Harga Suzuki Swift 1.4 CKD Diumumkan - GL RM66K, GLX RM74K - Arena Kereta

Harga Suzuki Swift 1.4 CKD Diumumkan – GL RM66K, GLX RM74K

swift

Berita baik untuk mereka yang sudah lama mengidam untuk mendapatkan kereta Suzuki Swift. Suzuki Malaysia Automobile telah mengumumkan harga untuk Suzuki Swift 1.4 A/T yang dipasang di Pekan Pahang. Harganya ialah RMRM65,888 untuk varian GL dan RM73,788 untuk varian GLX. Kedua-duanya ialah harga OTR tanpa insuran.

Untuk varian GL, pengurangan harga yang berlaku ialah sekitar RM10,000. Namun untuk varian GLX, penjimatannya sekadar RM2,000 sahaja. Namun untuk varian GL, kebanyakan ciri-ciri yang ada pada GLX telah dikurangkan dan ini pastinya mengecewakan bakal pembeli.

Suzuki Swift 1.4 CKD GLX mempunyai kawalan audio di stering, airbag di bahagian penumpang, keyless go dan push button untuk menghidupkan enjin, suhu kawalan secara kawalan, 16 inci rim dan retractable wing mirrors dengan indikator. Sementara Suzuki Swift 1.4 CKD GL hanya mempunyai kawalan aircond secara manual, satu airbag, 4 speaker (berbanding 6 di dalam GLX) dan 15 inci rim.

Agak banyak perbezaan di antara GL dan GLX. Adakah anda masih akan menjadi pembeli Suzuki Swift CKD ini? Pilihan terletak di tangan anda. Yang penting, kaji dulu sebelum melakukan sebarang pembelian.

Terbaik!(3)Booo~(1)

4 Comments

  1. paan

    May 14, 2013 at 10:09 am

    Mungkinkah ini petanda harga kereta akan turun? Bila harga turun, aksesori kereta pun makin kurang.
    Aksesori ini jika dikurangkan masih boleh diterima lagi sebab kita boleh mendapatkannya di kedai-kedai aksesori biasa, tetapi jika keselamatan pun turut dikurangkan, adalah tidak munasabah bagi pengguna.
    Kerajaan sepatutnya perlu lebih tegas untuk keselamatan pengguna di jalan raya.

    Terbaik!(4)Booo~(0)
  2. NAJIB

    May 14, 2013 at 3:09 pm

    Dengan harga sedimikian,,masih xberbaloi dengan spek yg dtawarkan...safety bukan main2..baik preve plak.. kalu org beli pun ats brand jer la...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  3. zool

    May 14, 2013 at 3:11 pm

    masih belum mampu menarik minat untuk membelinya

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. gopal

    May 14, 2013 at 3:12 pm

    btul2...org msia kan brand first,,,safety last!!WTF!!

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>