Harga Mini Cooper Turun RM30,000

mn
Usaha kerajaan untuk menurunkan harga kereta di pasaran tempatan terus menampakkan hasil.

Terbaharu, kereta kompak ternama, Mini, memperkenalkan dua model iaitu Mini Cooper Countryman dan Mini Cooper S Countryman ALL4 dengan harga terbaharu masing-masing RM218,888 dan RM258,888.

Bagaimanapun, harga baharu itu masih merupakan cadangan daripada BMW Malaysia dan ia tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

Harga terbaharu itu membabitkan penurunan harga sehingga RM30,000 berbanding harga sebelum ini.

Harga terdahulu dua model itu bernilai RM248,888 dan RM268,888.

Penurunan harga itu didorong oleh langkah pemasangan tempatan (CKD) terhadap dua model Mini Cooper tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils berkata, Mini Countryman yang dikendalikan di kilang kenderaan pemasangan tempatan yang dikongsi bersama-sama anak syarikat Sime Darby Bhd., Inokom Corporation Sdn. Bhd. (Inokom), dekat sini itu diperkenalkan bagi memastikan wujudnya bekalan yang optimum untuk jenama Mini di pasaran negara ini.

Selain itu, katanya, pengenalan kenderaan Mini pemasangan pertama di negara ini juga bertujuan untuk mengurangkan kos keseluruhan pemilikan di samping mengekalkan standard kualiti premium sedia ada.

“Pengenalan Mini Countryman yang baharu menandakan model kelima yang menyertai portfolio kenderaan BMW Malaysia. Ia juga mengukuhkan lagi pelaburan dan komitmen pengeluar kereta premium di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran model terbaru itu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri Kedah, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail di sini hari ini.

Yang hadir bersama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh dan Ketua Bahagian Pengurusan CKD BMW Group, Michael Gallmann.

Pils berkata, Mini Countryman baharu pemasangan tempatan itu secara keseluruhannya sama dengan kereta yang diimport kerana dibina menggunakan strategi yang menggabungkan teknologi dan casis termaju.

Tambah beliau, Mini Countryman tersebut didatangkan dalam dua siri pilihan enjin 1.6 liter iaitu Mini Cooper Countryman dan Mini Cooper S Countryman ALL4. Info asal Utusan Malaysia.

Terbaik!(0)Booo~(0)

13 Comments

  1. yangbaik

    June 14, 2013 at 3:51 pm

    wow

    turun harga sampai rm30k?
    kan bagus kalau diturunkan harga ke rm30k
    pasti berebut orang beli

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  2. Azlan

    June 14, 2013 at 7:18 pm

    Dah namanya CKD, tentunya akan turun harga. Semua kereta macam tu.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • asrie

      June 15, 2013 at 12:09 am

      aku setuju ngan ngko. macam lawak je kereta turun rega ni.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      June 15, 2013 at 9:01 am

      Mmm... mmg begitu pun starteginya, kerajaan menggesa pengeluar kereta buka kilang di M'sia dgn memberikan pelbagai insentif agar kos operasi yg rendah dan penggunaan komponen tempatan dpt mengurangkan harga kereta disamping kerajaan juga mengurangkn cukai secara berperingkat. Manfaatnya tentu la pada pengguna dgn tidak menjejaskan sgt pihak lain yg terlibat dlm industri.

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Alson P

        June 17, 2013 at 1:04 am

        Ya.... bukan mudah menyakinkan pengeluar kereta melabur di Malaysia.... memberikan pelbagai insentif salah satu cara menarik pelabur selain keadaan negara yang stabil....

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. kami

    June 17, 2013 at 12:59 am

    kita dikelirukan oleh kerajaan ttg penurunan hrga kereta.
    lower spec = hrge turun
    cbu ke ckd = harge turun
    ni dah mmg logik akal. kerajaan tak pyh announce ape2 pun sume org tahu.

    tp masalah sebenar hrga kereta tinggi kat malaysia adlh CUKAI. ada ke kete yg mmg ada kat market turun harga? maksud aku bkn varian baru atau CKD etc.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Alson P

      June 17, 2013 at 1:12 am

      Dengan beroperasinya kilang pemasangan Mini Cooper di Malaysia ni memberikan peluang pekerjaan baru kepada pekerja mahir selain dapat menerunkan harga kereta dah alat ganti kereta tersebut....

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. neemfa

    June 17, 2013 at 8:43 am

    Tak habis2 nak tipu rakyat.. memang la harga turun sbb sebelum ni mini cooper diimport (CBU).. sekarang ni pasang tempatan (CKD).. bila pasang sini tax structure dah berbeza.. bukan sbb kerajaan menepati janji!

    Nak tipu orang kampung ke??

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      June 17, 2013 at 11:40 am

      Mmm... Dasar kerajaan utk menurunkan harga kereta secara berperingkat. Menggesa company luar buka kilang di m'sia (maka lebih banyak kereta import yg CKD sebab lebih murah) dgn penawaran pelbagai insentif, serta menggalakkan penggunaan komponen tempatan di samping penurunan duti eksais berperingkat sehingga 2017. Semua kaedah ini menyumbang penurunan harga la bai. Satu hari x related dgn politik x bleh ker? Perrrgghhh..

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. Manusia

    June 17, 2013 at 5:51 pm

    secara kasarnya, harga kereta sebenarnya tak turun. Harga kereta turun bukan kerana kerajaan turunkan harga kereta tetapi kerana dipasang secara pasang lerai, CKD. Jadi, sebenarnya bukannya harga kereta turun, tetapi sebab pasang lerai. Logik nak mengatakan harga kereta tu turun langsung takde asas kerana cukai yg dikenakan masih sama, cuma jadi kurang kerana CKD. Walaupun harga turun kerana CKD, harga kereta tu masih mahal jika dibandingkan dengan negara luar.

    Dan aku meneliliti dan membandingkan harga model countryman s malaysia dengan harga USA... kah3... tergolek2 aku gelak. Tak sampai RM 100k pun.... boleh dapat pada harga RM84k... wakaka,.... banyak kene tipu dahhh

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      June 18, 2013 at 10:45 am

      Mmm... then go to US n buy the car yg ko suka. Nobody cares!:p

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. duan

    June 18, 2013 at 12:09 am

    Salam semua..... 248888.00 diturunkan ke 218888.00..... rasa mcm kelakar jee. Rezeki org kaya semakin kaya..... org mcm saya alhamdulillah apa yg ada..... keta ni turunla 50k lg, masih xmampu.....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      June 18, 2013 at 10:46 am

      Mmm... tu la pasal. Patutnya gesaan turun harga utk kereta2 nasional n mampu milik jer:<

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>