Mercedes-Benz Labur RM100 Juta Lagi Untuk Kilang Di Pekan - Arena Kereta

Mercedes-Benz Labur RM100 Juta Lagi Untuk Kilang Di Pekan

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, yang menyambut ulang tahunnya yang ke-10, melabur RM100 juta lagi untuk menaik taraf kilang pemasangannya di Pekan, Pahang dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Pelaburan berkenaan, yang akan bermula tahun ini, seiring dengan pengenalan model baharu dan akan bersedia ke arah memajukan kilang untuk memenuhi tambahan ini.

“Pada masa ini, kilang memasang kenderaan penumpang Mercedes-Benz S-Class, E-Class dan C-Class,” Naib Presiden Kilang Produk Sebastian Streuff memberitahu pemberita demikian semasa melawat kilang itu di sini Jumaat.

Sejak 2004, syarikat melabur kira-kira RM250 juta di kilang berkenaan.

Terletak 300 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer selatan Kuantan, kilang itu juga memasang kenderaan komersial Mercedes-Benz dan Mitsubishi FUSO.

Streuff berkata sejak ditubuhkan di Pekan pada 2005, Mercedes-Benz Malaysia meningkatkan keluarannya dengan kukuh bagi memenuhi permintaan pasaran.

Sehingga April 2013, kilang mengeluarkan 29,084 kenderaan penumpang dan 15,174 kenderaan komersial, katanya.

Terletak di Taman Automotif di Pekan, kilang berkenaan terletak secara strategik dengan infrastruktur dan rakan pembuatan bersesuaian seperti DRB-Hicom dan Suzuki.

Syarikat berkenaan, yang mempunyai 1,200 pekerja, menubuhkan kilangnya untuk menjadi hab pemasangan bagi pasaran Malaysia.

Selain Malaysia, Mercedes-Benz juga mempunyai kilang di Brunei, Singapura dan Indonesia.

— BERNAMA

Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>