Chevrolet Colorado dilancarkan di pasaran Malaysia

Naza Quest Sdn. Bhd., pengedar rasmi kenderaan berjenama Chevrolet di Malaysia akhirnya telah menamatkan penantian yang agak lama apabila melancarkan model baharu trak pikap Colorado kelmarin.

Ditawarkan dalam tiga varian dengan enjin diesel bersesaran 2.5 liter dan 2.8 liter, model tersebut sudah dibuka tempahannya di seluruh negara dengan jaduan penghantaran kepada pelanggan akan bermula pada April 2012.

Untuk pasaran Malaysia, buat masa ini Colorado hanya tersedia dalam versi double-cab sahaja. Bagi varian Chevrolet Colorado 2.5 L LT (Manual) dengan kuasa 150hp dan 350Nm tork, ia didatangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan tanpa automatik, begitu juga dengan varian 2.8 L LT (Manual)  yang mempunyai kuasa 180hp dan 440Nm.

Seterusnya varian paling atas 2.8 L LTZ (Automatik) hadir dengan kuasa lebih tinggi sebanyak 180hp dan tork maksimum setinggi 470Nm, dipadankan bersama-sama transmisi automatik 6-kelajuan dengan Shiftronic.

Harga untuk Colorado 2.5 L LT (Manual) ditetapkan sebanyak RM90,267.00, seterusnya RM96,008.00 untuk varian 2.8 L LT (Manual), dan RM106,008.00 untuk varian tertinggi 2.8 L LTZ (Automatik). Kesemua harga tersebut merupakan harga di atas jalan (on the road price) tanpa insuran.

Ciri-ciri dan spesifikasi Chevrolet Colorado :

  • Rim Aloi 17 inci
  • Kawalan Halaju
  • Lampu Depan Projektor dengan Bantuan Penyelarasan
  • Lampu Belakang LED
  • Bantuan Brek Kecemasan
  • Pengagihan Brek Elektronik
  • Kawalan Brek Selekoh
  • Beg Udara untuk Pemandu dan Penumpang
  • Pusat Informasi Pemandu
  • USB, CD / MP3 & Bluetooth
  • 6 Pembesar Suara
  • Kawalan Suhu Eletronik
Terbaik!(2)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>