang lebih baik dari Livina dan Avanza serta kedudukan air cond belakang yang menarik, faktor harga sekali lagi seakan membantutkan hasrat teman untuk memiliki mpv. Harga bagi Exora Bold CFE ialah 80K. Manakala harga bagi Innova E spec ialah 96k.Hendak membeli Exora CPS banyak sangat rungutan mengenai kurang kuasa. Jika dibandingkan pula antara Innova dengan Exora, teman tetap memilih Innova di atas faktor ruang.
    Tetapi, bila ada ura - ura mengatakan NV200 versi penumpang akan di pasarkan di Malaysia teman rasa akan menangguhkan dulu hasrat membeli mpv sehingga NV200 dilancarkan.
    Oh ya,teman paling tidak suka bila membaca ayat ' untuk mendapatkan ruang yang lebih, kerusi ke tiga boleh dilipatkan ' dalam ulasan - ulasan mengenai mpv. Kalau kerusi telah dilipatkan bermakna tinggal 4 atau 5 sahaja tempat untuk duduk. Kalau gitu lebih baik guna kereta.Bagi teman, mpv sepatutnyalah digunakan untuk membawa ahli keluarga yang ramai, dan bila ramai sudah tentunya kerusi tidak perlu dilipatkan. Dan bila ramai juga sudah tentulah barangan yang dibawa juga banyak ( terutama untuk perjalanan jarak jauh ) . Jadi, di manakah hendak diletakkan barangan yang banyak itu? Jawapannya ialah Hyundai Starex..the real mpv.
    Maaf jika semua yang teman kata tak benar. semua yang teman nyatakan di atas adalah pendapat peribadi teman yang tak seberapa....yang belajar tak tinggi.....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • kd

      July 5, 2012 at 10:09 pm

      haha, benar tu salsabila, kalu mampu rembat je starex, 2.5 crdi turbodiesel, luas pon luas, dh mcm bas, tp kena ready la maintenance die, member aku pkai starex, skali servis mau dkat seribu jgk la, innova luas tp tinggi la, gayat klu bawak, bek starex rendah lg dr innova, pepon tunggu nv200 vanette window van kluar dulu,

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  27. eirin

    July 23, 2012 at 9:35 pm

    Bagi aku , aku serahkan sendiri pada anak-anak aku untuk memilih sendiri kereta MPV yang mereka mahukan.Aku cuma jadi tukang bayar dan bawak mereka je..hehehe....aku bagi anak-anak aku buat pilihan,kak ngah aku guna Avanza 1.5 auto,anak aku yang sulung dah naik,so die sendiri buat keputusan. Setakat exora,banyak kali dah die naik,Exora kerajaan yang selalu bawak wife aku selalu dia naik dalam kawasan klinik. So anak aku tahu macam mana. Bulan 5/2012 yang lalu,aku test drive Exora Premium di Seremban,mula-mula dia memang seronok,lepas tu dia macam diam saja. Bulan 7/2012 aku bawak anak-anak aku gi Nissan Showroom di Seremban,lepas mereka naik GRAND LIVINA 1.6,mereka terus cakap," papa,kite ambik je la kereta ni". Terus aku bayar deposit RM500 . Harga memang kalau ikut,masa tu je aku lari ikut pintu belakang,tapi dek kerana aku pun selalu guna kereta Nissan,Nissan Vanette ( kenderaan TM aku ler )so aku pun terus sambar...Esoknyer salesman tu terus masuk loan,pagi lusa pihak bank telefon tanya aku macam-macam soalan,petang terus loan aku lulus tanpa penjamin.Syukur.
    Ni kereta aku dah siap, cuma aku je malas nak ambik awa-awal. saja tunggu stok raya,,hehehehe...Salesman tu mendidik je dengan aku sebab down payment dah dibayar,duit book no plat pun dah dibayar,duit tinted pun dah dibayar...aku je tak beri green light kat salesman suruh register kat JPJ....hahahaha...Bukan apa nak tunggu plat NCS,,,,hehehehehe.....aku tak minat sangat dengan Exora ni....kereta buatan nasional,banyak masalah aku dengar.....bile ckp kat mereka....mereka buat tak tahu je,bagi aku la,kalau dapat yang baik,cuma 35% je.yang lain ..mmmmm...fikir la sendiri.Sedangkan kereta test drive pun bergegar absorbernya..hahahaha...saya tidak la berniat nak menyinggung hati pemilik Exora,cuma ini pandangan saya,saya selalu pergi ke Cameron Highland,ada la nmpak 2 buah Exora merangkak rangkak naik ikut jalan Tapah,siap bagi lampu signal suruh saya potong,senang senang Kenari aerosport saya 1.0 ,tahun 2005 potong...hahahaha....jadi pilihan ada ditangan anda sendiri......
    Maaf la,,ini hanya pandangan saya sendiri.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • azlan

      August 22, 2014 at 8:47 am

      ni belum naik estima bang oi x payah cerita.tu lain kelas....

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  28. zull banting

    August 20, 2014 at 7:13 am

    Salam,maksud khairul dari segi bumping avanza nie mmg ada mslh ckit la..sbb sy dlm penilaian untuk ambil avanza baru..dan sy cuba terjah ke dlm laman pendapat nie,apa kata pengguna setia avanza.,.rasa khairul dgn keluaran baru new avanza nie..pihak toyota dh buat upgrade ke atas suspension belakang..sbb komen2 dr pengguna avanza penumpang yg duduk blkg terasa beralun dan berayun..sy masih tertnya...an tertunggu dr jwpn pengguna setia avanza dr dulu..t.kasih

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>