Galeri Proton Exora Bold 1.6 Standard CFE berwarna putih solid

Proton Exora Bold Standard CFE 003 Galeri Proton Exora Bold 1.6 Standard CFE berwarna putih solid

Proton Holdings Berhad secara rasminya telah memperkenalkan varian terbaru Proton Exora Bold 1.6 Standard CFE, yang kini didatangkan terus dengan enjin berkuasa turbo bersama-sama kotak gear CVT, sama seperti Exora Bold CFE Premium.

Proton Exora Bold Standard CFE 009 Galeri Proton Exora Bold 1.6 Standard CFE berwarna putih solid

Paling menarik sudah tentulah berkenaan harga yang ditawarkan iaitu sebanyak RM69,000.00 (OTR dengan insuran) untuk model dengan warna Genetic Silver, manakala model dengan warna Solid White berharga RM68,550.00 (OTR dengan insuran).

Spesifikasi Proton Exora Bold 1.6 Standard CFE Galeri Proton Exora Bold 1.6 Standard CFE berwarna putih solid

Selain enjin turbo CFE, Exora Bold Standard sebenarnya turut dilengkapi brek cakera di bahagian roda belakang. Ramai yang terkeliru kerana spesifikasi yang dinyatakan dalam laman sesawang Proton Edar masih menunjukkan kehadiran brek dram di bahagian roda belakang. Apa pun saya yakin spesifikasi yang ditunjukkan itu adalah spesifikasi Exora Bold Standard dengan enjin CPS.

Proton Exora Bold Standard CFE 007 Galeri Proton Exora Bold 1.6 Standard CFE berwarna putih solid

Bagi anda yang masih belum melihat varian terbaru Proton Exora Bold 1.6 Standard CFE di bilik pameran, saksikan galeri model berkenaan yang tampil dalam warna menarik Solid White (Putih Solid), sumber dari Facebook sahabat : Proton EON Berhad.

Galeri Proton Exora Bold 1.6 Standard CFE (Solid White)

Comments

  1. proton ni klau low spec punya mesti rim x elok….

  2. Memang berbaloi beli.. bg aku masih lg tinggi spec yg dia bagi..

  3. proton masuk rim elok macam mana pun tetap akan ada pembeli yang masuk sport rim lain

  4. so kerb wt EB STD = 1455kg.

    • ape la sengal banner eb std kt website:
      mmg la recycle, tp jgn la xbetulkan flip image..(hint tulisan exora terbalik kt plate holder tuh)

      *u only got 1 job..

  5. tukar rim 16-17″ lepas ambik dari kedai babus ni…at least kedai tayar akan tolak harga tinggi sbb belum jalan jauh lg…..kira2 boleh la tambah dlm rm1K lagi

  6. aku dah beli n dah henjut dri tg malim ke kuala terengganu,petrol tak la kuat sangat..puas hati laa.

  7. Aku memang puji sgt exora bold stardard cfe ni…memang mantap..dari KL gi JB ikut highway memang pick up dia menakjubkan…minyak save,selesa & menakjubkan..X nyesal beli….

Speak Your Mind

*