Proton tidak akan keluarkan model baharu sehingga penghujung 2013?

Gambar di atas sekadar hiasan*

Jika anda berasakan syarikat automotif nasional Proton Holdings Berhad semakin membosankan, sebabnya mungkin kerana tiada sebarang perkembangan berkenaan model baharu yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Selepas diambil alih oleh DRB-Hicom dan perletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (DSZ), boleh dikatakan tiada langsung berita tentang model terbaharu Proton.

Menurut laporan terkini dari The Edge yang telah menemui pihak pengurusan DRB-Hicom baru-baru ini, pihak DRB-Hicom masih melakukan penstrukturan semula terhadap Proton dan Lotus, dan sehingga itu tiada model baharu akan dilancarkan sehingga penghujung 2013, di mana model pengganti Perdana dijadual akan dilancarkan ketika itu. Bayangkan, sehingga penghujung 2013 baru kita semua akan melihat model baharu Proton, itu pun masih belum dipastikan sama ada model pengganti Perdana itu adalah model baharu atau sekadar ‘rebadge’.

Tetapi untuk berfikiran positif, mulai sekarang sehingga hujung tahun 2013, pihak Proton pastinya meneruskan perancangan seperti biasa untuk mengeluarkan model baharu seperti Proton Preve versi ‘hatchback’, kereta kompak bagi menggantikan Savvy, dan lebih mengejutkan jika Proton akan membina sendiri model baharu pengganti Perdana bermula dari lakaran. Selain itu, diharapkan pihak DRB-Hicom terus memberikan sokongan kepada unit R3 bagi mengeluarkan model berprestasi tinggi ‘special edition’ berdasarkan model semasa seperti Proton Preve R3 dan Proton Inspira R3.

DRB-Hicom tidak boleh membiarkan Proton ‘membisu’ tanpa model baharu dalam tempoh yang agak lama, memandangkan persaingan daripada jenama-jenama lain ketika ini begitu mencabar. Dan yang paling penting, Proton perlu lebih proaktif dan mengekalkan keghairahan dalam mengeluarkan model baharu seperti mana yang dilakukan oleh DSZ sebelum ini. Perlu ada seseorang dari Proton yang tampil ke hadapan dan berbicara mengenai model baharu dan teknologi terkini dari Proton, mendiamkan diri bukanlah ‘attitude’ yang baik untuk sesebuah syarikat pengeluar kereta.

Terbaik!(0)Booo~(0)

24 Comments

  1. shuk rocco

    July 6, 2012 at 2:58 pm

    yup..sgt setuju...sunyi sepi je proton nie..balik2 cerite dri syarikat automotif laen yg upgrade model bru..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. Sepot Reem

    July 6, 2012 at 4:06 pm

    aku rasa, kalau tak kena gaya, Proton akan kekal rebadge kereta kalau model baru tak dikeluarkan. Ikut cara Jepun, 5 thn sekali product cycle. Tapi problemnya pulak kat M'sia ni loan keta 9 tahun. camne la nak achieve 5 thn product cycle tu?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. nervous

    July 6, 2012 at 4:24 pm

    ada kenyataan dari penasihat proton sebelum gosip perletakan jawatan DSZ keluar, yg mengatakan proton memerlukan modal sebanyak RM5B (tak salah gua ler) utk mengeluarkan model baru n etc.... pergh gua pernah agak, tidakan ini selepas takeover dan berharap sangat penyusunan semula proton Holding tak ambik masa yg agak panjang lebih dari setahun, dan berharap modenas dan Hicom MTB diletakkan terus di bawah Proton Holding sebagai divisyen pengeluar automotive. proton jangan jadi boring ler... harapan juga jgn tiedup dgn VW, tp BMW, sbb BMW takda kenderaan utk marhain.... (hhhmmm BMW nak ker?)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Syazwan

      July 6, 2012 at 8:07 pm

      tetapi apa yang berlaku adalah 2 vision yang berbeza.. sebab tu DSZ terpaksa meletak jawatan..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. Absolute Rider

    July 6, 2012 at 6:38 pm

    Kalau benar berita itu, memang hampa. DRB tidak boleh cakap apa-apa yang tidak pasti seperti penghujung 2013 mungkin akan mengeluarkan model Proton Perdana.

