Kia Motors kini dalam senarai ‘Top 100 Best Global Brands’ - Arena Kereta

Kia Motors kini dalam senarai ‘Top 100 Best Global Brands’

Jenama Kia Motors Corporation kini sudah memasuki era baharu apabila tersenarai dalam 100 jenama global terbaik (Top 100 Best Global Brands), merujuk kepada kajian bagi tahun 2012 yang dikeluarkan oleh Interbrand, agensi konsultansi jenama terbesar di dunia.

Nilai jenama Kia kini berharga kira-kira $4.1 bilion USD, menjadikan kedudukannya di tempat ke-87 dalam senarai ‘Top 100 Best Global Brands’. Itu merupakan peningkatan luar biasa sebanyak 50 peratus berbanding anggaran nilai jenama yang dikeluarkan pada tahun sebelumnya, dan jauh melebihi pertumbuhan purata nilai jenama automotif pada kadar 11 peratus.

Edisi 2012 kajian tahunan Interbrand ‘Best Global Brands’ diukur mengikut prestasi kewangan perbadanan itu dari segi pulangan kewangan kasar kepada pelabur, peranan jenama dalam menentukan keputusan pembelian yang sebenar, dan kekuatan jenama, yang mana keupayaan jenama dalam menjamin pendapatan yang boleh dijangkakan pada masa hadapan.

Peningkatan kukuh dalam jenama Kia baru-baru ini berkait rapat dengan lonjakan jualan globalnya, yang mana telah mencatatkan keuntungan digit berganda tiga kali berturut-turut dari tahun ke tahun untuk mengukuhkan kedudukan Kia sebagai jenama automotif utama dunia yang paling pantas berkembang.

Sepanjang tempoh lebih tiga tahun dari 2008 sehingga 2011, jualan tahunan global Kia telah berkembang sebanyak 81 peratus kepada hampir 2.5 juta unit.

Terbaik!(0)Booo~(0)

7 Comments

  1. Syed Temin

    October 11, 2012 at 1:09 pm

    Adakah Proton masuk dalam senarai 100 jenama Global,Macam mana Bro AK ?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • AK

      October 11, 2012 at 3:21 pm

      Tak masuk, tak tahu bila agaknya akan masuk..hehe

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. protin

    October 11, 2012 at 2:14 pm

    senarai Top 100 Brand
    http://www.interbrand.com/en/best-global-brands/2012/Best-Global-Brands-2012.aspx

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. nik

    October 12, 2012 at 2:55 pm

    proton patut contohi KIA Motors ni...mungkin patut jg lakukan R&D bersama suatu hari nanti.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. John

    October 16, 2012 at 9:01 pm

    Memang hebat KIA ni.
    Especially K5. Honda & Toyota yang buruk/ugly tu sudah boleh belah..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. mambang

    October 16, 2012 at 11:08 pm

    KIA bab design dgn gadget kereta mmg menarik dan canggih. cuma prestasi engine tu agak ketinggalan berbanding engine dari jepun dan eropah. kita boleh tgk sendiri atas kertas bahawa engine2 korea masih belum setanding engine keluaran jepun dan eropah.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • is

      October 26, 2012 at 2:20 am

      haha sape cakap engine korea skrg tak setanding engine jepun? ko ade baca asas engine 4B11T @ Tetha II ni? Terus terang aku nak cakap engine kia forte ini diasaskan oleh kerjasama Mitsubishi Motor dgn Hyundai. Kereta Mitsubishi Lancer Evo yang pernah digilai rkyat malaysia, guna engine same dgn kia Forte sekarang. Dah cuba bawa 2.0sx? Asas engine ni gak dipakaikan kepada Inspira sekarang. Dah rase beza Inspira dgn engine proton lain? Pernah digunakan oleh Chrysler gak dlm keretanya. Sekarang modifikasi engine dilakukan dan siapa guna sekarang? Jawabnya- Hyundai Sonata & Elantra, Kia Forte & Sportage, Proton Inspira, Mitsubishi Lancer Evolution... Sebabnya, pemanduan gaya sporty, tangkas dan menepati ciri2 pemanduan gaya orang muda. Skrg kia tumpu pada teknologi interior dlm cabin kereta + engine powerful untuk target buyers muda2 yg gemar gadget hi-tech. Buka lagi dah mcm toyota (uncle's car lah) dan honda (kereta belia tua aka electrician)... so jgn silap ckp sebab kia sekarang sedang ligat potong honda dan toyota... sama gak hyundai.

      http://www.4b11t.org/theta-ii/
      http://en.wikipedia.org/wiki/Hyundai_Theta_engine#Theta.2FTheta-II_Engine_-_2.0L_.281998cc.29

      Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>