Proton dalam keadaan kritikal, bakal dipintas oleh Toyota? - Arena Kereta

Proton dalam keadaan kritikal, bakal dipintas oleh Toyota?

medium_PROTON_LOGOProton Holdings Berhad (Proton) pernah mengecapi zaman gemilangnya sebelum ini, sehinggakan empat daripada lima unit kereta yang dijual di pasaran Malaysia ketika itu adalah kenderaan buatan Proton.

Namun sejak lebih enam tahun yang lalu, jualan tahunan Proton telah berjaya dipintas oleh sebuah lagi syarikat automotif nasional, Perodua. Sejak itu Proton bergelut untuk kembali ke puncak, namun masih gagal sehingga kini.

Dalam keghairahan Proton mengatur rentak untuk kembali ke persada teratas dunia automotif tempatan, laporan media baru-baru ini seolah-olah membayangkan Proton bukan saja telah gagal dalam misinya, malah berada dalam situasi lebih kritikal.

Menurut laporan The Malaysian Insider bertarikh 11 Januari 2013, Proton berkemungkinan besar akan jatuh ke tangga ketiga dari segi jualan, di belakang Perodua dan Toyota. Jualan Proton pada tahun 2012 direkodkan sebanyak 158,000 unit, namun jualan pada tahun ini telah jatuh sebanyak 11 peratus kepada hanya 140,000 unit.

Menurut sumber industri itu lagi kepada akhbar The Edge, kadar jualan sebenar hanya akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi, namun berkata Toyota semakin hampir mengatasi kedudukan Proton dari segi jualan pada Disember.

Tanpa model baharu terutamanya model kompak untuk bersaing dengan jenama Perodua, Proton akan terus berada di dalam tekanan. Untuk tahun ini, Proton dikatakan hanya akan melancarkan sebuah model baharu berbanding pesaingnya yang akan memperkenalkan lebih banyak model menarik dan kompetetif.

p/s : Tak dapat dibayangkan kalau kedudukan Proton jatuh di tempat ketiga di belakang Toyota. Namun tidak menghairankan kerana jenama luar seringkali dikaitkan dengan tahap kualiti yang lebih tinggi berbanding jenama tempatan.

Terbaik!(0)Booo~(0)

13 Comments

  1. johnkor

    January 12, 2013 at 9:36 pm

    basic line utk lineup toyota pun dah mula guna aksesori yang standard, cth rim alloy dan safety features.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. Absolute Rider

    January 12, 2013 at 10:38 pm

    Dato Syed Zainal (DSZ) is the best person. Respect him until today even though he is not with Proton.

    He's the right person. Current management still questionable.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. Anak_Berudu

    January 12, 2013 at 11:06 pm

    Proton perlu dan wajib tingkatkan kualiti pembuatan sekiranya hendak bersaing dengan jenama luar . Jgn hanya syok sendiri. Pandangan serta cadangan pengguna perlu diambil kira. Semak semula kualiti pembuatan dripada vendor yg dilantik utk menjadikan Proton trus & mampu bersaing dengan dengan pengeluar luar.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. Syazwan

    January 13, 2013 at 6:44 am

    design overall pun paling penting kat Malaysia ni... Rata² akan memilih design dulu, baru quality.. Sebab tu Perodua mendahului tempat-1..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. ols cars

    January 13, 2013 at 3:06 pm

    terbaiklah toyota...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. fauzan

    January 14, 2013 at 9:07 am

    Mmm... mana2 company kereta yg memasuki pasaran m'sia bagi yg tempatan atau luar mempunyai strategi masing2. Masing2 cuba sedaya upaya menguasai pasaran dan tak salah kalau melabelkan situasi nie berada dlm zon 'perang' bagi dunia automatif sendiri:)

    Peningkatan mendadak mula ditunjukkan company2 bukan dominan iaitu yg baru dlm pasaran m'sia, seperti kia, vw, nissan, chevrolet dll. peningkatan jualan meningkat melebihi 5, 6 tangga peratusan jualan tahun sebelumnya. Situasai nie sedikit sebanyak mengurangkan sedikit peratusan jualan company2 dominan seperti Perodua, Proton n Toyota. Proton perlu mengatur strategi yg lebih pelbagai selain statik dgn strategi rutin meningkatkan jualan model sedan n mpv nya di samping memperkenalkan model2 globalnya. Pasaran2 kereta compact utk golongan berpendapatan sederhana n rendah masih belum giat diterokai dan ini memberi peluang yg selesa kepada perodua yg menikmati tuaian hasil tanpa ada saingan besar dlm segment ini di m'sia. Toyota memintas proton dlm pasaran m'sia mgkin tidak mustahil jika toyota menawarkan model2 rekaan menarik dgn memenuhi harga n citarasa org m'sia utk kereta2 berbudget rendahnya.

    So, proton perlu lebih agresif menghasilkan produk2 yg menarik, seiring dgn peningkatan mutu keluarannya lebih2 lagi utk kereta2 berbudget rendah nie. Saga sudah sampai ke penghujung life cycle nya. Di harapkan model gantiannya dpt memacu pertumbuhan jualan proton (kena la cepat2 keluar, x leh lama-lama...).

    Apa2 pun gud luck to proton di bawah peneraju barunya DRB-Hicom.

    cheers!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. fade

    January 14, 2013 at 3:52 pm

    percaya pada drb untuk mengatasi masalah ini. harap2 pekerja yg tak berkualiti di bahagian pemasangan kenderaan proton dipecat dan diganti dengan pekerja lebih berkualiti. DRB nmpak mcm sikit zalim tetapi itu adalah untuk kebaikan proton di jangka masa panjang.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • JJ

      January 15, 2013 at 1:48 pm

      tamatkan dulu kontrak vendor2 yang mengeluarkan part/komponen yang tidak bekualiti tu !

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. Imddin

    January 16, 2013 at 1:18 am

    Kenapa Proton makin ketinggalan?
    Lihatlah siapa Penasihatnya.. :D

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      January 16, 2013 at 8:30 am

      Mmm... penasihatnya adalah bapa pemodenan negara. Yg membawa m'sia setakuk lagi menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti melalui gagasan wawasannya sewaktu menjadi perdana menteri dulu. Cuma malang segelintir rakyatnya x tau menghargai dan bersyukur dgn nikmat yg ada di bumi m'sia nie:p

      Proton tidak ketinggalan, cuma perlu bangkit n fokus dgn cabaran mendatang. Bersaing dgn company gergasi dlm industri automatif bukanlah alasan utk tidak bleh mencipta kejayaan. X gitu? Terus berusaha n kejayaan pasti ada:) hehe.. ok tak motivasi pagi hari nie? hehe...

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • rostam

        January 16, 2013 at 10:33 am

        Yer, Proton perlu bangkit dan meneliti segala peluang yang ada dalam industri ini bagi bersaing dengan jenama lain...Yang menghancurkan Proton pun bukan orang lain, fikir2kanlah....

        Terbaik!(0)Booo~(0)
      • din

        January 16, 2013 at 11:12 am

        sempoi la fauzan..terbaik!

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. din markisio

    January 16, 2013 at 7:05 pm

    padan la.. dengan vendor pun payah nk berurusan.. da la sistem waranti nye teruk.. better lg p2..

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>