Mitsubishi Motors Malaysia perkenal model Triton LITE Turbo - Arena Kereta

Mitsubishi Motors Malaysia perkenal model Triton LITE Turbo

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memperkenalkan varian terbaru trak pikap Triton LITE Turbo (2.5 liter 4×2 Manual) yang kini didatangkan dengan kuasa enjin lebih bertenaga. Model yang diimport sepenuhnya itu dilengkapi enjin diesel 2.5 liter SOHC IDI Turbocharged yang dibantu sistem pengecas turbo, membolehkannya menghasilkan kuasa kuda setinggi 89ps@4,000rpm dan tork maksimum mencecah 196Nm@2,000rpm. 

Triton LITE Turbo menampilkan rekaan bergaya seakan-akan sebuah sedan, disegarkan lagi dengan penggunaan rim aloi 15 inci, kemasan krom pada cermin sisi dan pemegang pintu, serta pelekat LITE Turbo yang sepadan dengan ciri keselesaan dan reka bentuk serba bolehnya untuk pelbagai kegunaan. Menambahkan lagi gaya dan sifat sporty model itu, bahagian interior Triton LITE Turbo didatangkan dengan kemasan warna dua tona yang menarik. Papan pemukanya pula menempatkan pemain audio 1 Din baharu dengan fungsi AUX-in.

Untuk keselesaan dan kemudahan pemanduan, Triton LITE Turbo didatangkan dengan pusingan radius 5.7 meter yang membolehkan pemandu bergerak melalui ruang sempit dengan mudah. Bukan itu saja, Triton LITE Turbo turut dilengkapi ruang kargo berketinggian 715 mm yang rendah untuk pengisian barang-barang yang lebih mudah. Dengan ruang interior yang luas termasuk ruang kaki dan kepala, pengguna akan sentiasa berasa selesa sama ada ketika bekerja keras atau pun sewaktu beriadah pada hujung minggu.

Antara kelengkapan dan ciri-ciri standard komprehensif pada model Triton LITE Turbo termasuklah masuk tanpa kunci (keyless entry), cermin tingkap berkuasa, pengelap cermin depan sensitif kelajuan (speed-sensitive front wiper), sistem penguncian pintu berpusat (central door locking system) dan fungsi tutup automatik lampu depan (headlamp auto off-function). Untuk keselamatan, model itu didatangkan dengan sistem Load Sensing Proportioning Valve (LSPV), pedal brek Anti-Intrusion dan struktur badan RISE Mitsubishi yang teguh.

Mitsubishi Triton LITE Turbo ditawarkan dalam dua pilihan warna – Cool Silver Metallic (Perak) dan White Solid (Putih), dengan harga jualan ditetapkan pada harga di atas jalan RM65,997.10 (untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia) termasuk insuran. Pemiliknya bakal menikmati tempoh jaminan selama 3 tahun atau 100,000 km jarak perbatuan, serta pakej penyelenggaraan percuma Mitsubishi selama 2 tahun (tertakhluk pada terma dan syarat).

Menurut MMM, model Triton LITE Turbo bakal dilancarkan dalam masa terdekat, namun tempahan sudah mula dibuka mulai 27 Mac 2012.

Terbaik!(1)Booo~(0)

2 Comments

  1. MAT SANGGOI

    March 19, 2013 at 11:59 am

    sekiranya saya ingin membeli mitsubisi traiton lite 4x2 turbo..berapakah bayaran bulan sekiranya saya membayar pendahuluan sebayak 15K

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. amy

    June 4, 2013 at 9:54 am

    best pickup ni. sya dh test drive. laju tpi stabil

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>