Salah satu motosikal moped yang paling mendapat perhatian ketika ini ialah Honda Future yang menjadi taruhan terbaru Boon Siew Honda di pasaran tempatan. Antara ciri-ciri menarik yang diperkenalkan melalui Honda Future ini ialah kemampuannya untuk melakukan perjalanan jarak jauh sehingga 338 km dengan hanya sekali isian petrol, terima kasih kepada ruang tangki petrolnya yang luas sehingga 5.6 liter.
Selain itu Honda Future turut memperkenalkan ruang simpanan barang sebesar 19 liter yang mampu memuatkan sebuah helmet muka penuh di bawah pelana tempat duduk. Boleh didapati dalam tiga varian berbeza, Honda Future 125cc serba baharu ini ditawarkan pada harga antara RM5,578.00 sehingga RM5,998.00 seunit. Saksikan galeri menarik Honda Future, sumber dari Boon Siew Honda Facebook.
*Update pada 27hb. Julai 2012 – Siaran akhbar rasmi Honda Future
‘FUTURE’ TARUHAN HONDA KEKAL TERAJU INDUSTRI MOTOSIKAL
Boon Siew Honda Sdn Bhd, peneraju dalam industri motosikal Malaysia sejak beberapa dekad lalu mensasarkan untuk terus kekal sebagai jenama nombor satu dengan memperkenalkan model baru, Honda Future.
Dengan pasaran motosikal Malaysia dijangka berkembang sebanyak 4 hingga 6% pada 2012 dan 2013, Boon Siew Honda memperkenalkan ‘Future’, moped baru yang mampu melakukan perjalanan sejauh 338 kilometer dengan satu tangki penuh (diuji oleh ECE 40 Mode), motosikal pertama seumpamanya di negara ini.
“Di sebalik trend perkembangan transmisi automatik, moped tetap menjadi asas kepada perniagaan motosikal di Malaysia. Permintaan pengguna mungkin telah beralih dengan lebih banyak tumpuan kepada nilai estetika, tetapi asas keselamatan dan keselesaan ketika tunggangan juga berubah selama beberapa dekad ini. Sebab itulah kami percaya di mana ‘Future” sesuai untuk pengguna-pengguna muda dan tua dengan penampilan yang begaya, kecekapan bahan api dan juga ciri-ciri praktikal tersedia,” kata En. Satoshi Okada, Pengarah Urusan Boon Siew Honda Sdn Bhd.
Pada tahun 2011, Boon Siew Honda menguasai 44% pasaran. Dengan pelancaran Honda ‘Future’, mereka mengunjurkan perkembangan pasaran dengan sasaran 3500 unit sebulan. Honda Future dipertingkatkan oleh kebuk-U 19L yang lebih besar untuk penyimpanan topi keledar muka penuh dan barangan peribadi, muatan tangki minyak 5.6 liter (tangki minyak model terdahulu Wave 125 X Ultimo 3.7 liter), dan dijana oleh enjin empat lejang generasi baru 125cc OHC 4 kitaran baru menjanjikan penjimatan minyak sehingga 7.6% (berbanding dengan Wave 125 X Ultimo) disamping kuasa pecutan yang mantap dan berkuasa pada setiap rpm.
Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat duduk lebih lebar, lampu belakang LED dan juga meter laju bermuka jernih yang cukup sporti. Dijual pada harga antara RM5,578 sehingga RM5,998 (cadangan harga atas jalan), Honda Future dijangka dapat meningkatkan populariti Honda sebagaimana yang dibuktikan jenteranya sebelum ini, Honda EX-5.
Bergantung kepada permintaan, Honda Future menawarkan tiga varian pilihan kepada pengguna. Varian 1 dilengkapi penghidup enjin elektrik, roda jejari dan brek cakera depan, Varian 2 dilengkapi dengan roda sporti, penghidup enjin elektrik dan brek cakera depan manakala Varian 3 menggabungkan penghidup enjin elektrik, roda sporti dan brek cakera depan dan belakang. Ketiga-tiga varian didatangkan dengan tiga pilihan warna – Jingga Merjan Metalik, Hitam Mutiara Magelanik dan Merah Euforia Metalik.
CIRI-CIRI UNGGUL :
Menjelajah Lebih Jauh
Honda Future mempunyai beberapa keistimewaan dengan kebuk-U 19liter yang lebih besar untuk memudahkan penyimpanan barangan peribadi dan topi keledar muka penuh.
Tangki minyak lebih besar 5.6 liter juga menjadi ciri-ciri utama Honda Future. Tangki muatan minyak lebih besar membolehkan perjalanan lebih jauh (sehingga 338km, 100km lebih jauh berbanding dengan Wave 125 X Ultimo) tanpa perlu melakukan pengisian semula.
