Lagenda Super Saga imbas kehebatan Proton

Terharu sungguh apabila melihat video klip YouTube bertajuk “Tribute For Super Saga” ini, tak sangka Proton dulu-dulu sekitar lewat 90-an memang hebat. Inilah pertama kali saya dapat tahu yang Petronas EON Racing Team (PERT) dulu ada bersaing dalam kejohanan perlumbaan di litar menggunakan kereta Saga yang dikenali dengan nama Proton Super Saga. Memang lagenda dan nostalgia sungguh time tu, saya pun kecil lagi, baru sekolah rendah.

proton super saga 006 Lagenda Super Saga imbas kehebatan Proton

Jadi kepada rakyat Malaysia yang selama ini asyik mengkritik Proton sahaja, anda semua patut lihat klip video di atas, dan juga melihat keratan akhbar yang menceritakan tentang kehebatan sebuah Super Saga sedikit masa lalu. Cuma saya hairan, kenapa pihak Proton tidak menyimpan dengan baik kereta-kereta perlumbaan lagenda tersebut, sayang pulak bila ianya dibiarkan mereput macam tu saja. Kalau letak dalam muzium kan bagus, sekurang-kurangnya generasi sekarang ni akan tahu menghargai jenama Proton.

proton super saga 008 Lagenda Super Saga imbas kehebatan Proton

p/s : Saya rasa bertuah kerana berpengalaman memiliki sebuah Proton Saga Magma 1.5 sedikit masa dulu, kerana kaitannya dengan Super Saga. Sumber klip video dan gambar-gambar di atas kredit kepada Lowyat.net, Hanifah Yoong Yin Fah dan Syazwan Zainal.

Comments

  1. masa kecik2 x pernah tau pn ad proton masuk race. bukan calang2 tu kereta dalam track..

  2. Aku pernah tengok dulu masa kecik-kecik kereta Proton Saga Aeroback (Proton Night) mengambil idea dari drama bersiri ‘Night Rider’..Fuh masa tu bangga giler tengok kereta nasional buat aksi-aksi ngeri dengan meluncur laju mengguna 2 tayar sambil menyendeng body kereta… Kini tinggal kenangan, antara zaman kegemilangan Proton waktu itu…

  3. ameer izkandar says:

    aku time 2 pon kcik lg.. tak tau ape2… but this make me love proton.. now aku sdanr nape keluarge aku smua pakai proton, padahal mmpu utk memiliki kereta selain proton.. n my father sgt2 syg kat saga dia magma 1.5
    .. :)

  4. Team R3 need to do something!!!

    Macam Herbie pulak bila tgk Super Saga ni, kereta pun ada jiwa..

  5. hahaha, yg dpn skali tu nsx kn? gile babeng la proton.

  6. kalo nk lg bukti kehebatan proton. tngok la cite jackie chan. tajuk die thunderbolt. yg die race pakai evo 3, pstu die tuka pkai mitsu gt3000. dlm final race tu, ade sbijik wira. mmg tpampang logo proton kt bonet tu. tp dlm cite tu , kete wira tu eksiden la.

  7. bangga… legend… kene save gambar ni.. kene share kt facebook.. ramai budak2 skrg tak tau..

  8. kat EON HQ glenmarie ada lagi diorg simpan Wira PERT.. Petronas Eon Racing Team.. tp kt luar sebelah kiri bangunan.. esok aku amik gambar..

  9. byk la keta proton lg legend2,saga yang masuk rally? ada,cuba carik…simpan la keta2 mcm ni ,masuk muzium proton sendiri,biar org tengok dari awal…tgk mcm ford,suma keta dia,rally ke,race ape ke suma dia simpan,(diorg ada muzium sendiri kat uk,ramai xtau,all daily driven!)..fikirkan..

  10. enjin magma twin weber.. boleh jadi resepi drag ni

  11. anak2 muda skrng mn kenal saga.vios dia tau la.hahaha..

  12. Proton Satria Neo pernah di hina oleh Top Gear.
    tapi video ini sebalik nya

  13. hehe, bro AK. bro Nazz x send lg ke gmbr wira pert tu? dh stim ni nk usha. dh 2hari rse nye saya tunggu. hri2 lwt page ni xde pn lg. hehe

  14. keta masih ada simpan, bole tanye matspeed

Speak Your Mind

*