Toyota PRIUS c TRD Sportivo diperkenalkan secara rasmi

Toyota Prius C TRD

Model hibrid kompak Toyota PRIUS c di pasaran Malaysia kini mendapat ahli keluarga baru, Toyota PRIUS c TRD Sportivo yang bukan saja tampil lebih sporty, malah sedikit sebanyak mendapat sentuhan prestasi daripada divisyen talaan TRD (Toyota Racing Development).

Menurut pengedarnya UMW Toyota Motor, sejak pengenalan model itu pada Februari 2012, lebih daripada 4,000 unit telah terjual seiring dengan permintaan yang semakin meningkat, memandangkan ianya merupakan salah satu model hibrid mampu milik di pasaran ketika ini.

Keseluruhannya, peningkatan imej pada Toyota PRIUS c TRD Sportivo boleh dilihat melalui kehadiran pakej TRD Sportivo Aerokit yang berasaskan latar belakang berprestasi tinggi TRD. Model berkenaan boleh didapati dalam pilihan empat warna menarik seperti berikut : Lime White Pearl CS, Black Mica, Silver Metallic, & Super Red V.

Beralih ke bahagian spesifikasi mekanikal, tiada perbezaan di antara kedua-dua varian sama ada PRIUS c standard mahu pun TRD Sportivo. Harga OTR termasuk insuran yang ditawarkan untuk Toyota PRIUS c standard ialah sebanyak RM97,300.00, sementara RM103,990.00 ditetapkan untuk varian TRD Sportivo.

Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>