Panduan Tukar Milik Kenderaan Melalui JPJ

tukar milik kenderaan

Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari. Panduan ini menumpukan kepada Kenderaan Persendirian seperti motorsikal dan kereta.

Berikut merupakan borang yang diperlukan untuk memastikan proses pertukaran milikan berjalan lancar. Anda boleh mendapatkan borang tersebut di kaunter JPJ atau anda boleh memuat turun di Laman Rasmi JPJ.

-Dua (2) salinan Borang Senarai Semak TM-1 (Pind. 1/2012); TM-1
-Dua (2) salinan JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik berdaftar dan pemilik baru; Borang JPJ K3
-Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
-Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik berdaftar dan pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * Bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-AB
-Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil)
-Surat/Keratan pembatalan tuntutan hakmilik pemilik berdaftar (selain e-Hakmilik);
-Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa (selain motosikal)

Isi borang yang berkenaan, kemudian hantarkan permohonan di kaunter JPJ berdekatan. Bayaran untuk proses menukar hak milik ialah RM3.00 untuk motorsikal dan RM20.00 untuk kereta.

Borang/Dokumen Bagi Situasi Yang Dialami

1. Penjual dan Pembeli Hadir ke JPJ

-Sekiranya penjual dan pembeli hadir ke JPJ untuk mejalankan proses menukar hak milik, borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar (JPJK3) mestilah diisi sebanyak dua (2) salinan.
-Perakuan Kenderaan Asal (JPJK2) – Lebih dikenali sebagai geran kenderaan berwarna merah hati.
-Salinan Kad Pengenalan Penjual dan Pembeli

2. Penjual Hadir ke JPJ

-Jika penjual tinggal jauh dengan pembeli(berlainan negeri). Penjual perlu melengkapkan borang di bawah, kemudian disahkan oleh Pegawai JPJ Negeri dan di pos (bersama geran kenderaan) kepada pembeli. Pembeli akan meneruskan proses menukar hak milik di JPJ negerinya.
-Jika Penjual yang meneruskan proses menukar hak milik, Pembeli perlu mengisi borang TM-AB atau JPJ-SAB02-2; dan JPJK3 dan dipos kepada Penjual.
-Di JPJ, Penjual perlu mengisi borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar (JPJK3) mestilah diisi sebanyak dua (2) salinan.
-Salinan Kad Pengenalan digunting dan ditampal dalam borang Penyaksian Pengesahan Identiti Pemunya Berdaftar/Pemunya Baru oleh Pegawai JPJ/Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/Konsular Kedutaan Malaysia (TM-AB) dan disahkan di hadapan Pegawai JPJ.

3. Pembeli Hadir ke JPJ

-Dalam situasi di atas, Penjual telah mengisi borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar (JPJK3). Pembeli perlu melengkapkan maklumat berkenaan pembeli/pemilik baru kenderaan.
-Sekiranya Penjual tidak dapat hadir ke JPJ dan mengisi borang Penyaksian Pengesahan Identiti Pemunya Berdaftar/Pemunya Baru oleh Pegawai JPJ/Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/Konsular Kedutaan Malaysia (TM-AB), Penjual mestilah mengisi Borang Akuan Penjual (JPJ-SAB01)-1 beserta salinan Kad Pengenalan Penjual dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Keperluan Borang TM-AB, JPJ-SAB01-1 dan JPJ-SAB02-2

Borang TM-AB wajib diisi oleh Pembeli dan Penjual dan disahkan oleh Pegawai JPJ. Sekiranya Pembeli dan Penjual tidak dapat ke JPJ berhampiran, mereka perlu mengisi borang JPJ-SAB01-1 atau JPJ-SAB02-2 bersama salinan Kad Pengenalan dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Insurans dan Cukai Jalan

Proses menukar hak milik akan menjadi lebih mudah sekiranya insurans dan cukai jalan tamat tempoh. Sekiranya masih berjalan, anda hanya boleh menukar pada hari terakhir cukai jalan dan insurans tamat tempoh. Contohnya, cukai jalan tamat pada 18 Mei (hari ini), anda hanya boleh tukar pada 18 Mei (hari ini) dan selepasnya, 19 Mei (esok). Proses tidak dapat diteruskan hari ini (18 Mei) sekiranya cukai jalan tamat pada 20 Mei. Begitu juga dengan insurans.

Bagi yang tidak mempunyai masa, anda boleh sahaja melanggan perkhidmatan yang disediakan oleh MyEG – Sistem Tukar Milik Sukarela dengan bayaran yang minima yang dikenakan kepada anda.

Untuk Kenderaan Perdagangan Anda Boleh Rujuk Di Laman Ini

Terbaik!(11)Booo~(6)

18 Comments

  1. MyDear

    May 20, 2013 at 3:12 pm

    no.2 point ke-2 tu betul ke AK? ke terbalik penjual dan pembeli tu?

    btw thanks for sharing.. Very informative~!

    Terbaik!(2)Booo~(0)
    • zul

      July 24, 2013 at 8:22 am

      Terimakasih atas maklumat yang amat berguna ini.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. leha

    October 23, 2013 at 4:40 pm

    jika kereta tersebut masih lagi ada loan bank? prosesnya bagaimana pula?

