Pengeluaran model Persona H-Line & M-Line dihentikan - pengeluaran model B-Line masih diteruskan seperti biasa - Arena Kereta

Pengeluaran model Persona H-Line & M-Line dihentikan – pengeluaran model B-Line masih diteruskan seperti biasa

Sekitar tahun 2005-2008 dahulu setelah Perodua Myvi mula diperkenalkan ke pasaran tempatan, Proton mula menerima kesan kejatuhan jualan setiap modelnya pada jumlah yang agak ketara. Selepas tahun 2005, Proton tidak lagi memegang takhta sebagai syarikat automotif nombor 1 di Malaysia dari segi jumlah jualan, sebaliknya Perodua mula melebarkan pengaruhnya tanpa dapat disekat lagi sehingga kini.

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Proton ketika itu ialah ketiadaan model-model terbaru yang mampu bersaing, sementelah model-model seperti Wira, Waja, Gen2 dan Savvy kelihatan agak lama dan kurang menarik untuk pasaran yang sentiasa berubah. Tetapi mujurlah Proton telah melancarkan model terbaru Persona pada tahun 2007, diikuti model kompak Saga BLM pada tahun berikutnya.

Proton Persona mendapat maklum balas yang cukup baik dari pasaran di mana jumlah jualannya pada setiap bulan berada pada tahap cukup menggalakkan, begitu juga dengan jumlah jualan Saga BLM. Sehingga kini model Persona Elegance yang menerima ‘facelift’ pada tahun 2010 masih mendapat permintaan yang memberangsangkan, begitu juga dengan model Saga BLM yang telah berevolusi kepada beberapa varian, salah satunya ialah Saga FLX SE.

Kemudiannya kira-kira hampir 2 tahun yang lalu, Proton telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa model terbaru yang dikenali dengan nama panggilan Persona R (kemudiannya dikenali dengan kod P3-21A) akan dilancarkan pada tahun 2012 sebagai pengganti model Persona sedia ada. Seperti mana kita semua sedia maklum, Proton Preve yang akan dilancarkan pada 16hb. April depan ialah Persona R yang dimaksudkan.

Tetapi apa yang perlu kita tahu sekarang ini ialah terdapat sedikit perubahan yang dilakukan oleh Proton berkenaan pemberhentian pengeluaran model Persona memandangkan permintaan pasaran untuk model itu masih menggalakkan. Menurut laporan, hanya model Persona Elegance H-Line dan M-Line sahaja yang akan dihentikan pengeluaran, sebaliknya pengeluaran model B-Line yang merupakan varian asas akan diteruskan seperti biasa.

Jika masih ada yang berminat untuk memiliki sebuah Persona Elegance H-Line dan B-Line, hasrat anda itu mungkin tidak kesampaian kerana kebanyakan pusat edaran Proton telah kehabisan stok, anda hanya masih boleh menempah varian M-Line sahaja yang berharga antara RM46K – RM49K.

Proton Preve sebenarnya adalah model yang lebih baik berbanding model Persona Elegance H-Line dan B-Line, jadi dengan perbezaan harga yang tidak terlalu besar, keputusan Proton untuk menghentikan pengeluaran kedua-dua varian tersebut adalah tepat. Berikut ialah harga Persona Elegance H-Line dan B-Line, serta harga (estimated price) Proton Preve;

  • Harga Proton Persona Elegance 1.6 M-Line & H-Line : RM52,763.00 – RM59,263.00
  • Harga Proton Preve : RM59,540.00 – RM72,990.00

p/s : Hasil pemerhatian, banyak juga model Persona Elegance B-Line yang saya lihat berada di atas jalan raya. Memang patut pengeluaran varian itu diteruskan, sekurang-kurangnya boleh menjadi pilihan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki model Preve, tetapi mahukan sebuah kereta yang lebih baik berbanding Saga FLX.