Keutamaan lain yang diberi perhatian termasuklah tempat letak bateri bahagian sisi bagi memudahkan penyelenggaraan, akses pintar pembukaan tempat duduk dan juga peningkatan tahap keselamatan automatik.
Kecekapan Bahan Api dan Mesra Alam
Berdasarkan penyelidikan ECE40 MODE, penggunaan bahan api Honda Future menawarkan kecekapan bahan api sehingga 60.3km seliter, peningkatan sebanyak 0.5km untuk setiap liter berbanding dengan Wave 125 X Ultimo. Dengan peningkatan pembakaran bahan api yang lebih baik, ia menghasilkan pembakaran yang bersih mematuhi standard Euro 2 dan motosikal mesra alam.
Tunggangan Lebih Selesa
Reka bentuk keseluruhan Honda Future disesuaikan mengikut pelbagai saiz pengguna. Selaras dengan fungsi sebagai moped jarak jauh, Honda Future dibina dengan tempat duduk lebih lebar dan ergonomik untuk penunggangan yang selesa sepanjang masa. Dengan acuan reka bentuk bahagian depan yang menghapuskan penggunaan skru dapat mengurangkan bunyi getaran dari penutup depan.
Lebih Selamat
Penggunaan lampu belakang LED Berpadu dapat memastikan pencahayaan yang lebih galak pada sebarang keadaan cuaca. Reka bentuk canggih meter laju bermuka jernih dan juga lampu isyarat dan kabus bergaya menjadi penampilan unik dan meningkatkan tahap ketampakan pada waktu malam.
Galeri Honda Future




















Terbaik…
sesuai untuk perjalanan jauh? Nasib baik aku x duduk kat america.. Malaysia? station minyak merata2.. Sampai masa pam juga tayar.. price concern macam pricey jek.. =)
ada brek disc belakang, kalah LC 4 speed
ada 2 versi brek.enjin ok cuma xpakai vtec je..heheh
cutting fail.patot solid kt wave dash.baru cun.
mmm..menarik gak ni, baru r tak risau nk jalan jauh asik2 berhenti nk isi minyak.
Cuma jangan jadi ‘hampeh’ mcm LC135 V2 baru ni dh r.
M’sia full spec guna FGM-FI ke?. Kalau kat Indo full spec ada FGM-FI rm4.9K je..
kaLau ada pengecas hndset kan bagus
peti ais tak nak pasang sekali? huhuhu
sitiawan untuk versi 3 iaitu 2 disc masih belum sampai, saya dah boking sudah 4 hari, apa crita ni!!!!!!!!
bila jualan nak sampai ke sabah ni???
warga tawau sedang menunggu kedatangan honda future…cepatla jual kat tawau sabah
aku dah pakai sebiji. Tapi minyak dia? indah khabar dari rupa. Hampeh.
mungkin sbb masih baru kot, enjin x brapa sebati lg bro, klu lama2 nnti ok la tu, slalu motor baru sume mcm tu
http://www.facebook.com/HondaFuture125Malaysia
pages honda future kat facebook…
jom like ramai2..
Guna injection br blh blah 338km/tank.kalau karburetor kirim salam.mahal nk mampos.hutang blh cecah dkt 8k.gila.
Beli jer ninja 250r 2013. Kompom bleh jalan jauh lagik
Betul ke jimat ni,jgn promosi je lebih bila pakai tk mcm yng di kata kan
aku dah pakai moto ni. Dah 8 hari.. Skat ni dh jln 840km. Ari-ari jln bwk krja pgi blik 80 km. Pnah pulas 120km/h. Dahla lawo ptrol jimat. Tpt dudk lebar, slesa. Berbaloi belinye. Kler merah pulk tu…memg cntk…
Setakat ni ade sekali 2 je nmpk motor ni, biase le enjin kaburator, susah nak agak betul2 penggunaan minyak nye, kdg2 rase jimat, kdg2 rase x jimat, kalo fuel injection, mmg boleh ikut spek pengeluar, bape km kite boleh dpt setiap liter. mcm motor yamaha fz…
tapi setakat ni honda mmg jimat la, aku guna honda wave 125x, pegi balik keje 50km sehari, kalo isi RM5, boleh tahan 3 hari pegi balik, naik berdua dgn bini aku, tapi cumenye cover set, bising nak mampus, mcm nak tercabut je rasenye,hehee, pastu gegar, kuat ya amat, kadang2 geli kaki ni, org belakang lagi la geli, hehheee, tapi mmg naik bukit, kantoi la, xde power, jalan lurus ok.
