SP Redline : Putra Evo 3 vs Honda Civic Type R (Bahagian 2)

Honda Civic Type R image

Sambungan dari Bahagian Pertama;

Beberapa meter sebelum melepasi jambatan Sungai Kuala Ketil, aku mengambil keputusan untuk berada di lorong pemanduan sebelah kanan dan bersedia menghadapi risiko untuk memotong Civic Type R. Aku akui tindakan itu sangat berbahaya, tambahan pula jarum meter kini menunjukkan angka 160 km/j, sedangkan Civic Type R tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memberikan Putra milikku walau sedikit ruang untuk memintas.

Dengan pantas aku membelokkan roda stereng ke kanan dan pedal minyak aku tekan semakin kuat, menghasilkan bunyi ekzos dari dua buah kereta berprestasi tinggi yang kini berada saling bersebelahan semakin bingit dan keras. Aku melihat jarum meter yang telah mencecah angka 180 km/j, tiada pilihan lagi selain terus menekan pedal minyak kerana kurang daripada 50 meter di hadapan aku bakal berhadapan dengan selekoh yang agak tajam.

Honda Civic Type R yang berada di sebelah Putra milikku aku lihat semakin laju seolah-olah tidak mahu memberi peluang untuk aku berada di hadapan, namun aku sudah bersedia untuk memotong pada kelajuan meter 200 km/j. Hampir saja sampai ke selekoh tajam, sepantas kilat aku memintas lalu masuk semula ke laluan kiri menyebabkan bampar hadapan Civic Type R hampir-hampir mengenai bampar belakang Putra milikku.

Akhirnya aku berjaya berada di hadapan Civic Type R yang kini hanya dipisahkan dengan jarak beberapa meter sahaja. Aku tidak terfikir untuk memperlahankan kenderaan kerana bagiku medan penamat hanya akan tiba dalam jarak beberapa kilometer lagi. Putra milikku terus memecut laju meninggalkan Civic Type R sambil meratah beberapa selekoh yang sememangnya sudah menjadi mainanku sejak beberapa tahun dahulu. Jalan yang lengang tanpa gangguan dari kenderaan lain memudahkan aku untuk mengawal situasi.

Kurang dari 300 meter untuk sampai ke simpang kiri menghala ke Padang Serai, Kulim, aku membuat keputusan itulah garisan penamat perlumbaan malam ini. Honda Civic Type R yang berada di belakangku semakin mendekati dengan laju memandangkan laluan yang dilalui ketika ini agak lurus, dan jika ada kelibat kereta yang datang dari depan ia boleh dilihat dari jauh dengan mudah. Tak mungkin aku akan mengalah di garisan penamat ini, getus hatiku sambil kaki kanan terus menekan pedal minyak untuk membuat pecutan terakhir.

Lagi 200 meter jaraknya sebelum sampai ke persimpangan, dari cermin sisi aku sempat melihat Civic Type R membuat tindakan berani dengan mengambil laluan di sebelah kanan jalan, aku tahu tujuannya tidak lain hanya untuk memintas. Aku tidak pasti kelajuan sebenar Type R yang ketika ini menghambat aku dengan begitu pantas sekali, antara sedar dengan tidak ia sudah berada di sebelah Putra milikku yang ketika ini menunjukkan jarum meter tepat 240 km/j.

Kedua-dua jentera berprestasi tinggi itu terus memecut laju dengan bunyi bingit memecah kesunyian dinihari, tiada tanda salah satu akan mengalah dengan mudah. Akhirnya kedua-duanya melintasi simpang kiri ke Padang Serai sepantas kilat, sukar untuk mengagak jentera manakah yang berada di hadapan sekali ketika itu. Belum sempat aku meneruskan pecutan dengan Civic Type R masih berada di sebelah kananku, dari kejauhan nampak cahaya kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

Pedal minyak sedikit aku angkat untuk membuka jalan kepada Civic Type R untuk kembali masuk ke laluan kiri, kerana bagiku perlumbaan malam ini telah tamat. Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan menuju ke Kelantan membunyikan hon dengan kuat, serentak dengan itu Civic Type R memintas Putra milikku dan terus memecut laju. Aku hanya mengekori dari belakang dalam jarak lebih kurang 10 meter. Pada bila-bila masa kami akan sampai ke simpang empat berdekatan JPJ Sungai Petani.

