Pelancaran Suzuki Nex - skuter generasi terbaru berharga RM4,218.00 - Arena Kereta

Pelancaran Suzuki Nex – skuter generasi terbaru berharga RM4,218.00

Suzuki Assemblers Malaysia secara rasminya telah melancarkan Suzuki Nex, skuter generasi terbaru pada harga RM4,218.00 seunit. Pelancaran tersebut berlangsung pada Ahad (06/05/2012) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting. Suzuki Nex menampilkan ciri-ciri seperti enjin 113cc berkuasa dengan gear CVT untuk pemanduan lancar dan menjimatkan petrol, digabungkan dengan ciri pengendalian yang mudah.

Tangkinya mampu diisi petrol sebanyak 3.5 liter dengan kemampuan perjalanan sejauh 52 kilometer bagi setiap liter petrol. Rekaan bahagian depan dan belakangnya yang bergaya sporty pasti memukau sesiapa sahaja yang melihatnya, ditambah lagi dengan penggunaan rim aloi sporty tiga jejari. Antara warna yang ditawarkan ialah Pearl Flash Green, Pearl Sakura Pink dan Briliant White.

Terbaik!(0)Booo~(0)

8 Comments

  1. Nazrol Zainal

    May 7, 2012 at 11:02 am

    Harga dh Okey,cuma suzuki nie masalahnya spare part jer yg susah nk dapat..harga mahal tak per,sebab mmg berkualiti dan tak der yg lokel, beli suzuki nie mmg berbaloi ketahananya untuk long time dan untuk jenis org yg bukan bertukar ganti,sebab Suzuki TX-R GAMMA sy dh 17thn masih sihat & gagah perkasa sebab engine suzuki kebanyakanya genuine "made in Jepon" berbanding honda,yamaha yg engine adalah dr thai,indon & taiwan dan paling terkini adalah EX-5 yg dh mula mengunakan engine buatan CHINA. betul ker..rasanya betul sebab tue harganya murah berbanding engine EX-5 buatan thai.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. Incik Rakuzas

    May 15, 2012 at 12:24 pm

    Mati2 la ingatkan Belang Baru yang keluar sebab banyak khabar angin cakap belang dan sy sendiri ingatkan belang keluar sebab last model baru axelo iaitu generasi ke-3 Shogun. Suzy memang tahan lasak.. Sparepart mahal sebab beli kedai biasa.. Contoh : oil filter dari SC tak sampai RM5.. Dekat luar RM10++ RM15 pun kadang2 ade.. Tu contoh la.. Hehehe.. Sparepart memang berkualiti.. Cat coverset stock dah 2 tahun dekat 3 tahun masih lagi mantap... Hehehehe.. Bak kate pepatah, nak pakai moto sampai cucu ambiklah suzuki.. XD

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. ali

    May 17, 2012 at 3:02 pm

    Semua ok kecuali compartment dier. Xde tempat letak helmet. Suzuki Malaysia suppose jual skuter Nex 125 yg mcm kt China tu baru praktikal. Bwh seat boleh letak helmet + baju hujan. cc pon lg besar, design pon lagi lawa..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. akma

    September 16, 2012 at 10:05 pm

    suzuki nex aku baru keluar kedai 3 hari dah xcident....huhuhu.... my mom bawak... laju suzuki nie.... best....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Hamidah

      January 9, 2013 at 5:32 pm

      Salam Akma, Kak midah nak tanya, akma ada contact tak yang guna suzuki nex ni. Tahu yang akma guna sekarang. Ada kwan kwan lagi tak . lelaki perempuan pun tak apa. just nak buat sedikit kajian ( bertanya pendangan tentang motor suzuki) keseluruhan nya. Utk assignment saya tentang Motor Generasi Baru.
      Sekian .
      Kak Midah

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Samn

        January 20, 2013 at 9:57 pm

        Saya baru je 4 hari pakai motor ni. dah jalan 110km.minyak jimat.speed antara 60-70km je.enjin baru tak nak tekan lagi. stakat ni seronok.mungkin sbb kali pertama seumur hidup tunggang skuter.

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. hany

    October 30, 2012 at 9:56 am

    Aku pun berkenan suzuki nex nie..minggu depan aku bolehlah
    tunggang ia......hehehe....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Kelly

      December 11, 2012 at 4:23 pm

      Hi, saya Kelly dari syarikat survey berminat untuk mengambil bahagian dalam survey motor suzuki ke?

      sila reply email kalau berminat yea!

      Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>