Nissan Sylphy 2012 kini tampil dengan kemaskini terbaru lebih bergaya - Arena Kereta

Nissan Sylphy 2012 kini tampil dengan kemaskini terbaru lebih bergaya

Sewaktu ditawarkan sesi pandu uji mana-mana kenderaan Nissan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini, model pertama yang terlintas di fikiran saya ketika itu ialah Nissan Sylphy. Sungguh saya tertarik dengan model sedan Sylphy sejak kali pertama ia diperkenalkan di pasaran tempatan tidak lama dahulu.

Namun disebabkan status saya sebagai penulis blog automotif secara sambilan dan beroperasi pula di kawasan utara, agak sukar untuk saya mendapatkan unit pandu uji Nissan Sylphy yang berada di kawasan Lembah Kelang. ETCM menawarkan saya tempoh beberapa hari untuk menguji mana-mana model Nissan, mungkin jika ada masa yang sesuai dan kelapangan, saya akan berpeluang memandu uji Nissan Sylphy tidak lama lagi.

Menariknya ketika ini ialah Nissan Sylphy sudah pun sampai ke fasa kemaskini terbaru penampilan luaran dan dalamannya agar kelihatan lebih bergaya dan sporty. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Nissan Sylphy 2012 baharu, teruskan bacaan anda melalui siaran akhbar rasmi yang diterbitkan oleh ETCM seperti di bawah;

ETCM PERKENAL NISSAN SYLPHY 2012

KUALA LUMPUR (9 Mac 2012) – Dalam tempoh hampir empat tahun Nissan SYLPHY berada di pasaran Malaysia, ia telah memperkenalkan kepada beribu-ribu pengguna tempatan satu tahap baharu berkaitan keselesaan dan kehalusan buatan dalam segmen sedan saiz sederhana. Sebagai bukti ia merupakan pilihan paling berbaloi dalam kelasnya, model tersebut telah dipilih oleh majalah AUTOCAR ASEAN selaku penerima anugerah Overall Car of the Year tidak lama selepas ia dilancarkan di Malaysia.

Kini, bagi tahun 2012, Nissan SYLPHY melangkah setapak ke hadapan menerusi penambahbaikan yang meningkatkan lagi penampilan luarannya dan memberi lebih nilai wang kepada pelanggan. Nissan SYLPHY 2012 hadir dalam versi 2.0XL dan 2.0XV untuk memenuhi keperluan serta bajet pembeli yang berbeza.

“Nissan tidak membiarkan model-modelnya menjadi membosankan. Malah ia terus menawarkan model yang ditambahbaik bagi menjadikannya lebih segar. Kami yakin bahawa Nissan SYLPHY 2012 baharu mampu memenangi hati lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya golongan eksekutif muda yang mahukan sebuah sedan menarik dan berbaloi untuk dimiliki,” kata Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Sungguhpun rekabentuk keseluruhan yang kemas masih dikekalkan, model itu telah dipasang dengan bampar hadapan dan belakang baharu. Gril krom dengan rekabentuk lebih garang serta lampu hadapan dan belakang yang telah diperbaharui ternyata menyempurnakan lagi gayanya. Demi memenuhi citarasa pelanggan yang berbeza, lima warna telah dipilih khas untuk menyerlahkan imej moden Nissan SYLPHY. Warna-warna itu ialah Bronze Gold (emas), Tungsten Silver (perak), Sapphire Black (hitam), Twilight Grey (kelabu) dan Brilliant White (putih).

Nissan SYLPHY 2012 dikuasakan oleh unit enjin aluminium sepenuhnya MR20DE 2.0 liter empat silinder DOHC 16 injap bersama teknologi Drive-by-Wire bagi maklum balas lebih baik. Menerusi ECCS, electronic fuel injection system dan continuously variable valve timing control (CVTC), enjin yang terbukti bagus ini menawarkan penggunaan bahan api menakjubkan dengan prestasi tidak kurang dari 133ps dan tork 191Nm.

Enjin itu dipadankan dengan transmisi Xtronic Continuously Variable Transmission (X-CVT) generasi ketiga buatan Nissan. Kombinasi itu memberikan penjimatan bahan api mengagumkan dan pecutan penuh kuasa.

Kedua-dua versi tersebut memiliki ruang dalaman berwarna hitam dipadankan dengan kemasan kayu. Ia turut hadir dengan rekabentuk meter bulat berwarna perak yang menempatkan satu paparan Multi-Information Display. Ruang kabin juga dilengkapi sistem audio baharu dengan input MP3 dan Auxiliary.

Untuk kemudahan pemandu, cermin sisinya boleh dilipat dengan hanya menekan satu butang. Sementara sistem pendingin hawa (kini dengan paparan suhu) mempunyai setting automatik untuk mengekalkan suhu yang diingini di dalam kabin. Semua penumpang juga pasti terharu dengan keselesaan yang dialami menerusi fabrik tempat duduk Masumi dan konsep tempat duduk belakang yang seperti sebuah sofa.

