Pembetulan maklumat berkenaan harga Nissan Almera di Malaysia

Semalam saya telah dihubungi oleh wakil dari Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berkenaan entri saya yang terdahulu mengenai harga model terbaharu Nissan Almera di Malaysia yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Entri tersebut boleh dibaca dengan mengikuti link ini. Menurut ETCM, maklumat berkenaan harga Nissan Almera yang diperkatakan tersebut sebenarnya adalah tidak tepat dan bukannya datang dari sumber rasmi ETCM.

Berikut ialah kenyataan satu perenggan dari ETCM berkenaan perkara tersebut yang diemailkan kepada saya;

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hereby would like to clarify the contents of the ad are inaccurate and the posting of this ad is not officially authorised by ETCM. However, ETCM is pleased to see the overwhelming interest in Nissan Almera and we would like to thank all our Nissan fans for your enthusiastic support. Rest assured, ETCM will keep you informed soon.

Diharapkan semua pembaca Arena Kereta mengambil maklum akan kenyataan rasmi dari ETCM itu dan mendapat gambaran sebenar bahawa pihak ETCM masih belum memuktamadkan harga sebenar Nissan Almera. Pihak ETCM akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai pelancaran Nissan Almera pada masa yang akan ditetapkan kemudian, termasuk akan memberikan butiran terperinci mengenai harga sebenar yang akan ditawarkan kepada pelanggan.

Terbaik!(0)Booo~(0)

4 Comments

  1. Nache

    July 13, 2012 at 9:08 am

    RM50K should be allright

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • mujahid

      July 13, 2012 at 10:10 am

      agreed

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. salsabila

    July 13, 2012 at 9:34 pm

    RM50k untuk kereta bukan kategori kereta nasional? Teman rasa tak mungkin sebab apa saja jenama kereta atau apa2 kenderaan selain dari kenderaan keluaran nasional harganya tetap akan lebih tinggi dari harga kereta nasional walaupun tidak munasabah, siapa yang peduli...supaya kereta nasional tetap relatif murah selamanya...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. old_cars

    July 15, 2012 at 4:25 pm

    ETCM ada hati nak letak 70K mengamuk la proton...
    ini Malaysia ma....mana ada kereta murah...

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>