    Macam mana pula model model yang dapat bersaing di tempatan dan antarabangsa seperti Proton P3-22A (Preve Hatchback) dan P2-30A (GSC - Emas)? Kedua-dua model atau sekurang-kurangnya P3-22A keluar pada pertenggahan 2013 dan P2-30A pada akhir tahun 2013 atau awal 2014.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. Syazwan

    July 6, 2012 at 8:01 pm

    Bagi le diorang masa.. :)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. cronos

    July 6, 2012 at 10:19 pm

    semua projek kena review balik at least 6 bulan. paham-paham je lah. Lepas review kalu nak buat balik pun, paling kurang 1 ke 2 tahun. Sian proton.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. old_cars

    July 6, 2012 at 11:21 pm

    tanda2 awal nak bungkus...keluar perdana replacement model berapa kerat je rakyat yang mampu beli..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. amm

    July 6, 2012 at 11:52 pm

    apa jadi pada projek proton EMAS, exora ERV, saga EV & campro disel...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Syazwan

      July 7, 2012 at 8:22 pm

      sia sia.. duit sapa? tepuk dahi sekarang.. =.='

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. suhaimibais

    July 7, 2012 at 4:43 pm

    gua minta2 lah proton nie lingkup dan bungkus..modal tertubuhnya proton adlh dr duit kerajaan..duit rakyat..tp jual kereta pd rakyatnya..harga melampau2..tp jual murah2 pula kat luar negara,ade diskaun lak tu utk warga sing kat negara nie kalau nak beli proton..FUCK PROTON!!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. salsabila

    July 7, 2012 at 9:04 pm

    Teman rasa Proton akan jadi macam MAS. Rugi memanjang.Rugi pulak berbilion. Lepas tu suntik modal.Modal tu ambik duit sapa ? Duit para marhaen la. Yang herannya kenapa Tony Fernandez boleh buat untung dengan Air Asianya? Namun, bila tengok Air Asia untung MAS pula buat kacau itu ini.kenakan sekatan itu ini terhadap Air Asia..Kalau tak reti nak berniaga MAS sepatutnya belajar dari pengurusan Tony macam mana nak buat untung, bukan berlagak pandai.

    Berkenaan proton teman pun hairan kenapa DSZ disingkirkan dari proton? Padahal beliau dilihat individu yang begitu komited dengan proton. Semasa di bawah pengurusannya beberapa model baru diperkenalkan.Apakah alasan penstrukturan semula proton itu benar-benar telus? Atau penstrukturan semula itu sekadar alasan untuk puak - puak berkenaan mahu mengambil alih proton untuk dijadikan tempat membuat duit bagi kepentingan puak - puak mereka sahaja?
    Maaf sekadar pendapat teman yang tak seberapa..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Syazwan

      July 8, 2012 at 6:56 pm

      so kiranya Perodua ala-ala Air Asia la..? Hehehe.. gurau yek.. rakyat mana tak sayang produk tanah air..? harap2 dapat la jana duit di bawah pengurusan baru.. amin.. =)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. BroCity1.5E

    July 8, 2012 at 11:26 am

    huh...bermulanya kejatuhan proton...aku baru nk tade in myvi ngn preve..x jd la nmpknya

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. Zach Asyraf

    July 8, 2012 at 10:41 pm

    semalam Wa interview pak cik Wa. Kerja kat Proton, tapi jawatan dia Wa x tau(BUKAN tukang sampau sampah mahupun cleaner tau)lama gak la pak cik Wa ni keje Proton. Wan tanya dia, EMAS tu jadi tak keluar ? dia kata Proton sekarang ni FOKUS development ENJIN dulu. Itu lah dia cakap ngan Wa. Nak korek lebih memang x dapat lah .. dah banyak kali Wa cuba.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • TheInsider

