Citroen Malaysia kini dibawah pengurusan baru Naza Euro Motors

New Citroen DS5 1 Citroen Malaysia kini dibawah pengurusan baru Naza Euro Motors

Citroen, sebuah jenama yang agak kurang menyengat di pasaran Malaysia akhirnya telah berada di bawah pengurusan baru yang terkenal dengan gerak kerja kreatif dan agresif.

Menurut laporan media baru-baru ini, Naza Euro Motors yang merupakan anak syarikat Kumpulan Syarikat Naza, telah dilantik secara rasmi sebagai pengedar bagi jenama Citroen di Malaysia.

Naza Euro Motors dilaporkan akan melancarkan cawangan 3S (jualan, servis dan alat-alat ganti) Citroen di Lembah Klang pada akhir Februari ini, seterusnya merancang untuk melancarkan pusat 3S baru di wilayah utara dan selatan dalam beberapa bulan lagi.

Di bawah pengurusan Kumpulan Syarikat Naza, Citroen di pasaran Malaysia dijangka akan mendapat manfaat sama seperti jenama Peugoet yang kini mula menjadi model pilihan kebanyakan rakyat Malaysia.

Sumber : BERNAMA

Comments

  1. Kereta citroen akn dipasang di kilang naza maybe bulan 8 nanti

  2. ntah camana la kualiti aftersales service dia nanti.

  3. kalau naza yang take over, memang akankurang kualiti pemasangan dan juga after sales service, macam produk Kia yang diuruskan oleh Naza…..hampeh

Speak Your Mind

*