Peugeot 208 GTi disahkan sebagai model produksi - 1.6 liter THP, 200bhp & 275Nm - Arena Kereta

Peugeot 208 GTi disahkan sebagai model produksi – 1.6 liter THP, 200bhp & 275Nm

Peugeot telah mengesahkan model hatchback terbaru berprestasi tinggi Peugeot 208 GTi akan dikeluarkan sebagai model produksi pada 2013. Kenyataan tersebut susulan daripada pelancaran model yang sama dalam versi standard pada bulan Jun 2012, yang sehingga kini mendapat maklumbalas yang baik daripada pelanggan.

Menurut Peugeot, 208 GTi akan menggabungkan prestasi, keselamatan dan sensasi keseronokan pemanduan, melalui hasil kerja ekstensif melibatkan respon stereng, dinamik casis dan ketegaran sistem suspensi. Ini ditambah lagi dengan kehadiran enjin petrol 1.6 liter THP dengan hamburan kuasa 200bhp dan tork maksimum 275Nm.

Enjin sebaik itu digabungkan bersama kotak gear manual enam kelajuan, dengan nisbah gear rapat, memberikannya potensi untuk memecut dari 0 ke 100km/j dalam tempoh kurang dari 7.0 saat. Dengan berat keseluruhan 1,160kg, 208 GTi hanya mengeluarkan emisi COpada paras 145g/km sahaja.

Setakat ini di pasaran UK, tempahan untuk model 208 yang dilancarkan sebelum ini telah mencatatkan kejayaan segera apabila sebanyak 9,000 unit tempahan telah diterima. Versi GTi bagi 208 dijangka akan terus mendapat sambutan hangat apabila dilancarkan nanti.

Terbaik!(0)Booo~(0)

1 Comment

  1. alongevo

    September 7, 2012 at 11:11 pm

    Mnarik. brapa harganye plak agak2....

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>