Varian terbaru Perodua Alza SR diperkenal mulai esok

Enjin Perodua Alza Varian terbaru Perodua Alza SR diperkenal mulai esokEnjin 1.5L DVVT pada Perodua Alza memberikan tahap kecekapan terbaik

Perodua akan memperkenalkan varian terbaru Perodua Alza SR (Smart Ride) mulai esok dan tempahan boleh dibuat di mana-mana pusat edaran berdekatan. Kelebihan varian terbaru ini ialah ia ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding varian sedia ada, membuktikan komitmen Perodua dalam menawarkan produk lebih mampu milik untuk semua golongan pelanggannya.

Harga Perodua Alza SR versi transmisi manual dijangkakan sekitar RM53k, manakala versi automatik kira-kira RM56k. Harganya lebih murah kira-kira RM2000.00 lebih berbanding varian standard sedia ada. Maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi dan imej akan menyusul selepas ini.

p/s : Perodua Alza semakin murah, terima kasih kepada Perodua. Selepas ini tentu ramai yang sukar membuat pilihan sama ada hendak membeli Perodua Myvi 1.5 atau sebuah MPV Alza.

Comments

  1. kena jual murah ler sbb xberapa nak laku….

  2. Ape la spareparts yang Perodua buang ni sampai boleh kasi murah?

    Makin lightweight kereta, tapi tak buat crashtest…selamat ke?

    nisbah berat kereta tu stabil ke?

    bnyk nampak Exora skrg kat jalan walau on paper sales Alza lagi kencang..

  3. bagaimana dgn safety?
    aku tak yakin dgn struktur body alza..

  4. murah sbb dengarnya, ini ALZA basic spec. tiada airbag, tiada ABS.

    tapi bila diberi nama variant Smart Ride, customer akan “terpukau” dan lupa bahawa ini hanyalah Alza yang di downgrade sedikit untuk mendapat harga mampu milik tersebut.

    Perodua pun dah ambil langkah seperti PROTON yg tawarkan basic line utk Exora. setuju?

  5. sebelum ni kita….tgk alza bila exciden jadi myvi mcm dlm gambar ni
    http://prodas.wordpress.com/2010/03/31/perodua-alza-accident/

    …pasni jgn hairan la plak alza jadi viva pulak….hehehe

  6. Aneh…. tiada airbag? bukan dah wajib ke mula tahun ni?
    apa2 pun kena tgu dan lihat… tapi beza harga 2 ribu macam bodoh sangat la…. kalau tak silap kalau beli hujung tahun ada cash rebat dapat jugak dalam RM1500 ke RM2000 kan?? kan??

  7. x pyh la gadoh.. bli atau tidak trplg dgn pengguna la.. malas jugak melayan komen yg negatif..
    tapi bila proton or perodua nak upgrade? kereta korea lagi sudah maju ke depan.. huhu

  8. Apa yg WOW Factor dkat alza SR ni?…kalau stakat downgrade spec dan murah skit, tak jd apa jugak kan?….tkpe, tgu esk launch….

  9. x murah mana, mahal jugak,

  10. KETA NI TAK BERAPA LAKU….SPEC BANYAK YG DIKURANGKAN..MUNGKIN BODY DIRINGANKAN…… TAK BEST KETA NI MCM VEN…MEMBOSANKAN

  11. sebelum membuat kenyataan sila semak betul2 spec kereta ni…
    mmg alza sr tiada abs,airbag sbb kereta ni di ambil drpd spec alza standard yg memang tidak mempunyai abs dan airbag…kalu nak ada airbag dan abs kena ambil versi premium..adoooiiii..jgn lah terkejut sgt..takkan lah harga kereta da murah tp nak spec mcm premium…
    apa yg membezakan alza sr dan alza standard ialah bg tranmisi Auto SR center armrest telah dibuang dan digantikan dgn handbrake, rear wipper pn takde, UV protected glass hanya cermin depan sahaja (versi standard semua cermin),Door mirror manual jer (versi sebelum ni guna electric)..yg lain2 korang cari sendiri lah
    Ingat buat perbandingan Alza SR dgn Alza Standard…bukan dengan Alza Premium..

  12. SANTET TERBANG says:

    VEN DENGAN ALZA NI KIRA SAUDARA LE…APA SPEC YG ADA KAT VEN ADA KAT ALZA…PEEEE HANYUT butang kawalan audio di roda stereng PUN TAK DE…BENGONG..BAIK ALZA TAK YAH LETAK CERMIN,LETAK RODA,LETAK ENJIN…KHAKHAKHA..NAK MURAH..AMBIK KAU…MACAM PANDU TONG YANG BERODA..KHAKHAKHAKHA

  13. PUTERI CHANTEK says:

    teruknya kereta ni…kereta murah…low profail

  14. dengan harga RM53k-56k nie x murah lah putri chantek.. dgn harga nie klu kerajaan xkenakan cukai utk kereta import dah boleh beli kereta Mitsubishi ASX 2.0 lar.. nape ko x ckp keta ASX nie pun keta murah..

  15. Nampak mcm vios punya strategi.. ramai nk pakai vois, tapi payslip sangkut x lepas loan… jadi UMW downgrade kuar vois J lebih murah… dan sales dia pun jalan…
    tapi kalau ikutkan crita salesman versi kosong mcm nih la org ramai beli… mcm persona elegance b-line

  16. Saya bru je Dpt alza Sr da ada airbag pun kat streeng n dashboard

  17. penipu jer…mahal harga kereta kat malaysia nih..da la tu terlalu byk spec..setiap spec byk sgt perbezaan harga..pening2..cuba masok pasaran US dengan spec SR ni..boleh lepas x???????????…rasanya xsmpat masok kedai diaorang da demo dengan macam2 bende…

Speak Your Mind

*