Honda EX5 Dream - motosikal ikonik dan legenda sejak tahun 1987 - Arena Kereta

Honda EX5 Dream – motosikal ikonik dan legenda sejak tahun 1987

Honda EX5 pastinya dikenali ramai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, sebuah motosikal kapcai dengan enjin 100cc yang terbukti lasak dengan kemampuan penggunaan petrol antara yang paling menjimatkan pernah dijual di pasaran Malaysia. Model ikonik berstatus legenda ini mula diperkenalkan sejak tahun 1987, dan kini masih dijual melalui versi terbaru Honda EX5 Dream. 

Hari ini, selepas 25 tahun berlalu, jualan Honda EX5 keseluruhannya mencecah hampir 1.9 juta unit, dan masih mendapat permintaan tinggi daripada para peminatnya. Bagi melebarkan lagi pengaruhnya, Boon Siew Honda baru-baru ini telah memperkenalkan warna terbaru bagi Honda EX5 Dream, yang didatangkan dalam warna kelabu dengan corak grafik berani dalam kombinasi warna emas, merah dan putih.

Harga yang ditawarkan untuk Honda EX5 Dream bersama insuran komprehensif untuk penunggang tunggal ditetapkan sebanyak RM3,999.40 bagi varian penghidup tendang (kick starter) dan RM4,269.40 untuk penghidup eletrik (electric starter). Boon Siew Honda turut menawarkan tempoh jaminan setahun atau 12,000 km untuk dinikmati oleh pemiliknya. Untuk mendapatkan maklumat dan spesifikasi lebih lengkap, sila klik ‘brochure’ di sini – Honda EX-5 Dream.

p/s : Saya pernah memiliki Honda EX5 versi pertama yang dibeli pada tahun 1999, memang tahan lasak dan menjimatkan. Kelajuan pun boleh tahan, pecutan senang-senang boleh dapat 115 km/j. Pikap tak payah ceritalah, cukup kuat walaupun enjin sekadar 100cc.

Ikut pengalaman saya juga sepanjang mengendalikan kes-kes kesalahan juvana di mahkamah, kes-kes melibatkan kecurian motosikal Honda EX5 merupakan yang paling top berbanding motosikal lain. Sampai satu tahap ramai yang tak berani beli Honda EX5 sebab takut kena curi.

Terbaik!(4)Booo~(0)

10 Comments

  1. trustdesign

    August 21, 2012 at 6:38 pm

    Mmg pun EX5 moto panas dlm pasaran skrg..masa sy nk beli LC baru tnya tokey kedai moto sndri pun ckp EX5 paling bnyk kene curi=>

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  2. kasperia

    August 22, 2012 at 1:18 am

    tp ex5 skrg dh x berkualiti mcm yg dlu2 pnya. dlu pnya lasak. psg pn kt japan.

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  3. Azmin

    August 22, 2012 at 11:19 am

    Ayah saya masih menggunakan EX-5 model keluaran 1994 sehingga kini dan terbukti enjinnya masih lasak walaupun menggunakan minyak pelincir yang sepatutnya hanya untuk enjin Diesel.

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  4. trustdesign

    August 22, 2012 at 2:46 pm

    Tp mmg xdnafikn mmg ex5 cub yg paling popular walaupun design nya dh 25 tahun..cuba tgk moto posmen dgn fast food delivery,semua pakai ex5 sbb mmg tahan lasak

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  5. Joe Kamari

    August 24, 2012 at 3:07 am

    ...emm..petang tadi baru menempah sebuah ex5..ni motor ex5 yg kedua..yg pertama anak gunakan...yg baru ni sendiri guna..harganya berpatutan berbanding motor-motor lain..lasak..cuma risau kalau ditinggalkan di shopping complex...kena kunci motor ni dengan betul..ramai peminat...

    Terbaik!(2)Booo~(1)
  6. zalia

    August 24, 2012 at 10:45 pm

    EX5 aku dah berusia 17 tahun, beli second hand dari member 10 tahun dulu, pick up dgn power macam dulu juga. yg penting, jaga minyak enjin saja, yg lain lantak lah.

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  7. achoy

    October 12, 2012 at 10:59 am

    saya pengguna tegar ex5 dan peminat motor jenama honda. saya akui ex5 terbaik antara motor² yg ada. sebab saya dah guna 2 buah ex5 semasa bujang(buat merempit, tapi dah insaf sekarang hehehe). sekarang ni pun bercadang nak beli ex5 lagi sebijik untuk org rumah hantar anak ke sekolah.

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  8. fadil

    December 26, 2012 at 9:10 pm

    saya ni antara pengguna motor honda ex5...
    walaupun motor tu dah 18/19 tahun digunakan and dah ade part yg barai...
    ade jugak orang yg x berperi kemanusiaan cuba untuk mencurinya...
    nasib baik motor x hilang...cuma helmet je yg lesap...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  9. man

    June 24, 2013 at 5:37 pm

    saya sudah una ex5 dari tahun 2004 hingga skarang memang jimat, sebelum ada ex5 guna rg sport mcm2 masalah dengan minyak kuat, habia busuk baju kalau pakai baju hujan, ex5 memang bagus.

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  10. honda motorcycle

    May 20, 2014 at 8:11 pm

    Thanks for sharing... I love my CRF250L!

    Thumperbay,
    Kevin

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>