Honda Malaysia lancar Jazz Hybrid – RM94,800.00 OTR

Honda Malaysia membuka satu lagi lembaran baru dalam menjadikan alam sekitar di negara kita lebih bersih apabila melancarkan model yang dinanti-nantikan Jazz Hybrid kelmarin.

Setakat ini Honda Malaysia telah menawarkan empat model hibrid kepada rakyat Malaysia, antara yang terawal ialah Honda Civic Hybrid, kemudiannya diikuti model Insight, kereta sport CR-Z, dan yang terkini ialah Jazz Hybrid. Berkenaan Civic Hybrid, rasanya model tersebut telah dihentikan edarannya apabila model Insight mula diperkenalkan sejak hampir 2 tahun yang lalu.

Seperti mana pernah saya laporkan dahulu, Honda Jazz Hybrid yang mesra alam itu menggunakan enjin petrol bersesaran 1.3 liter i-VTEC yang dibantu sistem hibrid IMA, sama seperti yang terdapat pada model Insight. Untuk membaca post terdahulu berkenaan Honda Jazz Hybrid, anda boleh klik di sini dan di sini.

Berbanding model Jazz biasa dengan enjin 1.5 liter, versi hibrid menawarkan penjimatan yang lebih baik tahap penggunaan bahan api kira-kira 30 peratus, dan yang paling menarik sekali ialah berkenaan harga yang ditawarkan. Menurut Honda Malaysia, Jazz Hybrid dijual pada harga lebih rendah iaitu RM94,800.00 (atas jalan dengan insuran), berbanding harga Jazz biasa sebanyak RM109,813.50 (atas jalan dengan insuran).

Antara ciri-ciri keselamatan yang melengkapi Jazz Hybrid termasuklah enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Hill Start Assist, G-Force Control Technology (G-CON), Front Pretensioner Seatbelts, dan pelbagai lagi.

Honda Jazz Hybrid yang mempunyai tempat duduk selesa untuk lima orang itu ditawarkan dalam lima warna menarik untuk pilihan pelanggan, antaranya ialah Fresh Lime Metallic (Hijau), Alabaster Silver Metallic (Perak), Milano Red (Merah),  Crystal Black Pearl (Hitam) dan Taffeta White (Putih).

Untuk ketenangan fikiran, Honda Malaysia menawarkan jaminan kepada pek bateri sistem hibridnya selama tempoh 5 tahun atau 140,000 km jarak perbatuan, yang mana lebih dahulu. Selain itu pakej servis percuma selama 6 bulan atau 100,000 km jarak perbatuan turut ditawarkan.

Dengan bermulanya penjualan Honda Jazz Hybrid pada harga RM94,800.00 (OTR dengan insuran), bermakna itulah model hibrid paling murah dijual di Malaysia ketika ini.

Terbaik!(10)Booo~(10)

5 Comments

  1. Ariff

    March 16, 2012 at 10:11 pm

    Waduh..harga melepasi jangkaan awal..95k..inspira n forte 2.0 dah dapat..mahal bedey..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. MrDDR

    March 17, 2012 at 3:54 pm

    Nak kata tax kena sampai 300% tak jugak. Nak kata pasai proton tak juga. Tapi kenapa kereta nih 95k arrr?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. MrDDR

    March 17, 2012 at 3:55 pm

    Nak kata kena tax 300% tak juga. Nak kata pasal proton tak juga. Tapi kenapa kereta nih 95k arr??

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. keta_lama

    March 17, 2012 at 8:02 pm

    kereta yang bagus tetapi tampa duti eksais pun harga masih mengila....ketamakan kerajaan dan pengedar terserlah....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. izan

    March 17, 2012 at 11:30 pm

    Keta ni mmg mahal la.. Tapi tak bagus pun. Kos untuk tukar bateri hybrid lebih kurang rm8000. Tu yg aku tak jadi beli insight tu. Nak lagi bagus beli diesel car. Sama jimat je ngan hybrid minyak dia. Ford focus satu tank 55liter boleh drive sampai 1000km. Takyah nak pikir harga bateri hybrid yg mahal..

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>