SYLPHY 2.0XV dipasang dengan rim aloi tujuh jejari bersaiz 16 inci, kunci pintar (i-Key), sistem start/stop dan stereng yang dibalut kulit bersama butang kawalan audio.

SYLPHY 2.0XV juga memiliki lampu utama jenis projektor bi-xenon bersama Active Front-lighting System (AFS), sekali gus menjadikannya satu-satunya kereta dalam kelasnya di Malaysia yang menawarkan ciri keselamatan sebegitu. Sistem lampu yang boleh dikawal secara manual itu menawarkan suluhan jauh dan berkuasa, selain kecerahan optimum dalam semua kondisi cuaca.

Menyentuh soal keselamatan, Nissan SYLPHY 2012 juga dilengkapi dua beg udara SRS di bahagian hadapan, tali pinggang keledar pra-regangan, ciri Active Head Restraints pada tempat duduk hadapan serta binaan kerangka Zone Body yang mempunyai zon remuk pada bahagian hadapan dan belakangnya. Sistem lampu automatik pula akan menyalakan lampu utama secara automatik apabila kondisi cahaya semakin gelap (misalnya ketika memasuki ruang parkir dalam bangunan).

Nissan SYLPHY 2012 ditawarkan pada harga di atas jalan RM114,880.00 bagi varian 2.0XL dan RM124,880.00 untuk model 2.0XV. Harga itu termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan di Semenanjung Malaysia. Untuk satu tempoh terhad, semua pembeli juga akan memperoleh satu aerokit baharu dengan setiap pembelian SYLPHY baharu.

ETCM kini menawarkan jaminan tiga tahun atau perbatuan 100,000 km (mana-mana tiba dahulu), di samping kadar faedah rendah bermula dari 2.50% setahun, tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat lanjut, sila hubungi Customer Service Hotline kami di talian 1800-88-8368 (toll-free) atau layari laman web www.nissan.com.my. Pandu uji boleh diatur di bilik-bilik pameran Nissan yang sah di seluruh negara.

Terbaik!(0)Booo~(0)

14 Comments

  1. khairu diab

    March 10, 2012 at 1:08 am

    yg ni baru complete sylphy, sebelum ni sylphy simple sgt, minat tgk sylphy ni, sound proofing yg mantap, mmg senyap giller2

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. tut

    March 11, 2012 at 3:17 pm

    Terbaik... dah test....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. mut mut

    March 11, 2012 at 11:58 pm

    mmg menarik dan terbaek....engine senyap & good finishing interior jika nk compare ngn toyota tp harga murah....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. mohd saufi

    March 12, 2012 at 6:41 pm

    nak trade in wish lah..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. khairu diab

    April 17, 2012 at 12:43 pm

    yg menarik nye kete2 nissan ni die punya seat depan driver dan seat depan penumpang die, duduk lama2 pown x rasa lenguh, klu kete lain duduk lama2 dh rasa lenguh

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. abdul rahim basri

    April 30, 2012 at 12:30 am

    pemanduan yang selesa, rpm 3000 speed 148 km, injin senyap

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • kd

      May 13, 2012 at 6:48 pm

      perh, trbaik tu rpm rendah pergi bnyk tu, patutla ada owner2 ckp sylphy leh tapau toyota camry 2.0,

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. abe

    May 13, 2012 at 8:41 pm

    serius...... nissan silpi nie ad pawer jimat pun ad .....rpm rendah pade kelajuan tinggi

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • kd

      May 16, 2012 at 12:16 am

      semua kereta nissan direka sebegitu rupa, rpm rendah pada kelajuan tinggi, enjin diorang terbukti baik, maintenance pon x truk, jarang dgr enjin kereta2 nissan yg kena overhaul,

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • kd

      May 16, 2012 at 12:20 am

      satu lg yg menyebabkan sylphy power ialah body die yg agak ringan sedikit, ngam plak tu dgn enjin die, MR20DE beserta transmisi Xtronic cvt yg terbukti bagus dari segi penjimatan minyak, mmg berbaloi klu ambil sylphy, x heranlah knapa sylphy skrg ni lg bnyk di atas jalan berbanding civic dgn altis,

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • kd

        May 16, 2012 at 12:22 am

        klu di singapore sylphy ada version 1.5 dgn 2.0, mungkin body die ngam jugak utk enjin 1.5 jgk beserta transmisi 4 speed auto,

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. Din

    January 16, 2013 at 6:45 pm

    Nissan Sylphy ni adalah kereta keluarga yang tarbaik.Perjimatan minyak mengkagumkan dan ruang yang luas.Amat selesa untuk pemanduan jauh dan dekat.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. DIN

    February 1, 2013 at 1:26 pm

    Nissan Sylphy memang terbaik.Saya dah guna setahun dan cukup berbaloi.Minyak jimat,ruang dalam luas,bonet luas dan harga murah berbanding honda dan toyota.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. samad bin din

    March 31, 2014 at 8:03 pm

    mmg terbaik la nissan sylphy ni.sedap sungguh bila memandu

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>