Terbaik!(3)Booo~(0)

33 Comments

  1. mat slamber

    April 12, 2012 at 10:45 pm

    mcm tak patut je henti...harga mmg tak jauh beza.tapi beza tetap beza.preve dh masuk kategori lain.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • huha

      April 13, 2012 at 3:48 pm

      kenapa saya setuju

      1-Proton dapat memberi tumpuan pada model Proton Preve seterusnya memberi pulangan semula modal yang lebih cepat kepada Proton oleh kerana lebih byk Preve' dpt dijual

      2-Proton dapat mengelakkan pertindahan antara model H Line Persona dengan varian Preve' juga pertindihan varian Preve' dengan Inspira 1.8.

      Ini dapat memastikan penjimatan maksimum Proton pada peringkat pengeluaran dimana ekonomi skala lebih baik dapat dicapai

      3- Pada harga yang hampir sama, model standard Preve' mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan H line Persona Elegance kecuali 3 perkara saja iaitu 1-gear automatik Persona berbanding gear manual Preve', 2-tiada autocruise pd Preve' standard dan 3-leather seat pd Persona vs fabric seat pd Preve'. Plus Preve' lebih besar, dilengkapi dengan lampu DRL juga rekabentuk/ penampilan lebih moden dan mewah baik interior mahupun exterior

      4-harga aksesori dan sparepart bagi Preve' akan lebih murah

      5-oleh kerana tiada lagi Persona M Line, maka saya mencadangkan Proton memperkenalkan varian basic (bawah dari standard) bagi Preve dalam lingkungan harga RM 53, 500 - RM 55, 500. Disc brake mungkin boleh digantikan kepada drum brake dan multilink digantikan pada torsion beam yang lebih murah sama sebagaiman dilakukan oleh Chevy Cruze yg hny menjual versi multilink (lebih mahal) hanya utk negara2 tertentu termasuk USA sendiri.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Jamal

        April 15, 2012 at 10:57 am

        Review yang baik..awesome..haha

        Terbaik!(0)Booo~(0)
      • amin

        September 5, 2013 at 1:20 am

        nice bro...

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. mat slamberok

    April 12, 2012 at 10:56 pm

    tapi ciri2 yang ditawarkan pada preve kan lebih baik..harga hampir2 xjauh beza..kan molek macam tu...takut persona kurang sambutan kalau keluaran diteruskan nnt selepas pelancaran preve..mungkin lah..pendapat den

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • farghmee

      April 13, 2012 at 9:45 am

      aku setuju ngn hang.
      persona & preve lain category.
      saga & preve pn lain category.

      mau luas sket, xmo saga, boleh amik persona b-line.
      mau persona h-line, boleh pakai preve m-line.

      cuma yg aku nk tau, bagaimana ngn spec yg ditawarkn?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. Unknown

    April 13, 2012 at 1:07 am

    saya cadangkan agar Saga R untuk mengganti Saga serta Persona sekaligus, yang membawa maksud Saga R lebih besar dari saga sedia ada dan saiznya tidak melebihi Persona sedia ada.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • alif

      April 13, 2012 at 6:48 am

      dadad

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • akupunya

      April 13, 2012 at 12:27 pm

      persona dan saga dlm B segmen.
      elok digabungkan dalam satu model.
      setuju cakap hang.
      elok maintain nama saga jugak.
      pastu preve. pastu inspira.
      tapi, takkan sampai 2030 dok model yg sama ja kan...akakakaka

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. alif

    April 13, 2012 at 6:47 am

    sy cadangkan persona basic yg upgrade sket...cat kasi penuh + rim alloi + harga kekal ....

    Terbaik!(2)Booo~(1)
  5. alif

    April 13, 2012 at 6:48 am

    saya cadangkan

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. majid

    April 13, 2012 at 8:08 am

    better saga M-LINE still dalam pasaran..sbb ramai jugak tak minat B-LINE sbb terlalu basic..kalau H-LINE diberhentikan mmg agak baik..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • farghmee

      April 13, 2012 at 9:41 am

      hmm..ni cdgn utk saga, atau salah baca topik?

