Filem “The Last Stand” tonjol aksi hebat Chevrolet Corvette C6 ZR1

The Last Stand movie Filem The Last Stand tonjol aksi hebat Chevrolet Corvette C6 ZR1

Antara filem aksi menarik yang bakal muncul di pawagam dalam masa terdekat ini dan menjadi pilihan wajib saya ialah “The Last Stand” lakonan hero otai Arnold Schwarzenegger.

Antara sebab utama kenapa saya menantikan filem ini muncul di pawagam ialah kerana aksi hebat sebuah model kereta sport ikonik yang cukup terkenal di Amerika Syarikat (US), Chevrolet Corvette C6 ZR1 yang dipandu laju oleh watak antagonis Gabriel Cortez pada kelajuan 320 km/j.

Tambahan pula ketika ini para peminat dunia automotif di US dan di seluruh dunia sedang teruja melihat ketibaan generasi terbaru Chevrolet Corvette C7 Stingray yang cukup bergaya dan sporty, jadi penayangan filem ini di pawagam tepat pada masanya.

Saksikan ‘trailer’ filem tersebut dalam klip video YouTube di atas untuk melihat aksi hebat Chevrolet Corvette C6 ZR1 yang telah diubahsuai, tetapi awas kerana filem tersebut penuh dengan aksi-aksi ganas yang keterlaluan.

Comments

  1. Memang ganas..

  2. nampak macam best..

Speak Your Mind

*