Kawasaki Z800 baharu versi pemasangan tempatan kini di pasaran - RM47,989.00 - Arena Kereta

Kawasaki Z800 baharu versi pemasangan tempatan kini di pasaran – RM47,989.00

Seperti mana dilaporkan kelmarin, Kawasaki Malaysia telah melancarkan dua buah model motosikal berkuasa tinggi baharu versi 2013 di pasaran tempatan, iaitu sebuah model sportbike Ninja 250R dan model naked Z800, kedua-duanya merupakan versi pemasangan tempatan.

Selain Ninja 250R yang menarik perhatian ramai kerana reka bentuknya yang diinspirasikan daripada model berkuasa lebih tinggi, Z800 turut mendatangkan perasaan teruja peminat motosikal di Malaysia apabila ditawarkan pada harga runcit kompetetif RM47,989.00.

Kawasaki Z800 merupakan generasi baharu selepas model popular Z750 dengan perubahan kapasiti cc enjin yang kini bertambah sebanyak 50cc. Ia dilengkapi enjin 4-silinder 806cc dengan hamburan kuasa maksimum 113PS@10,200rpm dan tork maksimum setinggi 83Nm@8,000rpm, seterusnya digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan.

Sumber gambar-gambar menarik Kawasaki Z800 2013 daripada Kawasaki UK.

Terbaik!(6)Booo~(2)

20 Comments

  1. ady

    October 13, 2012 at 10:24 am

    Kalaulah aku xkahwin lagi dan komitmen xtinggi lagi... Mau aku angkat 1.... Ish geramnya.....

    Terbaik!(4)Booo~(0)
  2. hamid

    October 13, 2012 at 3:11 pm

    dari segi harga dah agak ok berbanding tahun sebelum tu.yamaha xj 6 dalam rm 41,000 ,cc kurang 200>< pemenang nampaknya kat z800 ni lagi ok kalau harga dalam rm 45++++boleh lah buat buget dari sekarang.....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. mohd khairul

    October 13, 2012 at 5:58 pm

    versys tetap di hati ku hehehehe

    Terbaik!(0)Booo~(2)
  4. awg1031

    October 13, 2012 at 7:10 pm

    pegi kawasaki tadi, tp belum sampai stock lagi kt Juru ni..so, try la z1000..fuh, berdebar rasanya..hahaha

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. nasa

    November 6, 2012 at 12:28 am

    kesian orang yang baru beli z750 2hand dgn harga 45k@lbh ,,, pasti menyesal bila tgok z800 harga dia baru RM47,989.00.

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  6. sam

    November 6, 2012 at 10:31 pm

    Z800 memang power tapi bentuknya pula spoil habis. yamaha juga tetap dihati dulu dan selamanya. cantik dtapean secondhand value tetap ada

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  7. ridzuan MAZLAN

    November 6, 2012 at 11:39 pm

    top speed berapa

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Sham

      December 6, 2012 at 7:15 pm

      Top speed diaorg ckp bleh p 260KM..Z800 dah mcm er-6n. 4 thn lepas ramai beli er-6n,termasuk aku punyelah sayang,bangga pun ada sbb pasang thailand,murah..skrg ni dh x de value..nk trek in, kedai nk 20k..aku p kedai lain nk 18K..risau plak nk angkat z800..3-4 thn akan dtg Z800 dh x laku sbb ramai org angkat...tp yg x tahan tu
      4 silinder tuu..x tido mlm dibuatnye

      Terbaik!(2)Booo~(0)
      • aloya

        January 10, 2013 at 4:01 pm

        apa masalah kalau 4 silinder bro? noob aku ni

        Terbaik!(0)Booo~(1)
        • wan

          April 12, 2013 at 12:04 pm

          sebab xtahan bunyi die sedap sgt tu..ehhe

          Terbaik!(1)Booo~(0)
  8. Arbo

    December 28, 2012 at 7:38 pm

    Lampu dia mmg menyala sebelah kiri je ke?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • wan

      April 12, 2013 at 12:03 pm

      lampu rendah sblah je bro..klau on lampu tinggi baru dua2 on..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. man

    March 20, 2013 at 8:46 pm

    bila stok bari z800 akan sampai? tak kan sampai sekarang stok tak ada lagi? kata pemasangan tempatan?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. erry

    May 8, 2013 at 10:07 pm

    teringinnya nk pkai...berapa installment...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. zul

    July 24, 2013 at 9:45 am

    Z800 ni kalu tukar exzaust lain okay ke...nak kasi dia punya bunyi mantap , padat dan garang

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • din

      August 19, 2013 at 10:29 am

      tukar exzaust yoshimura la,,atau pon akrapovic,,

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. din

    August 19, 2013 at 10:27 am

    kawasaki z800 e-version ada dak,,kalau ada nak angkat satu..hehe..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. Wan Hab

    September 2, 2013 at 2:47 pm

    Simpan duit dulu bro...gua pun mengidam gak..sabar sabar

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. slebets7697

    September 2, 2013 at 10:19 pm

    apsal bile smpai 160km/h ade rase gegar skit? den baru pakai dlm 3 hari

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Azim

      August 19, 2014 at 10:42 pm

      sabar dulu bro , baru 3 hari .. masih dara lagi tu

      Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>