      Terbaik!(0)Booo~(1)
      • majid

        April 13, 2012 at 9:45 am

        silap tulis...saga tue ganti persona..sbb saga mana ada H-LINE

        Terbaik!(0)Booo~(0)
    • majid

      April 13, 2012 at 9:47 am

      sila taip lah en farghmee..saga tue persona..tak perasan plax masa taip..lagi pn saga mana ade H-LINE..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. Lalat

    April 13, 2012 at 8:41 am

    Aku sokong dgn idea 4 alif..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. Jahats

    April 13, 2012 at 12:00 pm

    Sokong cadangan Alif.. dan nak tambah sikit:
    Kalau betul nak stop H-Line, minta Proton upgrade sedikit Basic Model mereka.. tak kira Persona ke, Saga ke atau model baru nnt akan datang. Aku rasa dah lama sangat kita lihat model B-line yang bumber kaler hitam, rim 'kompang' yang kadang2 nampak sangat murah walaupun pakai plate baru..
    Harap Proton nampak dan dengar akan suara pengguna.

    my doposen.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. rostam

    April 14, 2012 at 10:20 am

    Mungkin salah satu strategi Proton untuk meningkatkan kualitinya, Persona akan diberi penumpuan yang lebih dengan mansuhnya model PE Medium & High line. So selepas ni kepercayaan dan keyakinan terhadap kereta nasional semakin bertambah....Good Luck Proton..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. NASH

    May 9, 2012 at 2:55 am

    pada pendapat aku. persona m dan h line x patut dihentikan sbb model ni mendapat sambutan menggalakan.. lagi pon proton preve x berapa cantik pada mata aku... entahlah lagi cun persona... besar gagah ... harap proton teruskan model persona pada tahun2 akan datang dgn pembaharuan kepada model base line persona .... mintak rim aloi satu ...

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  11. Mno

    May 9, 2012 at 11:26 pm

    Pd pendpt sy, mgkn protn dh ubah strategi...kalo kita tgk pd model2 sblm ni, yg membezakan setiap varian adalah security features dan juga beberapa accessories(leather seat, audio ctrl dll) tetapi kesemua model tersebut menggunakan enjen yg sama.

    Tapi kali ini, pada preve, sume basic security features ( dual airbag, abs, ebd) ada pada semua varian preve, cma yg membezakannya adalah jenis enjin dan juga beberapa accessories tmbhn(push start, padle shift dll). Pada sy ianya merupakan langkah yang baik dan membuktikan proton lebih mengutamakan keselamatan dan keselesaan pemandu dan juga penumpang preve.

    Thumbs up utk proton...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. salman

    June 1, 2012 at 4:22 pm

    preve xcantek, cantek lg persona, preve cam terencat je..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  13. faris

    July 12, 2012 at 9:24 pm

    frust sebab persona h-line dihenti kan, ingat nak ambil persona h-line sbb design dia lawa n byk kebaikan berbanding M-line n B-line

    wlaupun H-line harga lebih kurang preve, org mcm sy lebih prefer persona h-line sbb design body dia lawa dari preve

    preve design body x bpe berkenan

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. dil

    July 14, 2012 at 2:34 pm

    saya pun setuju jika persona m-line,h-line diteruskan penjualanya..sekarang nie saya masih nak cari persona m-line baru...adushhh...tak kesampain....preve belum berkenan..masih jangal tengok...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • dil

      July 14, 2012 at 2:37 pm

      ..maksud saya cari persona m-line manual...solid

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. ciki

    July 30, 2012 at 4:58 pm

    dah upgrade la..pas ni suma dtg dengan sportrim plus 1 abs...hehe dah oder..terbaek..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. ingin bli persona

    August 6, 2012 at 5:57 am

    persona standard hanya ada 1 je air bag..semalam tgk...pastu xda bodykit button lak tu

