Motosikal baharu Honda Future Helmet-In 125cc - Arena Kereta

Motosikal baharu Honda Future Helmet-In 125cc

Boon Siew Honda telah memperkenalkan motosikal baharu bersesaran 125cc yang diberikan nama Honda Future Helmet-In. Walaupun nama ‘Helmet-In’ di belakangnya agak pelik, namun itu adalah pengenalan paling mudah tentang kemampuan motosikal tersebut untuk menyimpan sebuah helmet bermuka penuh di bawah pelana tempat duduknya dengan kemas, salah satu ciri yang cukup praktikal untuk pemiliknya.

Honda Future Helmet-In turut menampilkan pelbagai ciri lain yang menarik, antaranya seperti tangki minyak dengan muatan seluas 5.6 liter yang membolehkan perjalanan sejauh 338 km dilakukan tanpa pengisian semula, tempat duduk lebih lebar untuk lebih keselesaan, sistem kunci berganda untuk lebih keselamatan, serta ciri penting dan sporty brek cakera belakang.

Tiga varian akan ditawarkan, di mana varian utama dilengkapi brek cakera depan dan belakang dengan roda sporti, sementara varian kedua dilengkapi brek cakera depan sahaja namun dengan roda sporti, sementara varian ketiga dilengkapi brek cakera depan dengan roda jejari biasa. Tiga warna menarik tersedia untuk pilihan iaitu Merah Euforia Metalik, Hitam Mutiara Magelanik, dan Jingga Merjan Metalik.

Menurut Boon Siew Honda, motosikal baharu Future Helmet-In ini menggunakan enjin generasi baharu dengan lebih prestasi untuk melakukan perjalanan jarak jauh, di samping penggunaan petrol yang menjimatkan pada kadar 60.3 km/l (338 km setangki penuh). Jika kenyataan itu benar, motosikal ini pasti menjadi pilihan terbaik untuk mereka yang suka menunggang jauh untuk balik ke kampung.

Harga rasmi Honda Future Helmet-In ini masih belum didedahkan. Bagi yang berminat, mungkin anda boleh melakukan tinjauan di setiap wakil pengedar sah Boon Siew Honda esok untuk mendapatkan maklumat berkaitan harga, dan mungkin bersedia untuk membuat tempahan.

Sumber : MotoMalaya

Terbaik!(0)Booo~(0)

14 Comments

  1. iraqieb

    July 18, 2012 at 11:23 pm

    Terbaikkk..menepati citarasa ramai..nak ushar la esok..hehe

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  2. mel

    July 18, 2012 at 11:48 pm

    menarik nie..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. mambang

    July 18, 2012 at 11:59 pm

    kalau letak EFI cam kt thailand lagi menarik

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. JEF - skudai mari..

    July 18, 2012 at 11:59 pm

    berapa ribu agak2 nie..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. shuk rocco

    July 19, 2012 at 9:44 am

    menarik...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. Sepot Reem

    July 19, 2012 at 11:43 am

    aiseh baru terfikir nak amik LC.. dgr kata Wave 125 bwk best, yg ni mesti lg best. disc brake blkg tu...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. faisal

    July 19, 2012 at 4:35 pm

    Lebih baik pakai karburator dari injection. Injection problem banyak & pening nak repair. Karburator senang n tahan lasak. Moto ni bagus untuk ulang alik pergi kerja ni.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. pjon

    July 23, 2012 at 10:02 pm

    msti bsaq moto ne,,tangki pn dh 5.6 liter..
    tambah plak tmpat letak helmet..
    apa pn tahniah kpada honda..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. fauzi bin ismail

    July 31, 2012 at 12:17 am

    honda memang unggul di hadapan...enjinnya tahan lasak...mesti beli..rocker armnya guna bearing needle di inlet dan exhaust....amat mengagumkan...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. fauzi bin ismail

    July 31, 2012 at 12:20 am

    teknologi paling maju dalam kelasnya....the best 4stroke of the year....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. fauzi bin ismail

    July 31, 2012 at 12:24 am

    sistem elektronik pintar....2 dalam 1...inilah motorsikal pintar pertama di malaysia....tahniah BOON SIEW HONDA....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. boy

    August 1, 2012 at 1:47 pm

    dah tengok motor ni kat kedai. tak suka sbb seat besar sangat. design pun biasa je..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. otai yamaha lc

    November 28, 2012 at 3:22 pm

    dah trade in dgn lc,moto ni memang jimat lah..enjin pon power...rasa berbaloi-baloi dapat moto ni..lebih jimat dari lc...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. motocantik

    June 24, 2013 at 6:13 pm

    cantik ar moto nii,,ada gaya,jom pergi tengok ramai2 dkat kedai honda

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>