      July 9, 2012 at 9:36 am

      Staff proton mmg kuat pegang rahsia. Kalau diaorang ckp pun, korang jgn percaya 100%.kekeke

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. Benderxii

    July 10, 2012 at 1:36 pm

    hm.... Nampak gaye kes PROTON nak jadi macam kes MAS. MAS dulu hampir lingkup, masuk Idris Jala menaikkan semula MAS, bila Idris Jala keluar, MAS kembali terumbang ambing. Untuk PROTON, DSZ menerajui PROTON semasa PROTON mengalami kerugian teruk. Sepanjang 6 tahun perkhidmatan DSZ di PROTON, beliau berjaye menyelamatkan PROTON dari terus menerus mengalami kerugian dengan melaksnakan beberapa langkah drastik termasuk dengan melancarkan beberapa model kereta yang baru yang tampak lebih kompetetif!! Tapi DSZ sudah pon meletak jawatan, ape yang saye boleh nampak, perkara sama yang pernah terjadi pada MAS, mungkin berlaku pula kepada PROTON... Harapnya tidak akan berlaku sedemikian, sebab saya nak lihat PROTON kemampuan bersaing di peringkat yang lebih tinggi, menyaingi kereta2 keluaran luar negara (dari timur khususnya)....

    Perlu menanti sehingga hujung 2013 untuk model yang baru? Satu jangke mase yang agak lama...

    Sekadar Pandangan

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. aline

    July 12, 2012 at 12:33 pm

    DRB hanya penting keuntungan jer..business for money..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. jonny depp

    July 12, 2012 at 3:04 pm

    move forward

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. peng

    September 19, 2012 at 6:16 pm

    Tak semestinya kena tunggu model yang totally new untuk launching, re-design chasis yang sediada pun ok, perbaiki kesilapan atau kelemahan model sediada, mcm satria neo. platform dah ada, juara APRC, bertanding dalam WRC, gunakanlah sebagai benchmark model, macam mitsubishi gah dengan EVO, Subaru dengan Imprezza, Toyota dgn AE86, kalau kreatif aper pun boleh,

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  17. mambang

    September 19, 2012 at 9:00 pm

    rasanya proton preve hatchback tu akan jadi cam persona dgn gen 2. kalau perasaan gen 2 dgn persona hanya bontot panjang dan pendek je membezakannya. preve hatchback nnt tak mustahil akan jadi cam gen 2/ persona tu. masa mula2 nak kuar pesona org kampong ingat lain dari gen2, rupa2nya sama.... cuma bontot di panjangkan sikit dr gen 2. ahahahahaaha

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      September 20, 2012 at 10:32 am

      Mmm... apa bezanya ford fiesta hatchback dgn ford fiesta sedan? B*nt*t jugek ler bezanya, cumanya pelaburan utk tang tu bagi ford fiesta designnya lebih sket, sesuai dgn pulangannya sebagai kereta hatchback terlaris di dunia berbanding persona.

      Semoga utk hatchback preve nie, proton dengan izin DRB-Hicom berilah budget lebih sket kat model hatchback nie. Ye, mmg benar, model hatchback nie dlm pasaran domestik x besar tapi mana tau kalau ada rezeki di pasaran global, statiistik menunjukkan pasarannya juga besar.

      Sy ada photoshopkan model preve nie utk versi hatchback sebagai suka2 jer. X le pandai mana pun. Kalau admin nk berkongsi rasa n ekspresi, bleh sy emailkan gambar versi preve hatchback imaginasi sy tu:)

      salam n cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • AK

        September 20, 2012 at 12:03 pm

        Menarik tu bro Fauzan.. Email ke sini arenakereta@gmail.com..

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • fauzan

          September 20, 2012 at 12:55 pm

          Mmm...

          Bro admin. Sy dah emailkan. Ada 2 versi tu. Rasa2 yg mana pilihan kalbu:)

          salam, enjoy n cheers!

          Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>