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  17. ciki

    August 6, 2012 at 3:32 pm

    Tgk kt mna bro...ada stock tak..gua nye saleman ni ckap tak dak stok lag..kena tggu...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  18. booking persona

    August 6, 2012 at 6:34 pm

    baru booking semalam persona standard... SA tu cakap takleh nak janji dapat sebelum raya..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. ingin bli persona

    August 6, 2012 at 10:08 pm

    apa yg tlh diberitau oleh salesmen..tambah sportrim 15',air bag driver shj, pemegang pintu chromo dan line shj, 51k utk auto..kan bgs klu proton letak 2 air je...kan bagus kalau letak 2 air bag...letak body kit...kat sterring lak...xda button pepe...kalau bodykit campur semua dalam 53ribu preve lak...59k ada abs....edb...ejaan btl ke ni...air bag 2...luas...bayaran bulannn...dlm seratus camtu je....cmni ni....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • booking persona

      August 7, 2012 at 11:24 am

      ada sapa2 pernah bawak preve manual yang 59K tu? ... review semua citer yang CFE.... memang ngam laa... tapi yang 59K tu engine IAFM+, larat ke bawak body besar gedabak tu?? ragu-ragu gak aku...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Ingin Beli Persona

        August 7, 2012 at 2:51 pm

        Saya dah tgk secara detail Persona Standard 1.6 RM 48,113.00 tu...rasanya kurang berbaloi la nak bli sebab hanya ada beberapa item sahaja yang ditambah...1) Sport rim 15' 2) Driver airbag 3) Side mirror colour body, 4) Door handle chrome....tu sahaja perubahan dahulu harganya RM46,713 tu yang manual B-Line sekarang menjadi
        RM 48,113.00 ..rasanya....Proton Persona Medium Line lebih baik dimiliki hanya tambah beberapa ribu sahaja (Manual) :RM52,999.00 ada macam2 lagi features, contohnya...1)Navigator (GPS) (x perlu beli lg) 2)Body Kit (kalau standard kena tambah harga dalam cam kurang dr rm1000), 3).Rear Spoiler (lebih menarik) 4.)Front Fog Lamp (persona standard takda) 5).Electric Side Mirror (kalau persona standard kena pakai cam saga dedulu tu..kena tekan sendiri - kalau pakai 9 tahun..teknologi lebih canggih xkan nak pakai yang camtu) 6.)Audio Switches Steering (standard takda) 7)Driver Seat with Height Adjuster 8)Foldable Rear Seat dan yang lain2 tu x pasti la......tapi tu la..banyak sangat yang kurang.....apa pendapat korang agaknya....cam ketinggalan lak...kita nak bayar 7-9 tahun...tapi nak tgk ubah cermin side mirror pakai yang style lama.....viva pun pakai elektrik....tu jer la....patutnya proton wat yang h-line persona tapi harga dalam 55ribu...ada abs ebd...ke...baru selamat...air bag ada 2...barulah cun......ni sekadar pendapat la yek...kalau ada info yang tak bebeapa btl maafkan...selamat berpuasa bg beragama Islam.....

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  20. ciki

    August 7, 2012 at 4:00 pm

    aku mula pun pk cam tuh...tapi SA tuh bagi lagi discount dlm 7 ratus..so actually aku tambah 700 jer utk 1 air bag n benda2 yg
    disebut kat atas..lagi satu walo pn satu airbag..derang kena pasang satu system jugak sbg safety feature die..cuma air bang tu je satu..
    ni cine SA tuh ckap.. yang merisaukan skang ni..ble dapat ke sblm raya...adoii2

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  21. SITI

    December 7, 2012 at 11:22 am

    Ada sesiapa yang kat sini dah beli pesona 1.6 B-LINE BARU, YANG dah tahbah rims alloy and handle chrome tu ?? ok tak ? saja nak tanya, saya baru order, color hitam, cantik giler .... hihi

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>