Nissan Almera serba baharu kini diperkenal secara rasmi di Malaysia

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini mempamerkan model terbaharu dalam sedan segmen B, Nissan Almera dalam satu pratonton eksklusif kepada media di Pavilion, Kuala Lumpur. Nissan Almera akan diperkenalkan pada suku keempat 2012. Ia merupakan model pemasangan komponen terurai (CKD) yang bakal dipasang di Malaysia, iaitu di kilang Tan Chong yang terletak di Serendah.

Nissan Almera serba baharu akan ditawarkan menerusi varian 1.5 liter bertransmisi automatik dan manual yang telah direka secara khusus untuk memberikan pemanduan lancar serta penjimatan bahan api mengagumkan. Nissan Almera serba baharu merupakan Sedan Global paling laris bagi Nissan dan telah terjual lebih 460,000 unit sejak dilancarkan pada 2010. Sedan itu cukup berjaya di pasaran seluruh dunia terutama di China dan Thailand.

“Nissan Almera serba baharu memiliki gaya kemewahan dan ruang yang luas berbanding pesaing lain dalam segmen sama. Ia juga menampilkan teknologi baru yang biasanya ditemui dalam segmen lebih mahal,” kata Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ Dr Ang Bon Beng,

“Dengan keluasan ruang dalaman mengagumkan dan tahap keselesaan yang tidak diduga, kami yakin bahawa Nissan Almera akan menjadi model terlaris di Malaysia,” tambah Dato’ Dr Ang. Orang ramai boleh melihat secara dekat sedan global itu di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 Ogos. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nissan Almera, mereka boleh mendaftar di Pavilion dan di semua lokasi siri jelajah Nissan Almera. Almera turut dipamerkan di:

  • Dataran Pahlawan, Melaka : 10 – 12 Ogos 2012
  • Queensbay Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang : 16 – 21 Ogos 2012
  • Paradigm Mall, Kelana Jaya, Selangor : 23 – 26 Ogos 2012
  • Autocity, Juru, Pulau Pinang : 30 Ogos – 2 September 2012
  • East Coast Mall, Kuantan, Pahang : 31 Ogos – 2 September 2012

p/s : Untuk pasaran Malaysia, Nissan Almera dilengkapi enjin bersesaran 1.5 liter dengan kod HR15DE (4-cylinder, In-line, DOHC with VTC (Variable-Valve Timing Control), Drive-by-Wire Technology), yang menghasilkan kuasa maksimum 102ps@6,000rpm dan tork maksimum 139Nm@4,000rpm.

Lima warna ditawarkan untuk pilihan pelanggan; ‘Bronze Gold’, ‘Sapphire Black’, ‘Twilight Grey’, ‘Tungsten Silver’, dan ‘Brilliant White’. Setakat ini ETCM masih belum mengumumkan senarai harga jualan untuk model terbabit, nantikan maklumat selanjutnya tidak lama lagi.

*Update : Menurut maklumat dari Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng, Nissan Almera akan ditawarkan pada harga sekitar RM70K sehingga RM85K, sementara penghantaran pertama kepada pelanggan akan bermula pada akhir tahun ini.

Terbaik!(0)Booo~(0)

22 Comments

  1. gomotech.com

    August 10, 2012 at 3:15 pm

    saingan preve ni

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • farghmee

      August 10, 2012 at 4:02 pm

      dr segi ape bro?

      aku tgk kt web nissan cm biasa2 je spec kete nih?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • fauzi

        October 8, 2012 at 10:43 pm

        aku pun mcm kau juga ....tengok nissan ameera macm biasa saja..........tengok bahagian dalam tak nampak sporty......mugkin kereta rekaan pakar jepun yg dh berumur..................he.he.

        Terbaik!(0)Booo~(0)
    • adros shah

      August 10, 2012 at 6:54 pm

      rasanya , saingan VIOS ( Toyota ) dan juga CITY ( Honda ) . Namun dr segi spec , Hyundai Elentra dan Kia Forte jauh meninggalkan kereta2 jepun segmen B. Nissan Almera ini adalah replace Nissan Latio yang kelihatan lesu di pasaran Malaysia. Tapi enjin Nissan antara terbaik.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • khairu diab

        August 10, 2012 at 7:47 pm

        ko nk bandingkan dgn elantra dan forte mmg la jauh ketinggalan, sbb yg tu kete C segmen, elantra dgn fote ni lawan die corolla altis, honda civic, nissan aylphy, agak2 la nk banding dgn kete B segmen, mmg la jauh ketinggalan, baik bandingkan almera ni dgn vios, city, new hyundai accent, baru tau yg mana lg hebat utk B segment, tp bg aku almera punya features mmg menarik dr vios dan city, harga pon dijangkakan jauh lebih murah dr vios dan city, walaupun bentuk almera dirasakan sedikit kureng sempurna, apapon kete ni mmg laris di europe dan di US,

        Terbaik!(0)Booo~(1)
        • akid zulqarnain

          August 15, 2012 at 11:21 pm

          adros mungkin tersilap baqnding sebab harga C segmen Korea tu lingkungan B segmen Jepun...

          Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. wira standart x de disc belakang

    August 10, 2012 at 10:17 pm

    saingan vios dgn city ni... klau banding dengan preve mmg jauh ketinggalan la almera ni.. spek biase je kot nak banding dgn preve.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • khairu diab

      August 10, 2012 at 11:47 pm

      spec die menarik jgk bro, aircond guna auto climate control, preve mana ada lg yg ni, pastu guna keyless entry dan push start button, preve hnya ada push start button je, keyless entry xde lg kt preve, x ketinggalan sgt la almera ni,

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Hujk

        August 11, 2012 at 3:13 pm

        Spec tu memang spec utk Malaysia ke luar negara nyer. Kalu luar negara, belum tentu ada kt spec malaysia. Lgpun spec yg saudara sebut tu added value je. Better city lg rasanya

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • khairu diab

          August 11, 2012 at 9:54 pm

          city mmg berbaloi, tp harga agak mencekik darah utk E grade, mmg diakui performance dgn handling mmg menang kt city,

          Terbaik!(0)Booo~(0)
      • khairu diab

        August 11, 2012 at 10:14 pm

        spec tu mmg ada utk malaysia la, aku tnya member aku, die nissan SA

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. khairu diab

    August 11, 2012 at 10:04 pm

    aku x kisah sgt la, add value ke, ape ke, yg penting ok lg dr proton, aku rela amik kete dugong ni lg dr amik proton, nissan ni mmg dh terbukti kualiti dan ketahanan enjin die, tgk la suatu hari nnti almera bakal jd teksi nnti mcm abgnye dulu, nissan sentra

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzi

      October 8, 2012 at 10:40 pm

      aku dah pakai proton ..jadi nak pakai pula kereta luar.....yang dok berkenan sekarang ni kereta forte nampak mengancam......

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • is

        October 26, 2012 at 12:53 am

        hah aku pun dah gadai saga fl 1.3 auto aku dgn forte sx 2.0. cantik, mengancam, smooth 'meluncur' dan memang powerful!!! minyak mcm same je proton aku dulu. (nak jimat ambik 1.6 tapi power kureng skit je lah). member lain pakai vios n city pun dok wusha je aku hahaha...mcm pakai civic la katakan. harge lebih kurang same B segment so, aku ambik yg luas - kia forte high spec trus. puas hati. nak beranak pinak pun x kisah, takde gaduh sempit mcm city n vios.

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. Hujk

    August 12, 2012 at 1:11 pm

    Kete ni design tu x kisah sgt. Yg penting keselamatan tu. Sebab ada tgk gmbr preve eksiden hr tu.Lori langgar
    side tepi driver. Driver ok. Minor injury je.kalu almera tahap tu gak boleh la amik ni sebab quality+selamat banding preve selamat+quality kurang. Tp kalu setakat quality je, baik amik preve. Keselamatan lg penting. Nissan kualiti maybe 10, preve rasnya adalah 6, 7 kot. Ok la tu.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • farghmee

      August 13, 2012 at 9:55 am

      http://www.iihs.org/ratings/ratingsbyseries.aspx?id=744
      tp yg tu ada curtain airbag, esp

      http://www.iihs.org/ratings/rating.aspx?id=1623&seriesId=744
      low c-pillar tu cm bahaya je utk kepala?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. atai

    August 29, 2012 at 2:37 pm

    ni klu bhg luaran dpt sentuhan dari IMPUL mmg cantik ni...klu kt thailand yg dh modified perghhh...mmg mengancam... aku pn tgh fikir lg nk amik vios ke almera...apa2 pn aku kna tunggu harga almera dlu...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • atai

      August 29, 2012 at 3:15 pm

      max. power & torque almera rendah sikit dari vios...
      Spec Vios : Max. Output (SAE-NET)80kW (109PS) / 6,000 rpm
      Max. Torque (SAE NET)141Nm (14.4kg-m) / 4,200 rpm

      Spec Almera : Max. Output (SAE-NET)75kW (102PS) / 6,000 rpm
      Max. Torque (SAE NET)139Nm (14.2kg-m) / 4,000 rpm

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. cikjal

    September 6, 2012 at 9:26 am

    nissan terbaik dari segi kualiti dan pemanduan... dah dua jenis nissan aku guna, kedua-duanya tidak menghampakan...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. fauzi

    October 8, 2012 at 10:36 pm

    jenama nissan cukup bagus dari segi kualiti tp aku tak suka rekaanbentuk ala-ala kereta orang tua (kurang sporty) tak mcm kereta kia..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. shahrul2090

    October 29, 2012 at 5:00 am

    sesiapa nk pandu uji nissan ni..boleh hubungi 0129388116 bermula 30 oktober 2012... ( kl shaja)...sy bg tips nk beli kereta..
    1) keselamatan
    2) keselesaan
    3) ketahanan
    4) harga berpatutan
    5) maintenance....
    6) kualiti

    sy dlu prnh join hyundai,perodua n proton...skrg sy join nissan..so bley bg tips skit la..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. yan

    November 13, 2012 at 7:36 pm

    cun la nissan ni....cume mmg x dpt dinafikan dalaman dia mmg mcm org tua skit...tgh tunggu loan approve je...harap2 approve la....luar dia dh tambah body kit nampak sporty skit....cume dalaman je....kalau ada duit lebih leh la tukar cd player tu kpd navigator...mula2 nk ambik pesona...tp mcm rugi plak sbb pesona nk abiskan stok ni abiskan stok....tgk vios plak...dh la mahal spec lebih kurang je....alang2 dh ada kereta baru keluar ni trus ambik almera....

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>