Perodua perkenal Myvi, Alza dan Viva versi naik taraf untuk tahun 2013 - Myvi 1.3 SE, Viva S & Alza S - Arena Kereta

Perodua perkenal Myvi, Alza dan Viva versi naik taraf untuk tahun 2013 – Myvi 1.3 SE, Viva S & Alza S

Perodua New S-Series (1)

Dalam ‘teaser’ yang diterbitkan oleh Perodua baru-baru ini, saya menyangkakan sama ada model Alza SE (Special Edition) atau Myvi 1.3 versi SE akan diperkenalkan pada keesokan harinya (14 Mac 2013).

Namun di dalam halaman sesawang rasmi mereka hari ini, Perodua telah mendedahkan bahawa ketiga-tiga model iaitu Myvi 1.3, Alza dan Viva secara rasminya telah dilancarkan dalam versi terbaru dikenali dengan nama S-Series.

Perodua Myvi 1.3 SE terbaru merupakan model Myvi 1.3 Premium yang telah menerima naik taraf dalam siri S, kini tampil dengan ciri-ciri menarik yang diadaptasi daripada model popular Myvi 1.5 SE.

Dengan harga bermula dari RM44,924.30 untuk model manual dan 47,924.30 untuk automatik, Myvi 1.3 SE terbaru ini merupakan pilihan berbaloi bagi mereka yang mementingkan bajet, namun mahu menikmati gaya sebuah Myvi 1.5 SE yang berharga lebih mahal.

Perodua New S-Series (2)

Model seterusnya iaitu Perodua Alza S tampil dengan beberapa ciri terbaru iaitu lampu kabus, spoiler belakang dan menerima kemasan baru lebih menarik di bahagian panel pintu (Painted Door Armrest & Chrome Inner Door Handle).

Perodua Alza S sebenarnya merupakan model pengganti bagi Alza versi Standard. Harganya ditetapkan bermula dari RM53,517.00 untuk varian manual dan RM56,517.00 untuk varian automatik.

Beralih ke model seterusnya iaitu Perodua Viva S yang memiliki enjin 1.0 liter, model tersebut hanya ditawarkan dalam versi automatik pada harga kompetetif sebanyak RM34,774.30 (Solid) dan RM35,174.30 (Metalik)

Walaupun begitu, pelbagai ciri-ciri menarik dibekalkan untuk Viva S, antaranya seperti stereng kuasa, pemain radio CD dengan MP3/WMA, kerusi dengan fungsi pelaras ketinggian, pelindung matahari dengan cermin dan slot pemegang tiket, poket di bahagian belakang kerusi, dulang di bawah kerusi, panel tengah papan pemuka dengan kemasan berwarna perak, dan tidak dilupakan balutan tempat duduk dengan material bergred tinggi.

Perodua New S-Series (3)

Persamaan bagi ketiga-tiga model dalam Siri S terbaru ini ialah apabila masing-masing ditawarkan dalam satu warna baru yang bukan saja kelihatan ‘fancy’ dan ‘remaja’, malah begitu menyerlah sekali apabila dipandang iaitu warna Oren Ozzy (Ozzy Orange).

Menambahkan lagi keseronokan memiliki setiap model keluarannya, Perodua turut menawarkan servis percuma selama tiga tahun mengikut terma yang ditetapkan bagi model Siri S, termasuk model-model sedia ada yang lain bagi setiap pendaftaran yang bermula dari 15 Mac ini.

Menurut Perodua, ketiga-tiga model dalam Siri S ini merupakan model-model paling bernilai untuk wang dengan melihat kepada ciri-ciri menarik yang ditawarkan berbanding harga yang telah ditetapkan. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut?

Sumber gambar : MYPerodua

Terbaik!(6)Booo~(0)

30 Comments

  1. xdomakno

    March 13, 2013 at 7:48 pm

    Ingatkan banyak beza facelift nye...rupa mcm xde beza terutama model alza..huh

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • naimzain

      March 14, 2013 at 9:39 am

      btul tu bro..ak xrsa ni versi new facelift..ni upgrade version so become S series je..not so much changes..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. mohd hafsham moffi

    March 13, 2013 at 9:05 pm

    Saya bngga dgn perodua ada cita rasa remja kita patut soking jeluaran perodua yg berkualiti kalau x de kualiti xkn perodua strng no1 dah 7thn ni bermkna rkyat mkaysia yakin dgn perodua.....thn dpn nanti kn 2mdl keluaran baru semoga berjaya dng bngga perodua.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • shuk rocco

      March 14, 2013 at 12:31 pm

      dah ni je kete mampu milik..