diharap sape2 yang dah beli honda future ni bagi komen yer, baik ke buruk, kalo baik bagus dari buruk, boleh angkat honda future ni, hehehe
love honda forever……
lebih baik amik gt128
aku beli moto ni meter dari kedai baru 1/2 km aku terus isi minyak diPetronas yg berdekatan sebanyak rm 9.dah penuh tapi baru 208km aku terpaksa isi minyak semula sebab jarum bacaan minyak menunjukan paras E iaitu merah.macam mana dikatakan boleh mencecah ke338km bila tangki minyak penuh……
boleh tak pihak HONDA beri tahu keadaan sebenar moto HONDA FUTURE 125cc ni…..PEMILIK HONDA FUTURE yg nak kepastian………
Bro. Memang la tk smpai 300++ km tu. Ikot cara tungangan kita jugak. Kalau selalu pecut minyak pon pecut mengalir keluar jugak.
hari ni pergi kedai moto bayar hutang….sambil tu sempat tengok honda wave 125 future..teringin juga nak beli tapi ada satu kelemahan…bhgn enjin motor future tiada penutup..kalau honda wave 110 rs(mmc) ada penutup bhgn enjin…kenapa model future tiada cover enjin atau penutup…
dah trade in lc dgn moto ni..berbaloi-baloi..jimat minyak walau pun enjin power..
338km utk full tank tu mmg x dapat la.. dh sebulan lebih pakai motor ni.. pegi balik keje 20km.. tfc light dekat sepuluh.. bnyk tukar gear.. ikut kiraan aku bole dpt 180km utk full tank.. kalau long distance kat hiway mesti bole dpt lbih km.. pickup pon ok.. blum abis pantang lg nih.. so far so good.. x ade gegar mcm motor honda yg lain..
hearhunter…
minyak HF ni kalau full bape ea??…aku dlm dilema sgt skangni..samada nak beli Honda Future ataupun Gt128 3rd generation..dua2 menarik..topspeed 120km/h kira ok dahtu utk kapcai..aku minat HF sbb ruang bwh seat besar..HF sesuai dgunakan utk jangkamasa pnjng..tp aku dgr ada masalah enjin..bunyi tepet n kasar..dan aku ada dgr jg pasal komplen minyak HF ni full tank x smpai pun 200km kalau asyik full throtle..kalau bwa bwah 100km/h maybe dptla lbih ckit dlm 220km..GT128 minyak pun jimat..isi full rm8..laju pun laju coz 130cc…body pun mantap..coverset tebal..x mcm HF..tp itula..ntah mana 1 dah aku nak beli ni…????huhuhu..harap2 hearthunter dpt beri komen positif n negatif HF ni..jujur je..lg elok..hehe..thanx..
beli lah shogun axelo 125..
enjin ad balancing..kurang getaran..huhu
Saya peminat yamaha design cun..tetapi kalau nak puas memakai dan berbaloi dengan wang yg dikeluarkan ambiklah kawasaki enjin bulet prof punya..tanyalah mana2 otai makenik
title tuk ktahanan injin antara kawasaki tau suzuki dan tak panas tuk dirembat!!!
sparept pun ad jeh janji ad duit…
bru booking honda future 125 ni. ok ke? takut x berbaloi lak?
Dah bayar deposit untuk honda 125. tapi bila baca komen2 kat dalam ruangan ni mcm takut lak.
beli jer broo…. jentera honda satu dunia mempercayainya. tak puas hati leh jual balik. rege pun x jatuh mendadak
mane nak dapat hrg terbaik.aku ingat nak beli.
future..dh cantik..2 disc brake..ooh honda..komen gua tlong dengar!!!.. 1 absorber monosok..2..cutting dpan nampak tjam mcm lcV2..3..mter mcm honda cbr 250rr..lain2 tu dh perfect..
Cantik r nak beli
Kalau terlalu banyak baca komen negatif memang boleh pening kepala.. Tiap benda ada jangkahayat, kelebihan & kekurangan masing2.Honda wave 100 yang aku pakai skrg ni pun banyak gak komen negatif tapi diam tak diam masuk tahun ni dah nak 7 tahun aku pakai.Tak ada apa-apa masalah pun.Yang penting, minyak enjin kena jaga.Begitu juga brek, tayar, rantai & jangan modified yang bukan-bukan.
laaaaaaaa.sya baru nak beli motor ni belum cuba lagi ….tapi boss kedai kata moto ni bgus laaaaaa tengok laaaaaaaa mcm mana ….mungkin besok keluar laaaaaaa…..banyak laaaa…sebelum ni aku bonceng modenas 7 thn dah pakai bnyk problem…..tu nak tukar honda….dah lah kalau trad in murah je ambil……jual mahallll ambik murah tu tak suka ……….k besabar je lahhh
tumpan tanya sekali kepada pemilik Honda Future motor ini punya top speed boleh cecah berapa ?? terima kasih .