Mercedes-Benz CLA-Class diperkenalkan dengan rasminya

Mercedes Benz CLA Class 1 Mercedes Benz CLA Class diperkenalkan dengan rasminya

Sebuah model coupe empat pintu terbaru keluaran Mercedes-Benz, CLA-Class telah diperkenalkan secara rasmi oleh pengeluarnya untuk tatapan umum, sebelum membuat kemunculan dunia di Mercedes-Benz Fashion Week di Berlin (15 ke 18 Januari 2013). Sebelum itu ia telah membuat penampilan awal di NAIAS 2013 di Detroit hari ini.

Mercedes-Benz CLA-Class dikatakan telah mewujudkan suatu segmen baru yang mengambil idea reka bentuk daripada model CLS, dengan dilengkapi ciri standard sistem pemberhentian berasaskan radar (COLLISION PREVENTION ASSIST) yang mampu memberi amaran kepada pemandu apabila terdapat halangan dari kadar kelajuan 4 mph.

Mercedes Benz CLA Class 4 Mercedes Benz CLA Class diperkenalkan dengan rasminya

Buat masa ini tiga jenis sistem janaan kuasa dibekalkan untuk CLA iaitu dua enjin petrol bagi model CLA 180 (1.6 liter) dan CLA 250 (2.0 liter), masing-masing dengan keluaran kuasa pada catatan 122hp (200Nm) dan 211hp (350Nm), sementara model CLA 220 CDI dilengkapi enjin diesel dengan kuasa pada bacaan 170hp dan 350Nm tork maksimum.

Kesemua enjinnya dilengkapi fungsi ECO start/stop sebagai ciri standard, yang kemudiannya digabungkan dengan transmisi manual enam kelajuan atau transmisi automatik dwi klac 7G-DCT. Apa yang menjadi perhatian utama terhadap model CLA ini selain teknologi canggih yang dibekalkan ialah reka bentuknya yang agak luar biasa bagi sebuah model bersaiz kompak sepertinya.

Mercedes Benz CLA Class 9 Mercedes Benz CLA Class diperkenalkan dengan rasminya

Menurut Mercedes-Benz di pasaran Eropah, tempahan untuk CLA akan bermula pada bulan Mac 2013, sebelum penghantaran kepada wakil penjual bermula dalam bulan Jun tahun yang sama. Saksikan foto-foto menarik model terbaru Mercedes-Benz CLA-Class dalam galeri yang disediakan di bawah.

Galeri Mercedes-Benz CLA-Class

Comments

  1. Nalzays Izuaf says:

    Bagi model Mercedes CLA Class. Pasaran di Malaysia bila akan di lancarkan. Dan anggaran harga Ringgit Malaysia berapa.

Speak Your Mind

*