Pemandu Honda Civic Type R mula memperlahankan kenderaannya setelah melihat lampu isyarat merah dihadapan. Simpang empat yang lengang dengan hanya beberapa buah kenderaan sahaja yang menggunakannya ketika itu terasa begitu tenang sekali. Jam ditangan menunjukkan angka 3.00 pagi. Civic Type R berhenti di persimpangan sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Sungai Petani, dan aku pula membelok ke sebelah kiri untuk pulang ke rumah di Bandar Seri Astana.

Debaran kencang di hatiku tadi sudah semakin reda, aku pasti pemandu Civic Type R bersama-sama penumpang di sebelahnya juga merasai debaran yang sama saat berlumba tadi. Sukar untuk aku percayai, perlumbaan jalanan tanpa dirancang itu tadi antara yang terbaik pernah aku hadapi sepanjang tempoh dua tahun yang lepas.

Walaupun gagal mengalahkan Civic Type R apabila mencatatkan keputusan seri, kepuasan yang aku perolehi amat sukar diucapkan. Bagiku peluang berlumba dengan jentera sehebat Civic Type R generasi kelapan yang hanya dijual di pasaran Jepun dan Malaysia itu adalah antara pengalaman paling berharga pernah aku perolehi. Pada masa yang sama aku berbangga dengan prestasi jentera Putra SP Redline milikku yang tidak pernah menghampakan setakat ini.

Jauh disudut hati aku mengharapkan peluang berlumba dengan mana-mana jentera sehebat Honda Civic Type R akan berulang selepas ini. Perlumbaan jalanan yang penuh berisiko kerana kita tidak akan tahu kemampuan sebenar pihak lawan, juga kerana laluan trek yang jauh lebih mencabar berbanding perlumbaan di litar.

Sumber foto dari Mugen Japan

Terbaik!(0)Booo~(0)

20 Comments

  1. mambang

    December 26, 2012 at 8:13 pm

    power to weight ratio mmg putra evo 3 menang. tapi engine K20 type r sememang power tanpa pengecas turbo....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. shah

    December 26, 2012 at 9:46 pm

    Bual jer tu ... kena tgk dulu sapa pemandu Honda Civic Typer R tu ... aku pown boleh buat cerita mcm nie .. porraaaaah !!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Tester

      December 26, 2012 at 9:47 pm

      Apsal marah pulak nih??!!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • fauzan

        December 27, 2012 at 9:04 am

        Mmm... jeles ar tu:) suruh ar bro shah buat citer cam tu kat blog dia (kalau ada la). Confirm xde org yg baca punya. haha (...gurau jer).

        cheers!

        Terbaik!(0)Booo~(0)
    • ape pun tak boleh

      December 27, 2012 at 4:06 pm

      ape pun xboleh la ko nie punnn...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • amie R3

      January 3, 2013 at 7:45 am

      Shah...
      kalau ngko baca betul betul ayat dalam cerita ni, every single word yang digunakan memang betul2 menunjukkan penulis ni ada experience dalam perlumbaan jalanan. tak kisah lah either as the pilot atau just co-pilot sebelah tu ja..

      please repect others. penulis ada pengalaman. bukan sesetengah cerita yang nak bercerita tentang dunia permotoran tapi tak ada background in motoring atau "permainan sukan rakyat"

      anyway Bro Evo...
      dah lama saya tunggu kesinambungan cerita ni...dah macam movie Transformers lak...kena tunggu 2 tahun. nice work...

      jalan tu memang selalu saya guna utk ke KB dari Kangar tapi sekarang dah ikut SP-Grik...highway baru...masuk pekan Kuala Ketil sikit ja...baru ja minggu lepas saya guna laluan tu tapi bukan dengan Putra but dgn Evo saya...around 5 pagi. memang layan...udara sejuk...nice air to intercooler and turbo...

      keep up the good writing...anyway...my Putra Bumblebee dah kembali on the road about 3 months ago...lagi sedap dari sebelum accident...

