Saya telah menanti dengan sabar sejak beberapa hari yang lepas semata-mata mahu melihat spesifikasi sebenar varian terbaru Proton Exora Bold 1.6 Standard CFE di dalam laman sesawang Proton Edar. Sebelum ini apa yang dipaparkan kalau tidak silap saya ialah spesifikasi Exora Bold CPS.
Akhirnya hari ini Proton Edar telah mengemaskini spesifikasi model tersebut, dan kita boleh lihat bahawa Exora Bold 1.6 Standard CFE masih dilengkapi brek cakera di bahagian roda belakang. Sebelum ini ramai yang ragu-ragu dengan perkara tersebut walaupun sebelum ini saya telah mendedahkan salinan brochure lebih awal (rujuk di sini).
Untuk lebih memudahkan anda semua, di sini saya lampirkan ‘screen capture’ penuh spesifikasi Exora Bold 1.6 Standard CFE yang saya ambil terus dari laman sesawang Proton Edar, saksikannya di bawah dengan cara “right click & open image in new tab”.








Recent Comments