Audi S3 Sedan 2014 Bakal Berada Di Pasaran Tidak Lama Lagi - Arena Kereta

Audi S3 Sedan 2014 Bakal Berada Di Pasaran Tidak Lama Lagi

audi

Sedan Audi A3 yang selama ini dinanti-nantikan, telah pun mula dibina di kilang Audi yang terletak di Györ, Hungary. Model yang mempunyai ciri-ciri gaya agresif dengan reka bentuk evolusi yang mirip seakan variasi hatchback, bakal menemui pasaran selepas musim panas ini.

Keseluruhan ukuran saiz sedan ini ialah 175.5 inci panjang, 70 inci lebar dan 55.7 inci tinggi, membuatkan saiznya seakan A4 yang telah dilancarkan hampir 2 dekad yang dahulu.

Model asas bakal menerima tempat duduk fabrik, trim metalik, sistem penghawa dingin serta sistem audio 4-pembesar suara. Pelanggan boleh memilih untuk membeli kereta tersebut dengan hiasan dalaman dari kulit, sunroof panaromik, audio sistem dari Bang & Olufsen, navigasi GPS dan infotainment Audio Connect sistem. Di pelancaran nanti, tiga variasi enjin bakal disajikan iaitu 1.4liter TFSI, 1.8 liter TFSI dan 2.0-liter TDI.

Variasi yang mempunyai ciri-ciri gaya agresif, suspension yang diselaraskan untuk sport (yang mana direndahkan ketinggian kereta sebanyak 25 mm) serta 18-inci rim aloi bakal menyertai A3 yang baharu sahaja dilancarkan oleh Audi.

Sila tonton video promo Audi S3, dan teruskan membaca untuk gambar-gambar S3, pasti anda jatuh cinta pandang pertama!!

Terbaik!(0)Booo~(0)

1 Comment

  1. Martin

    January 31, 2014 at 7:20 am

    This post has helped me think things thougrh

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>