      Terbaik!(1)Booo~(0)
      • AK

        January 3, 2013 at 5:58 pm

        Hehe, tak sangka sedar tak sedar dah dua tahun cerita tu tertangguh, akhirnya siap jugak.. Saya dah agak bro Amie R3 akan menunggu penamat cerita tu.. :)

        Kalau ikut pengalaman tu adalah sikit-sikit, cuma kalau situasi real suasananya tidaklah sesantai dalam cerita yang saya tulis tu.. Perlumbaan jalanan yang pernah saya terlibat dulu tu lebih menakutkan, silap-silap nyawa kita atau nyawa pengguna jalan raya lain boleh melayang.. sekarang totally dah tinggalkan terus semua tu, ingat orang yang tersayang.. :)

        Tak sangka Putra Bumblebee dah kembali, kalau tengok gambar eksiden dulu agak teruk.. dah jadi lagenda kereta tu..

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. wira_evo

    December 27, 2012 at 1:50 pm

    fuhh..punye lame aku tunggu sambungn PART 2 nih.bru tau kesudahannya. erm ni pengalaman Bro AK sdr ke? :)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • AK

      December 27, 2012 at 7:07 pm

      Memang lama bro, selepas 2 tahun baru tergerak nak buat sambungan.. tu cerita fiksyen saja, campur pengalaman yang tak seberapa.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. wira jinjang

    December 27, 2012 at 5:21 pm

    area sri astana sllo nmpk putra evo merah... brader AK pnya putra warna apa?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • AK

      December 27, 2012 at 7:08 pm

      Saya tak pernah pakai Putra bro, dulu pernah pakai Satria 1.8, tapi dah jual..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. Darkside

    December 28, 2012 at 9:41 am

    Lagi mau kencing ngan citer camnie.. Ko ingat citer ngan budak skolah ker.. Ntah driver type r 2 budak baru abis skolah ker..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • awg

      January 1, 2013 at 9:11 am

      jgn la nak ngelabah sangat..ni fiksyen je pun..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • kawan baik fauzan ( shah )

      January 8, 2013 at 6:01 pm

      hmm .. rupanya fiksyen .. menyesal aku komen .. engine K20a antara terbaik drpd HONDA :) ..
      Tapi x mustahil proton boleh lawan honda 1 ari nanti .. tapi kenalah berusaha ke arah tu bukannya mengeluarkan kereta2 hampeh !!!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. aretick

    January 1, 2013 at 9:13 pm

    sehebat mane pun civic nie dye tetap FF.....
    harga dye buleh dpat 4WD mcm evo...subaru......

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • awg

      January 2, 2013 at 9:59 pm

      tp sehebat mana sekalipun 4WD, kat track x semestinya power..kalau rally lain cita..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • aretick

        January 28, 2013 at 8:36 pm

        dlm track MR dgn FR paling cemerlang conering....

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. coupe

    January 18, 2013 at 6:37 pm

    assalammualaikum utk suma,
    pekaba kat suma geng2 n bro2 kat AK nie?
    sory lama x ikut AK sbb t'lampau BZ.
    apa pun mmg best citer nie sy t'paksa cari blk part 1 citer nie sbb dh lupa starting dia.

    utk pembaca2 lain tlg jgn nk post kata2 yg blh m'aibkan n m'hina org.
    org2 yg mcm nie la aku panggil "melayu bangsat" !!!!

    klu korg rasa x puas ati dgn apa yg aku ckp, korg blh dtg cari aku kat putrajaya.
    biar mesin kita b'ckp atas jln raya.

    klu nk cari aku senang ja.
    myvi std 1.3 auto putih solid pekak ada stiker "1800-88- g mampus" plat putrajaya tunggu org2 yg kuang ajar kat dlm blog nie !!!!!!!

    sory admin kata2 sy agak2 kuang ajar.
    sy cuma nk ajar anak2 melayu bangsat yg br kenal stereng mcm diorg nie.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. civic fb

    January 19, 2013 at 3:39 pm

    bekeng demo......takut kawe.....hebat ko demo bawa kereta tuw....kawe dok serdang..nanti kawe gi cari demo...nak try tengok kehebatan demo memandu... demo ore mana?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. aretick

    January 19, 2013 at 9:08 pm

    listen.....listen....listen....listen....listen.....listen.....klu nk cari aku senang ja.
    kancil petak x ad power window manual silver karat pekak ada stiker “1800-88- g mampus” plat putrajaya tunggu org2 yg kuang ajar kat dlm blog nie !!!!!!!

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>