    Terbaik!(1)Booo~(4)
    • pegawai bank

      October 29, 2013 at 1:03 am

      Perlu selesaikan dengan pihak bank dahulu, baru geran boleh tukar hak milik

      Terbaik!(2)Booo~(0)
  3. Mardzuki bin Darus

    November 5, 2013 at 1:25 pm

    Saya membeli kerana on then road RM35,000.00 tetapi bila hendak mengambil kereta tersebut pihak usedcar minta saya menjelaskan bayaran berikut:
    Insuran RM573.65
    Tukar Nama:RM350.00
    Invoice RM350.00 (sbb buat pinjaman bank)
    Puspakom RM150.00
    Perlukah saya mejelaskan bayaran tersebut?

    Terbaik!(27)Booo~(5)
  4. ayi

    November 28, 2013 at 8:56 am

    bagaimana hendak tukarnama jika kereta saya masih mempunyai baki hutang dengan bank dan pada masa sama pembeli kereta saya juga hendak buat pinjaman bank untuk beli kereta saya. Adakah saya perlu selesaikan hutang kereta saya guna duit saya dulu kemudian tunggu loan pembeli baru tersebut??

    Terbaik!(11)Booo~(0)
    • ghafur

      December 18, 2013 at 5:48 pm

      salam..
      tuan blh hubungi sy jika brminat utk urusan trsebut..ada 2 cara penyelesaian utk masalh tuan

      0139429597

      TQ

      Terbaik!(1)Booo~(1)
  5. Hiday

    December 26, 2013 at 6:38 am

    Salam,
    Kalau sy nk tukar loan and kereta mak saya kpd nama saya - prosedurnya sama ke?

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  6. amira

    January 6, 2014 at 1:20 pm

    Salam encik,

    Saya baru purchase sebuah kereta di Perak. Saya berkerja di Kuala Lumpur. Segala urusan tandatangan document pinjaman bank dijalankan di Kuala Lumpur, di mana pihak bank di Perak kurierkan document kepada cawangan bank di Kuala Lumpur. Selepas dua minggu saya dapat kereta, pihak bank di Perak called saya beritahu bahawa saya ter"missed"satu borang iaitu Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar. Borang itu kini ada di pejabat saya di Kuala Lumpur untuk saya tandatangan. Saya merasa was was kerana borang ini borang kosong dan cuma ada tanda "X" di bahagian di mana saya patut tandatangan. Mohon penjelasan sekiranya borang ini harus diisi oleh saya apabila membuat pinjaman bank untuk membeli kereta?

    Terbaik!(11)Booo~(1)
    • koay

      April 27, 2014 at 12:32 am

      I facing the same problem too when purchase a new car.. need advice too..

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  7. ajumohit

    February 21, 2014 at 3:05 pm

    tq info ni sangat berguna, dah settle tukar nama kat jpj tadi ;), saya mohon share info ni ye

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. Piann

    March 1, 2014 at 3:26 pm

    Kalau nak senang guna runner je..cuma beri copy ic owner baru dan tuan punya knderaan..3hari siap..upah dalam rm50-100..

    Terbaik!(3)Booo~(20)
  9. Izwan

    March 6, 2014 at 3:17 am

    Kalau ada runner, boleh tinggalkan no. Nanti saya akan hubungi tuan. Saya nak transfer plet kereta lama ke moto baru. Area Seri Kembangan/Cyberjaya.

    Terima kasih.

    Terbaik!(0)Booo~(5)
  10. Piann

    March 24, 2014 at 2:36 pm

    Saya ada kenalan runner jpj di subang..boleh hubungi alamat & nombor beliau..
    lot 3518-2K, Jalan Bukit Badak, Kg Melayu Subang, Shah Alam, 012-2791552

    Terbaik!(2)Booo~(17)
  11. RS

    May 16, 2014 at 9:56 pm

    Jika pemilik asal masih belum settle-kan saman, boleh buat proses tukar nama ke?

    Jika pemilik baru belum beli insuran, masih boleh buat proses penukaran nama?

    Terbaik!(9)Booo~(0)
  12. Azrul

    August 7, 2014 at 5:15 pm

    Assalam,

    Nak Tanya.. saya ada membeli kereta baru, NCD dari kereta lama saya transfer ke kereta baru dan telah menamatkan insurance untuk kereta lama. Jadi kereta lama tu takde insurance dan road tax pon lambat lagi tamat. Kereta lama buyer family sendiri. Jadi sekarang saya nak buat settlement dengan bank dan nak buat transfer ownership.

    Boleh tolong nasihatkan mcm mana nak proses pertukaran hakmilik dan apakah masalah yang bakal saya hadapi?
    Perlukan penjual dan pembeli berada di tempat sama untuk pemeriksaan PUSPAKOM dan di JPJ?

    Terima kasih

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  13. Ray

    November 10, 2014 at 7:03 pm

    Nk tnye.....skarang ni sistem ni masih diguna pakai oleh jpj ke??

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. Mabel

    November 30, 2014 at 1:24 pm

    Halo,
    Hal ini untuk memberitahukan kepada masyarakat umum bahwa Nyonya Mabel Nasiru, pemberi pinjaman pinjaman pribadi telah membuka peluang keuangan untuk siapa pun yang membutuhkan untuk bantuan keuangan. Kami memberikan pinjaman kepada individu, perusahaan dan perusahaan di bawah syarat dan kondisi suku bunga hanya 2% jelas dan dapat dimengerti. hubungi hari kami melalui e-mail sehingga kami dapat memberikan persyaratan pinjaman dan kondisi di: (redeemersloanfirm@gmail.com)

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>