Gambar-gambar terbaru Proton Iswara 'makeover' oleh R3 - Arena Kereta

Gambar-gambar terbaru Proton Iswara ‘makeover’ oleh R3

Laman Facebook rasmi Proton Holdings Berhad sekali lagi memuat naik beberapa keping gambar terbaru Proton Iswara bertuah yang terpilih untuk proses ‘makeover’ oleh R3. Melihat kepada gambar-gambar tersebut, boleh dikatakan ia hampir siap sepenuhnya, mungkin akan diserahkan kepada pemiliknya Norzamzarini Mohd Bajuri dalam tempoh beberapa hari lagi. 

Bahagian interior bagi saya cukup menarik setelah direstorasi sepenuhnya oleh pasukan R3, dengan tempat duduknya kini menerima kemasan terbaru dengan sentuhan jalur berwarna oren. Saya tidak pasti pula sama ada balutan tempat duduk diperbuat daripada fabrik atau pun kulit. Paling menarik perhatian sudah pastinya sport rim R3 yang kelihatan cukup ‘masuk’ dengan penampilan terbaru Iswara berwarna oren/jingga itu.

Terbaik!(12)Booo~(2)

4 Comments

  1. ferd

    February 17, 2012 at 8:20 pm

    Tahniah kpd pemilik kereta R3 the best!!!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. mohd hafis

    February 17, 2012 at 8:39 pm

    tunggu panel meter ,
    engine bay pula hehe

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. evodana

    February 19, 2012 at 8:07 am

    xde ke owner perdana yang dapat masuk ? suma keta bwh 2.0..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. md hafiz sahal

    October 30, 2013 at 8:47 pm

    SAGA ISWARA KAWASAN KUCHING SARAWAK LAYAK KAH DAPAT MAKEOVER OLEH R3? MACAM MANA NAK JOIN!

    Terbaik!(1)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>