Lamborghini Aventador LP700-4 Roadster diperkenalkan di Malaysia, harga bermula dari RM3 juta! - Arena Kereta

Lamborghini Aventador LP700-4 Roadster diperkenalkan di Malaysia, harga bermula dari RM3 juta!

Masih segar dengan laporan mengenai model supercar Lamborghini Aventador LP700-4 Roadster yang disiarkan di dalam Arena Kereta baru-baru ini (rujuk di sini), Lamborghini telah memperkenalkan model tersebut kepada umum di Kuala Lumpur pada awal hari ini.

Menurut laporan daripada Lamborghini Kuala Lumpur selaku pengedar kenderaan Lamborghini di Malaysia, harga yang ditawarkan untuk Aventador LP700-4 Roadster ini bermula dari RM3 juta. Tempoh menunggu sebelum penghantaran pula dikatakan memakan masa di antara 12 sehingga 18 bulan.

Jadi siapakah di kalangan anda yang bertuah untuk memiliki jentera idaman ramai ini? Sumber laporan daripada Cars, Bikes, Trucks.

Terbaik!(1)Booo~(0)

4 Comments

  1. protin

    November 21, 2012 at 1:08 pm

    Siapa lagi, billionaire malaysia lah..

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  2. Syazwan

    November 21, 2012 at 2:03 pm

    ini pangkat gaji chairman, BOD boleh laa... =.=' gaji rm20k pun blum lepas ni.. lol

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  3. jonathan rea

    November 23, 2012 at 8:32 am

    dgn 3juta, aku nk buka perniagaan sendiri yang aku idam2kan, hidup bahagia dgn anak, isteri dan kedua2 belah keluarga..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  4. mel

    November 23, 2012 at 5:17 pm

    3juta nie leh sumbat 2org jea.. tpi klu 3juta buat sekolah @ asrama anak yatim boleh sumbat 200 orang..

    Terbaik!(1)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>