      Terbaik!(3)Booo~(0)
  3. ajim

    March 13, 2013 at 9:37 pm

    Perghh!! gua ckap.. Perodua memang betul2 paham dengan trend market, ekonomi, kekuatan yang ada pada perodua dalam meningkat persaingan dengan mengambil usaha yang bijak.. memang terkejut.. tak sangka perodua berani mengambil langkah yg besar nie pada masa nie.. peroton, mane pelan perancangan anda? khabarnya bulan 3... andai anda lambat, tak lame bungkus la..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. azrai

    March 14, 2013 at 10:06 am

    S series stands for Sembelih series. cara nak dapatkan duit daripada customer melalui marketing gimmick.

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  5. fauzan

    March 14, 2013 at 10:54 am

    Mmm... selagi daihatsu/toyota x kasi apa2 new platform utk perodua, selagi tu la perodua akan recycle model2 popular yg diorg ada. Perodua no. 1 because of quality? ... perrrgghh. X rasa begitu, diorg no. 1 sebab segment super mini compact hanya ada perodua jer dan harga model2nya adalah murah utk segmentnya compare dgn segment yg lain. Hahaha.. cuba letak harga exora semurah alza, and preve semurah myvi, anda rasa perodua still no. 1? :)... xkn? So, di malaysia, harga adalah faktor penentu, selain jenama, kualiti, rupa dan bla bla bla..

    my 2 cents.

    cheers!

    Terbaik!(45)Booo~(0)
    • Kamariah

      March 14, 2013 at 10:30 pm

      Setuju,harga adalah faktor penentu, selain jenama, kualiti, dan rupa.Rasanya perodua menyasar golongan berpendapatan rendah, pandai juga orang jepun berniaga bagi murah perodua s series.Sedangkan kancil dan kelisa pun masih ada harga lagi.

      Terbaik!(0)Booo~(1)
    • rozman

      April 3, 2014 at 11:17 am

      Saya tambah lagi, antara faktor penting Perodua still no.1 sebab Pusat Service yang baik...Proton boleh perbaiki kedudukan dengan menambahbaik Pusat Service dan Khidmat Lepas Jualan...my 2 cents..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. mael tak lambung

    March 14, 2013 at 11:02 am

    balik2 ni gk model die.....smpi ble nk klon model daihatsu....cm samsung galaxy note klon da aku tgk perodua nie....mne entiti malaysia anda....setakat assembly kt rwang dan ckp model msia baik x payah ......

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. abe

    March 14, 2013 at 11:27 am

    asyik benda same je...daihatsu materia yg dh lame bila nak copy...kate satu company....http://www.autoexpress.co.uk/daihatsu/materia/21111/2007-2010-mpv

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. SAIFULZ

    March 14, 2013 at 11:53 am

    KENAPA ANDA HARUS BELI KERETA KECIL SEDANGKAN ANDA MAMPU BELI KERETA YANG LEBIH BESAR ??

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=502567799779071&set=a.231493726886481.50368.231326906903163&type=1&relevant_count=1

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. yie

    March 14, 2013 at 11:56 am

    Modified sendiri pun bole.. sekurang2nya proton dah ada design sendiri..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. Nasi Lemak Pokok Buluh

    March 14, 2013 at 11:45 pm

    'S' (Sembelih Series) Kereta kecil harga mengalahkan kereta sedan. Laris sebab sedikit jimat minyak berbanding kereta Proton tapi untuk ruang kapasiti memang mengecewakan. Beli Perodua maka banyak matawang kita mengalir ke Jepun.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • powerpondei

      March 16, 2013 at 8:33 pm

      nampak sangat belum pernah pakai perodua kan?
      sedikit jimat? banyak beza.
      resale value? amat tinggi.
      that's why people move to perodua.
      buat kajian dulu ya.

