Chevrolet Corvette Stingray 2014 - Arena Kereta

Chevrolet Corvette Stingray 2014

2014 Corvette Stingray (1)

Antara model yang paling dinanti-nantikan kemunculannya pada awal tahun ini, terutamanya di negara kelahirannya Amerika Syarikat (US) yang terkenal dengan sejarah kereta sport berprestasi tinggi yang diberi gelaran ‘muscle car’. 

Generasi baharu Chevrolet Corvette Stingray 2014 telah diperkenalkan secara rasmi di pameran automotif North American International Auto Show (NAIAS) 2013 di Detroit pada 14 Januari, merupakan model yang ketujuh pernah dikeluarkan dalam tempoh sejarahnya yang panjang sejak tahun 1953.

2014 Corvette Stingray (11)

Menurut pengeluarnya, generasi baharu Corvette itu kembali menggunakan nama Stingray di belakangnya seperti mana model Stingray yang dikeluarkan pada tahun 1963, kerana ia sememangnya layak untuk menggunakan nama ikonik itu apabila hadir dengan pakej yang seimbang di antara teknologi, reka bentuk dan prestasi yang cemerlang.

Corvette Stingray 2014 dikatakan sebagai model standard paling berkuasa pernah direka, dengan anggaran kuasa kira-kira 450hp dan 610Nm tork maksimum yang dihasilkan dari enjin V8 LT1 bersesaran 6.2 liter. Ia juga hadir sebagai model standard paling berkemampuan dengan keupayaan memecut dari 0-60 dalam tempoh kurang dari empat saat.

2014 Chevrolet Corvette Stingray

Untuk melihat sama ada Chevrolet Corvette Stingray 2014 ini benar-benar merupakan suatu penantian yang berbaloi kepada para peminatnya di seluruh dunia, saksikan foto-foto menarik model tersebut yang disediakan dalam galeri di bawah.

Galeri Chevrolet Corvette Stingray 2014

Terbaik!(0)Booo~(0)

2 Comments

  1. nfslover

    January 19, 2013 at 4:01 pm

    zr1 pun dah mengancam. tetambah bila tgk model 2014 neh pulak. perghh !

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • AK

      January 19, 2013 at 4:07 pm

      Saya dah tengok filem The Last Stand kelmarin, aksi ZR1 memang best.. :)

      Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>