Perodua mencatatkan rekod jualan tertinggi 189,000 unit bagi tahun 2012

Perodua Myvi 1.5 SE 04 Exterior Perodua mencatatkan rekod jualan tertinggi 189,000 unit bagi tahun 2012

Memetik laporan daripada BERNAMA hari ini, Perodua sekali lagi mencatatkan rekod jualan tertinggi sejak tahun 2006, dengan menjual sebanyak 189,000 unit kenderaan pada tahun 2012.

Rekod jualan baru tersebut membolehkan Perodua terus menjadi peneraju dengan penguasaan kira-kira 30.2 peratus bahagian pasaran. 2012 merupakan tahun ketujuh berturut-turut bagi Perodua yang menduduki tangga teratas di kalangan jenama lain.

Antara model yang mendapat permintaan tinggi dari pasaran dalam tahun lepas ialah model baharu Perodua Myvi, sementara model MPV kompak Perodua Alza dikatakan berjaya mencatatkan peningkatan permintaan.

Bagaimanapun menurut Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, syarat pemberian pinjaman kewangan yang ketat telah menyebabkan ramai pelanggan mereka tidak mendapat kelulusan pinjaman daripada institusi kewangan.

p/s : Tahniah kepada Perodua kerana terus berjaya mengekalkan kedudukan teratasnya di persada arena automotif di Malaysia.

Sumber : BERNAMA

Comments

  1. Tahniah Perodua…jauh meninggalkan pesaing terdekat

  2. Mmm… strategi perodua mendekati model2 kompak nya dari golongan pendapatan rendah n sederhana mmg menjadi resepi kejayaan mengekalkan momentum jualan tertinggi di pasaran m’sia. Proton juga bleh pelbagaikan strateginya dgn mencontohi apa yg perodua lakukan disamping kekal dgn fokusnya memasuki pasaran global.

    Cheers!

  3. admin, xde ke ura2 perodua nak kuarkan alza next generation?

  4. News info….74000 perodua myvi recall kerana masalh power steering….

    • Sedangkan honda dan toyota pun buat silap dan panggil kereta di seluruh dunia,begitu juga proton ada masalah juga.

    • kesian..mgkn sbb tu proton tak guna lagi kot? mcm henset jenama Sony, cpt je update new things , kejap je rosak…

  5. bila perodua nak buat keta sedan?

  6. Sepot Reem says:

    rebadge je pandaila.. buat kereta sendiri perodua reti ke? copy paste copy paste je.

    • Monarita tuyawati says:

      bukan perodua tak pandai buat kereta sendiri,masalahnya pemegang saham perodua adalah daihatsu dan toyota,banyak model kereta perodua datang dari jepun,bila masuk pasaran malaysia pakai nama perodua dan kalau di indonesia dikenali daihatsu sirion.

Speak Your Mind

*