      Terbaik!(5)Booo~(1)
      • Lan

        March 17, 2013 at 5:17 am

        Byk masalah le guna myvi Extreme br setahun lbh macam2 bunyi ada.minyak pn x berapa jimat 1.5 cc.Bunyi semasa memecut,pada,absober pada servis kali kedua.adu kat perodua tukar barang senyap masa memecut,Bunyi absober x dapat dikesan,kali ketiga servis rosak power window belah pemandu(bunyi kreek masa angkat n jatuhkan cermin.tukar barang lagi(pai calar tinted.Tukar moto power Stereng.(tanya harga dalam RM 2500)parah kalau kena bayar.Sekarang baru setahun 3 bulan guna x tau apa lagi lepas ni.Kereta lagi sebijik Honda Civic x ada masalah pun dh 5 tahun guna.

        Terbaik!(2)Booo~(3)
  11. pemilik myvi

    March 15, 2013 at 3:18 am

    Aku pkai myvi se 1st model 5 theun dh...
    Mmg x puas hati sbb rosak sne sni.. Btlkn 1.. . Dia rosak tmpt lain... Pening.. Igt bli kete ekonomikal ni blh brjimat sikit... Lg bnyk mnmbhkn sakit pening ad la..

    Terbaik!(0)Booo~(2)
    • lieya

      March 20, 2013 at 10:25 pm

      da ko lenjan.mmg xdpt r..kete tuk towndrive...nk drift bli yg mcm shumaker lor

      Terbaik!(1)Booo~(2)
  12. Syazwan

    March 15, 2013 at 5:16 am

    beli proton leer.. takde pening kepala..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. nana

    March 15, 2013 at 3:54 pm

    Pendapat saya harga yang ditawarkan akan menarik minat mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kualiti bukanlah sesuatu yang diutamakan terutama bagi golongan sasaran. Penyediaan 3 tahun waranti + servis juga akan membantu mengurangkan bebanan,

    Syabas perodua

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  14. kaki futsal

    March 19, 2013 at 10:25 pm

    pakai lah kereta apa pun , kalau jaga elok - elok , servise ikut time , insyallah semua okey .
    "keberkatan itu penting"

    renung renung kan dan selamat beramal :)

    Terbaik!(6)Booo~(1)
    • the rock

      April 9, 2013 at 3:28 pm

      rosak ke tidak berkait dengan berkat... hehe

      Terbaik!(1)Booo~(2)
    • Fiza Raub

      May 27, 2013 at 4:57 pm

      Setuju juga dgn perkataan "keberkatan". Itu yg saya amalkan..Alhamdulillah... Myvi 1st edition dah tujuh tahun menemani saya hingga ke sabah, pulang semula ke semenanjung tiada masalah... keberkatan tetap ada... In Shaa Allah....

      Terbaik!(5)Booo~(2)
  15. Fiza Raub

    May 27, 2013 at 4:54 pm

    7 tahun pakai myvi 1st edition (manual) xda masalah lgsung...enjin ok...batuan pun dah lebih 100k.. Sekarang berhasrat nak pakai Alza...yg penting jimat minyak sbb kami sekeluarga suka berjalan jauh.. myvi yg tujuh tahun x akan saya jual atau trade in..mmg cinta pertama..

    Terbaik!(2)Booo~(1)
  16. Promosi Perodua

    August 29, 2013 at 3:15 am

    InsyaAllah sumber rezki halal..saya tolong jual :)

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  17. as

    November 6, 2013 at 10:09 pm

    sangat tak puas hati..beli myvi se 1.3 baru ambil sehari dah ada bunyi yg pelik datang dari enjen..bila pasang air cond bunyi bising nyaring tak tau nak citer mcm mane...sgat kecewa sbb baru sehari ambil belum bwak jln kemana pun..meter pun baru 70 km..klau stkat lampu terbakar ker ok lah nie melibat kan enjin tu yg buat tak best nie..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • mrzygote

      November 16, 2013 at 3:10 pm

      yeke myvi, bukan saga flx ke yg biase problem cmni...hahaha

      Terbaik!(0)Booo~(2)
  18. rosli ibrahim

    November 16, 2013 at 12:14 pm

    saya takut myvi 1.3 auto kuat makan minyak macam myvi 1.5 auto SE tel 0192350841

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  19. viva baru

    April 3, 2014 at 11:09 am

    baru ja ambil viva ni 3 hari..tp pintu bonet dah tak boleh tutup...pintu bahagian pemandu pun kena tutup kuat bru rapat sampai bergoyang kereta...hai la 2nd car ku...

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  20. peroduasale

    May 10, 2014 at 2:57 pm

    Jaiji perodua terbaik

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>